Seorang pensyarah wanita menyuruh saya menulis mengenai cemburu, iaitu rasa cemburu sang isteri pada suaminya. Siap dengan tajuknya sekali dia berikan `Perlukah kita cemburu...?. Pada masa tersebut saya tidak dapat penuhi permintaannya sebab sedang sibuk dan banyak perkara yang lebih perlu dilakukan. Ini tidak bermaksud tajuk tersebut tidak penting di hati saya tetapi waktunya tidak sesuai.
Amat payah nak menulisnya kerana saya bukannya jenis cemburu ( eh, ya ke? he he he). Mengikut Kamus Perwira, terbitan Daya Sdn, Bhd, (malas saya nak rujuk Kamus Dewan terbitan DBP, asyik rujuk kamus tu je, nak jugak rujuk kamus lain kan? Bukan bermakna kamus Dewan tak bagus tetapi sekali sekala nak jugak kelainan kan? Dalam rumahtangga pun mesti ada kelaianan kan? Saya akan kupas isu `kelainan' dalam rumahtangga kalau ada sebarang permintaan nanti...) muka surat 231, cemburu ialah `iri hati, curiga, kurang percaya. Contoh ayat `dia cemburu kalau suaminya pulang lewat',. Menaruh syak atau curiga, mensyaki. contoh ayat `Dia mencemburui saya dengan bukan-bukan.'
Ada orang kata cemburu tandanya sayang, saya tak nak masuk campur kerana tak cemburu bukannya tanda tak sayang pulak. Mungkin tanda percaya dan yakin.
Yang tak sedapnya cemburu melahirkan suatu perasaan tak tenteram pada diri kita. Jiwa kita akan rasa gelisah, resah, panas meruap je dan akhirnya sakit hati (dan susah hati, he he eh). Ringkasnya cemburu juga boleh menyakitkan badan si pencemburu tersebut, he he he.
Kepada saya adalah bahaya besar jika seorang suami tidak cemburukan isterinya, begitu juga sebaliknya jika isteri langsung tak cemburu pada suaminya. Sebab cemburu mungkin sebagai makanisme pengawalan, bukannya semata negatif. Dalam beberapa hal atau situasi si suami akan menjadi dayus kalau sifat cemburu ini tidak ada pada dirinya. Dalam beberapa hal dan situasi juga jika si isteri tidak ada rasa cemburu, dia sebenarnya mendedahkan perkahwinannya pada ancaman... Daripada fail mahkamah syariah didapati antara sebab rumahtangga jadi tunggang terbalik ialah sebab antara pasangan sangat percaya antara satu sama lain tanpa curiga, tanpa mekanisma pengawalan.
Mak saya sangat cemburu orangnya. Pernah mak saya langgar gate depan rumah sampai terpelenting, kepek kereta. Dia kata kalau ayah saya ada depan tu dia akan langgar. Ini kerana dia diberitahu orang kampung yang ayah saya bawa perempuan di dalam kereta. Terus dia cemburu. Masa tu saya kecil lagi (tingkatan 5), saya kata dalam hati apa salahnya ayah bawa perempuan dalam kereta, mungkin dia nak tumpang. Tetapi kini bila dewasa, aku mula sedar...(ikut stail Ella nyanyi...). Saya mula sedar mungkin bahaya tu, he eh eh. Saya kembali kepada tajuk, sebab bimbang terbabas. Bayangkan kalau kita tak cemburu (tak mengaku cemburu tu isu lain, he he he). Bila kita tak cemburu maknanya kita percaya dan tidak syak, kita rasa buat apalah cemburu kerana suami kita ok tak seperti suami jiran kita yang gatal membirah. Datang wanita cantik seperti Maya Karim pun suami kita tak tergoda. Sebab kita yakin suami kita sayangkan kita walaupun muka kita dan makin tak seberapa nampak rupa dan badan kita lebar bak pintu depan ruang tamu rumah kita (sliding door). Kita tak cemburu sebab suami kita mencintai dalaman kita, sayangi diri kita seadanya... Tambah lagi kita memang kenal suami kita, siang malam asyik baca hadis, janggut pula mengalahkan Datuk Nik Aziz. Kita tahu benar suami kita memang takut perempuan, dulu 15 tahun lepas terketar-ketar nak berkenalan dengan kita, skil ngorat fail! Berbeza dengan satu keadaan lain, kita kenal benar akan perangai suami kita. Dulu baru dua bulan kahwin ada beberapa orang gadis cantik datang menangis depan kita dan menuduh kita la yang rampas kekasihnya. Memang dulu suami kita ramai kekasih, Mat Romeo katakan. Suami kita pulak jenis pandai mengayat, berkata manis dan ada rupa. Dan... walaupun dah ada anak 4 makin bergaya. Minyak wangi Bulgari tak pernah tak pakai, sikat rambut sentiasa ada dalam poket seluar belakang. Pendek kata gayanya makin remaja! Kita bimbang sebab kita kenal benar suami kita tu jenis peramah, jenis `melayan' je orangnya... Perlukah kita cemburu? He he he. Nampaknya saya tak boleh jawab atau menulis mengenai tajuk di atas, he he he. Tapi tak kanlah nak suruh suami kita cukur kepalanya sampai botak dan pakai minyak atar je... he he he. Malu pulak kita kalau dia pakai baju compang-camping macam Si Tanggang sebelum kaya. Dan paling `tak kan' ialah tak kanlah kita nak salahkan suami kita jika dia ramai peminat...he he he. Dulu pun kita peminat setia dia. Dan kita jadi peminat bertuah dapat memilikinya. Sukar untuk saya kata perlukah seorang perempuan itu cemburu atau tidak, mungkin dia kena fokus dan lihat perangai suaminya tersebut. Bagaimana perangai suaminya. Dan langkah seterusnya ambil keputusan sama ada nak cemburu atau tidak? Kesimpulannya daripada penulisan di atas sama ada kita perlu cemburu atau tidak lihat kepada perangai suami kita dan apa yang dia buat. Kalau dia tumpangkan mak cik tua yang dah menoupose naik keretanya nak ke simpang jalan tunggu bas tak kanlah kita nak cemburu kan?.

Jan: secara peribadi saya rasa mungkin juga perlu atau mungkin juga tidak perlu. Tidak perlu kalau kita percaya tetapi perlu la sangat kalau kita tak percaya...he he he.