Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, May 30, 2008

Masalah anak remaja lelakinya...



Anak saya yang dah besar, berdikari tinggal di IM 14, Kuantan.


LEWAT PETANG semalam, ketika sedang berkemas hebat nak balik kerja, `pop' keluar email dari sorang kawan. Dia nak minta pandangan dan nasihat mengenai anak lelaki remajanya. Emm... pada mulanya agak keberatan jugak nak beri nasihat atau pandangan kerana bukannya tau sangat, lagipun nak balik awal, nak siram pokok pisang.

Sebenarnya susah nak bagi nasihat pasal nak nasihat anak orang lain kan...(lainlah kalau nak minta nasihat bagaimana nak buat kek pisang). (Dua hari lepas pun ada terima email dari kawan yang ada masalah dengan anak lelakinya juga, tapi tak retilah nak beri nasihat....suruh dia berdoa je)

Berbalik kepada Puan X tadi, dia beritahu anaknya tidak menghormatinya, suka berkawan dan tak mendengar kata (standard biasa remaja kan...), dan sukar sungguh nak menasihatinya. Saya cuba jugak menasihatinya bermaklumatkan kepada nasihat kawan saya bagaimana nak menghampiri diri dengan anak remaja sendiri. Sebab ni zaman teknologi, remaja teknologi ini tidak seperti kita masa remaja dulu (zaman Hail Amir dan Uji Rasyid) katanya.

Masa anak kita masih kanak-kanak bolehlah kita kawal mereka, tentukan baju yang mereka nak pakai, kita boleh beli baju gambar basikal (sedangkan anak kita nak baju gambar katurn yang sedang makan pisang). Tetapi bila mereka dah dewasa, dah ada pemikiran, kecenderungan dan pendapat sendiri, ia jadi agak sukar untuk mengadakan kawalan, sekatan dan teguran. Perlu diingat kita dan anak kita adalah individu berbeza. Walaupun kita yang melahirkannya, mereka bukan kita. Mungkin hidung nampak sama kembang, rambut sama hitam tapi hati dan taste lain-lain(panjang lebar jugak nasihat ni).

Saya menasihatinya lagi, rapatkan diri dengan anaknya, kena `kenal' anaknya secara luar dan dalam. Ungkapan ayat `anak saya, saya taulah perangainya' mungkin tidak sesuai, kadang-kadang ibubapa perasan lebih.

Saya nasihatkan dia supaya tahu dengan siapa anaknya berkawan, kalau boleh berkawan sama dengan kawan-kawan anaknya tu, jemput kawan anaknya datang bertandang ke rumah ke, (boleh buat jemput pisang atau pisang goreng dan tea o panas). Barulah boleh tengok apa masalah mereka sebenarnya.

Kata Adnan lagi, kalau ibubapa nak dihormati mestilah ibubapa tu betul-betul layak untuk dihormati. Bukan kerana kita ni ibubapa mereka tetapi kerana kita ni insan yang memang layak untuk dihormati. Bentuk diri depan anak-anak biar nampak hebat dan vouge (kepinpinan melalui tauladan - Dr M). Betul jugak memang la anak kena hormat ibubapa tapi remaja zaman teknologi sekarang lain, mereka lebih menghormati kita jika kita ada pembangunan diri yang baik, ada pendirian dan kelihatan hebat. Mereka nak contoh...contoh yang nampak dan sezaman.

Tapi saya jawab pendek je email tu, setakat tu jelah, itupun copyright yang Adnan beritahu. saya sendiri tak reti nak beri petua nak jinak anak, lagipun anak-anak saya semuanya baik-baik belaka (prasan! anak kucing memang dengar kata).

Jan: Pernah jadi anak derhaka...

Teknik Menyoal Pelajar : Sebaran dan kandungan soalan...

Sapa ya yang kita nak soal hari ni ya? Sapa yang akan jadi `mangsa' hari ni? Dalam soal menyoal pelajar kita juga tidak boleh pakai hentam sahaja, pastikan soalan ditujukan kepada pelajar yang tepat dan sepatutnya ditujukan. Soalan yang sukar dan mencabar haruslah ditujukan kepada pelajar yang berbakat dan cerdas.

Soalan yang lebih senang dan mudah pula kepada pelajar yang lemah dan lembap (Soalan yang sukar jika diberikan kepada pelajar yang lemah bukan sahaja membuang masa tetapi juga akan mengurangkan keyakinan pelajar tersebut terhadap dirinya) Pendek kata apabila hendak memberikan soalan, pilihlah `mangsa’ yang betul. Daya penakkulan pelajar adalah berbeza “Kalau jawapan itu diketawakan oleh pelajar lain janganlah kita pula `tumpang semangkuk’ mentertawakannya. Kita bukan berada dalam rancangan Raja Lawak, di sini sebolehnya baiki jawapan pelajar tadi, bina keyakinan diri pelajar tu.

Soalan juga tidak harus disebarkan mengikut susunan kedudukan pelajar. Kejadian ini kerap kali berlaku apabila berhadapan dengan soalan objektif. Contohnya ada sesetengah tenaga pengajar mahu membincangkan soalan objektif dimulakan dengan pelajar di barisan hadapan seterusnya barisan demi barisan. Adalah lebih baik soalan tersebut ditujukan secara rambang, tidak mengikuti kedudukan susunan tempat. Jika disoal mengikut susunan tempat, kesannya pelajar sudah dapat mengagak soalan ke berapa ( nombor berapa?) yang harus dijawab. Mereka hanya akan menumpukan kepada mencari jawapan soalan tersebut sahaja.

Jangan galakkan pelajar menjawab soalan yang dilontarkan secara beramai-ramai jika mahu melihat kebolehan pelajar, dikhuatiri nanti ada yang menggunakan teknik `miming’ bila menjawapnya.

Terdapat juga kecenderungan pada tenaga pengajar secara semulajadi atau tidak semulajadi, iaitu soalan yang diberikan terarah kepada pelajar yang sama, iaitu pelajar `kegemaran’ mereka. Banyak sebab mengapa bias ini berlaku. Mungkin ada seuatu perkara yang menarik pengajar untuk menumpukan lebih terhadap pelajar itu. Ini adalah suatu kesalahan besar, kita tidak boleh berat sebelah. kita mesti sebarkan soalan secara terpilih tapi adil dan serata....

Soalan yang mahu kita lontarkan haruslah soalan yang diketahui jawapannya. Soalan yang tidak diketahui kesahihan jawapannya jika diajukan akan menyukarkan pelajar (dan tenaga pengajar). Mereka akan bertanya kembali. Jika kita mengaku tidak dapat mencari jawapannya dengan jujur, ia mungkin boleh diterima oleh pelajar pada mulanya. Namun jika sudah kerapkali sangat mengaku, ini akan merendahkan kredibiliti seseorang tenaga pengajar tersebut. Pelajar akan membuat pelbagai andaian, mereka mungkin menganggap kita tidak bersedia. Kesannya...?

Soalan yang hendak ditanya juga janganlah terdiri daripada jenis jawapan ya atau tidak, benar atau salah. Cuba sediakan soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang penuh. Namun soalan sebegini boleh digunakan jika mahu menarik perhatian kepada pelajar yang kelihatan `hanyut’ di dalam kelas.

Masa nak sebarkan soalan tu, pastikan juga kandungan dan bentuk soalan haruslah sempurna. Soalan itu tidak harus diubah-ubah dari segi perkataan-perkataan dan ayat-ayatnya, pastikan ia adalah sama. Tindakan selalu merubah soalan semasa mengulang soalan akan mengelirukan pelajar.


Jan: Susah juga teknik menyoal pelajar ya...

Thursday, May 29, 2008

Kekawang...









Jan: Apa khabar kau di sana? Semoga sihat sejahtera...

Bergambar kenangan...

Nizam Malik, sama mengajar student UiTM, ngajar ekonomi masa tu...

Adha, kawan sejak kerja kat Pekan, sampailah ke Kuantan... Selalu gi makan rumah dia dulu kat Kuala Pahang.

Sani, kawan daripada Pekan sampai ke Kuantan, merangkap housemate juga.

Dua jejaka handome dan top pada masa tersebut...

Jan: He he he


Wednesday, May 28, 2008

Hobi: Ke mana menghilang?

PADA zaman kanak-kanak dulu, masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya apa hobi kita kan. `Hobi awak apa? pada masa tu ramai antara jawapan kawan-kawan kita ialah mengumpul stem, saya pun ada mgumpul stem, adalah jugak dua tiga album stem (masih ada sampai sekarang), ada yg jawab mengumpul lencana, melukis, membaca dan tangkap gambar. Ada juga yang ada banyak hobi melastik burung dan bela ikan laga dalam botok (letak bawah katil). Ada juga yang tanpa segan silu memberitahu cikgu yg hobi dia menyanyi (yang kemudiannya cikgu panggil ke depan kelas suruh menyanyi...he hehe)

Tapi bila aku dewasa...(ikut stail lagu ella...), ke mana hobi-hobi tu ya? ke mana menghilang? pelik kan, mungkin bila dewasa masa tak berapa lapang dah, hidup bukan sesimple lagi, bila dah dewasa, ada kerja, ada banyak projek, ada keluarga dan dunia dah nampak bertambah `luas', hobi tu mati.

Tapi peting ke hobi? cuba ingat dulu kita bukan main riang dan gembira dengan hobi kita, bila kita buat hobi kita dulu kembang je lubang hidung. Sbenarnya kalau ada hobi boleh buat terapi minda, boleh relek... So molek jugak kita ada hobi biarpun dah dewasa,]sbb bila dewasa keadaan bukan macam zaman riang kanak-kanak. hidup mengejar masa dan kerja, rasa masa berlalu tanpa disedari....bila balik kerja rasa sekejap je dah malam tidor dan esok kerja lagi, betul amli kata...

Oleh kerana kesuntukan masa, saya berhobi di rumah je. Menanam pokok, kawasan rumah sempit je (rumah teres). Tapi best jugak tanam menanam pokok ni. Terbaru saya tanam pisang dalam pasu letak kat sliding door, tapi bukan pisang yg kita boleh makan, boleh tengok je... he. bila balik dari kerja, rehat-rehat bolehlah belek-belek daun pisang tu. he he (pelik ke?). Kalau perhati betul-betul gambar di atas nampak jugak pokok paku pakis....

Harap-harap hobi ni berterusan, tak hilang, dan pokok subur subur belaka....
Jan: apa hobi anda ya?

Monday, May 26, 2008

Cabaran Mahasiswa Menganggur III

Ibubapa dan saudara mara, sepupu sepapat.

Ibubapa merupakan pihak yang paling utama bergembira bila kita berjaya menamatkan pengajian, dan mereka sebolehnya mahukan kita cepat-cepat mendapat pekerjaan. Setelah menyuniversitikan kita, mereka berharap sangat kita mendapat pekerjaan yang sesuai dan boleh menjaga diri, dan slow-slow meletakkan diri dalam masyarakat.

Bagi diri mereka konsep membalas budi tidak timbul sama sekali. Ibubapa bukannya bank perdagangan yang mahu menerima interest atas pelaburan, ataupun IMF yang memberi pinjaman atas agenda yang tersembunyi. Sudah cukup bagi mereka jika kita berjaya, pandai memjaga diri dan berbudi bahasa. Untuk mendapat balasan adalah satu bonus bagi mereka, tidak lebih daripada itu.

Namun bagi ibubapa yang tidak berada, tentulah mereka akan mengharap sedikit lebih daripada kita, dapat menolong daripada segi material terutamanya. Jika tidak banyak, sedikit jadilah. Apatah lagi jika berderet adik beradik `bersusun paku' yang masih bersekolah. Mereka akan mengharap agar bebanan kewangan dapat ditampung walaupun sedikit.

Harapan yang besar tetapi nilai sedikit inilah yang akan membuatkan pengganggur siswazah itu menjadi lebih tertekan. Apatah lagi permohonan minta kerja tidak pernah dibalas atau asyik gagal di dalam temuduga. Belajar di unuiversiti adalah suatu perkara yang menyeronokakn dalam hidup tetapi berada di dalam era pengangguran berizajah adalah suatu perkara yang sangat memberi tekanan.

Adik breradik yang bersekolah pula akan selalu bertanyakan bila lagi kita hendak bekerja. Melihat ketekunan mereka belajar membuatkan kita berasakan adalah menjadi tanggungjawab untuk mendapatkan kerja, terdesak sangat kita mesti mendapatkan kerja untuk memperlihatkan bahawa apabila masuk universiti dan keluar universiti hidup akan menjadi senang. Mereka perlu untuk melihat contoh yang `terdekat'.

Di sini kita mestilah memperlihatkan kesungguhan kita dalam mencari kerja secara jelas. Biar mereka nampak kita sentiasa mencuba dan bersemangat, janganlah pula memperlihatkan keputus-asaan kita, belilah stem2, sampul surat dan surat khabar, kena peka dengan berita semasa. biar nampak kita tenang dalam menghadapi cubaan, biar nampak kita tidak berputus asa, jangan sekali kita mengeluh depan mereka. (walaupun dalam hati tuhan sahaja yang tahu...).

Kita harus memperlihatkan kepada mereka kita gigih mencari kerja tanpa memberi alasan2 yang bukannya dapat menjelaskan keadaan sebenar tapi membuat kita dipandang pesimis.

Tetapi tekanan yang paling hebat datang daripada saudara mara. Lebih dekat saudara mara itu lebihlah mereka kan memberi tekanan, bukan sahaja kepada kita tetapi ibu bapa kita, adik beradik, turut akan terlibat, turut ditanya mrk. Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut saudara mara?, di sini kepakaran memekakkan telinga penting. Cubalah untuk tersenyum walaupun bagai terasa jadam.


Jan: Banyak juga bertukar kerja tapi semuanya berkaiatan dengan dunia pendidikan...

Friday, May 23, 2008

GORENG UDANG RANGUP II

Ni ada lagi satu resipi masak goreng udang yang rangup. Taraaa...:

Bahan-Bahan:
8 ekor udang besar (atau agak besar) - dibelah belakang dan dibersihkan
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur - di pukul sedikit
½ sudu teh serbuk lada
½ sudu teh gula
1 sudu teh kicap
Garam secukup rasa

Sos:
4 biji cili besar
2 sudu besar gula
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
kisar semua bahan dan masak hingga pekat.

Cara:


Gaul udang dengan tepung ubi. Campur semua bahan lain dan goreng garing. Minyak mesti panas betul-betul.Sedap dimakan bersama keluarga dan sos.


Sos tu sebenarnya 2, 3 kali buat baru sedap (bila dah dapat skill citarasa sendiri)

Jan: yg ni leceh sikit kena ada banyak bahan2, tapi semuanya barang basik kat dapur kan...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home