Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 14, 2017

Kehidupan di Malaysia saya

Alhamdulillah, kehidupan di Malaysia saya bertambah baik dan memuaskan. 2017 nan lalu, iaitu 10 tahun lalu gaji saya hanya separuh daripada gaji yang kini saya miliki. Saya percaya hala tuju dan matlamat organisasi yang jelas berserta dengan keadaan ekonomi negara yang baik, membuahkan hasil ini.

Beberapa cabaran sosial dan ekonomi terbaru yang berlaku, memerlukan saya bersikap lebih positif dan kuat berkerja. contohnya menghadapi perubahan masyarakat dan inflasi memerlukan kesabaran dan perancangan yang teliti.

Adalah tidak adil jika kita katakan pembangunan diri kita adalah semata-mata kerana kerja kuat kita. Saya memang sedaya upaya berkerja dengan bersungguh dalam kapasiti saya. Dan saya percaya saya sebenarnya boleh pergi lebih jauh dan gaji akan naik lebih jauh jika saya bekerja lebih kuat dan lebih berkesan. namun saya ada keutamaan lain dalam hidup. Setiap manusia berbeza kos lepasnya.

Faktor dalaman individu penting. Saya bukannya jenis suka menyalahkan orang atas nasib dan untung diri saya. Maksud saya saya selalu berfikir saya boleh jauh lebih maju dengan persekitaran yang sedia ada. Dalam konteks saya, saya boleh laksanakan PHD saya. Namun begitu saya memilih untuk tidak melaksanakannya atas beberapa foktor tertentu. Dan itu kelemahan saya.

Saya percaya dalam kehidupan ini apa yang paling penting ialah kebijaksanaan dan rasa bersyukur. Kebijaksanaan untuk memiliki pengetahuan atau kemahiran. Maksud saya ada orang berkerja berdasarkan pengetahun yang ada dicurahkan secara langsung ke atas organisasi dari segi minda. Dan kedua kemahiran yang berbentuk fizikal. keduanya memerlukan kesabaran.

Saya mahu proactive, saya tak mahu reactive. Saya percaya sikap proactive saya membawa saya ke depan. Walaupun kadang kalia meletihkan tetapi ia membuahkan hasil.

Saya ada juga merungut, tetapi saya akan cuba kawalnya dan sesekali tidak akan membukanya secara umun di FB atau di tempat terlalu umum. Cuma di blog saya kumpulkan runggutan tersebut bagi yang suka membaca dan berfikir.

Sekali lagi saya bersyukur dengan apa yang saya ada, dan adanya sana-sini kesusahan tersebut saya anggap ia cabaran kepada saya kerana saya jauh dari sempurna...

Saya tidak hidup di negara orang. Saya tidak hidup dalam lingkungan masyarakat di negara maju. tetapi saya percaya Malaysia adalah tempat yang berpadanan dengan keupayaan diri saya. Cuma kadang-kadang saya letih dengan ketidakbijaksanaan sesetengah masyarakat di sekeliling saya.

Tamat.

Image result for Malaysia masih aman
he he he

Malaysia aman damai...

Wednesday, December 13, 2017

Peristiwa di Giant Jerteh

Saya suka Giant. Sebabnya ada banyak barang keperluan diperagakan dengan skala besar. Ia ibarat kedai runcit besar (hyper market) yang bersih dan tersusun.

Cuma saya tidak puashati sebab di kaunter untuk barang yang kurang dari 10, ramai pengguna yang tidak ikut arahan. Saya lihat mereka membeli barangan penuh troli dan mereka tidak rasa bersalah untuk ke kaunter kurang dari 10 barang tersebut.

Mereka tidak rasa bersalah atau mengambil hak orang lain. Saya ucapkan syabas kepada mereka... 

Sebenarnya orang yang paling patut kita malu adalah pada diri sendiri. Hidup ini kalau tidak dapat menolong orang, cukup dengan tidak menyusahkan orang...

Marilah kita sama-sama perbaiki dalaman diri, sebab perasaan itulah nanti dilihat dan diadili tuhan. Seketul hati kita tersebut.

Friday, December 8, 2017

Pengabdi Setan (film 2017): Filem seram terbaik 2017

After dying from a strange illness that she suffered for 3 years, a mother returns home to pick up her children!


Filem seram terbaik 2017

1. Saya bernasib baik sempat menonton filem seram ini.

2. Dalam kesibukan urusan kerja dan keluarga, saya sempat ber`me time' dengan filem ini.

3. Saya berketakutan di pawagan, megamool, Kuantan.

4. Saya sangat puashati, dan ia adalah filem seram terbaik yang saya tonton sepanjang 2017 ini.

5.  Kedua terbaik adalah filem IT.

6. Orang yang terdesak dan keinginan yang tinggi akan berbuat apa sahaja. Selain membunuh manusia akan rela menjayakan lebih banyak lagi kesanggupan mereka. Demi kehendak hatinya.

7. Orang mati hidup balik adalah perkara yang paling tidak ligik di dunia ini...





Friday, November 24, 2017

Adik, siapakah lelaki itu...?


Image result for sad men and blue beach

Pada hari itulah... kali terakhir dia melihat matahari. 
Pada hari itulah... hari terakhir dia mendengar ombak di pantai. 
Pada hari itulah...hari terakhir dia berhenti menjadi istimewa. 

(Dan pada hari seterusnya dia mula bercakap dengan pantai...)




HARI itu adalah hari yang paling malang. Paling malang dalam hidupnya. Dia menangis teresak-esak seperti budak. Memeluk bantal di dalam bilik, di atas katil. Dia koyak gambar adik, dia delete semua gambar adik... sambil tersedu-sedu dia menangis. macam adengan drama-drama swasta Melayu yang malas nak maju.

Saat dia hilang adik... Dia hanya mahu mati sebab dia anggap adik mati.

Semenjak Adik mati, dia tidak pernah lupakan adik walaupun sehari. Tidak ada sehari pun dalam hidupnya berlalu tanpa ingatan kepada adik... Ia seperti cerita dongeng cuma versinya kisah putera kehilangan pedang... Dia kehilangan adik.

Dulu dia tidak percaya ada lelaki setia. Rupa-rupannya dialah lelaki itu. Tuhan maha kuasa. 

Ada orang kata dia lelaki bodoh, dan gila. Ada orang kata dia tentu something sebab dia seorang yang solo. Ada orang kata dia pentingkan diri.

Orang kata segalanya, tetapi dia tidak peduli. Sebab dia percaya dia ada adik. ingatan kepada adik adalah segalanya.

Daripada atas, tentu adik boleh melihat hidupnya. dari atas adik adalah istimewa, adik seperti roh. Adik tahu wajah siapa yang muncul di rungan matanya apabila kelopak matanya terbuka pada setiap pagi. Dan pada malam yang sunyi hantinya pula adik akan tahu wajah siapa terakhir melekap pabila kelopak mata terakhirnya tertutu. Hatinya pekat dengan rindu. Rindu pada adik...

Mungkin kegagahan terunggul seorang lelaki adalah keupayaannya untuk setia...melawan perasaan. Menahan cinta di dalam dada untuk wanita yang dia dikasihi...

Melihat dia harungi hidup ini dengan koleksi seksa, adik tentu menangis. Sumpah nyawa, adik tentu menangis.

Daripada atas adik tentu menangis. Lidah adik tentu juga beku...



Adik,

Kadang-kadang dia bertemankan pantai. Dia mahu ada adik di sebelah tetapi ia barang mustahil kerana tuhan telah matikan adik dalam hidupnya. tetapi bukan dalam hatinya...

Dalam rindu dia merenung pantai untuk berbicara tetapi lidahnya tidak dapat bergerak. Lidahnya kelu dan dia hanya hanya duduk-duduk meramas pasir pantai. Melihat laut... 

Dia hanya duduk lama-lama meramas pasir pantai dan tersenyum sakit.

Deruan ombak dan bunyi camar tidak dapat pulang ke hatinya ...



Adik...

Dia akhirnya bercakap dengan pantai, dalam sedu-sedannya tidak jelas butir kata. Tetapi dia terus berbicara seolah adik ada di tepinya. Dia mahu mendengar bahawasanya adik terlalu rindu dan kerinduaan itu membawa kematian. perpisahan dalam apa jua bentuk adalah menyedihkan...

Adik, seperti selalu dia mahu adik lemaskan dia dalam pelukan adik. Dia mahu tarik-tarik rambut adik yang panjang bagai layar di lautan itu... menyelubunginya. Dan dia berpura-pura lemas. Ya seperti lelaki lain yang normal dia berpura-pura lemas.

Dia sedar dalam bercinta, tiada lelaki cerdik. semuanya bodoh. Dan rela jadi badut kerana orang yang dicintainya. Dia rela jadi bodoh seperti lelaki-lelaki lain juga...

Dia masih ingat sumpah adik. Di depan laut biru dan ombak kuat itu. Bahawasanya tanpa dia, adik hanya boleh bertahan nafas selama tiga hari? Adik ingat kah? Rupanya dia simpan kejap sumpah adik dalam hati. Terlalu kejap melekat...hingga dia tidak dapat bernyawa apabila adik pergi...tidak seperti lelaki biasa yang lain.

Adik kata percintaan adik dengannya bagai cerita dongengan. Tetapi akhirnya adik sahaja yang berjaya loloskan diri sedangkan dia masih di dalam cerita tersebut terawangan, kaki tidak jejaki bumi...

Adik lihat pantai itu...



Adik,

Dia sangka kisah cintanya paling agong berpanjangan, bahagia seperti ombak dan pantai. Adik pernah beritahu dia pencatuman dua hati itu laksana pantai dan ombak...tak mungkin terpisah walau ada pasang surut, ribut dan taufan...tetap bersama. Adik, dia percaya sangat-sangat.

Adik, kini dia berterusan sendirian, meramas-ramas pasir pantai. Sesekali dia mendongak ke arah lautan yang sangat biru. Tetapi telinganya hanya mampu mendengar janji-janji adik. Sesekali dia kesat airmata dengan lengan baju...

Adik..., tidak akan pernah ada ucapan selamat tinggal darinya, kerana lelaki sepertinya mempunyai hati yang bodoh dan telinga yang tuli...






Monday, November 20, 2017

Siri-siri patah hati kawan saya...

Seorang kawan maya saya mengalami sintom patah hati. Umur beliau lebih muda berbanding saya,  dalam lingkungan 30an. Berbanding saya, beliau juga lebih kacak. Namun tidak adillah jika membandingkan umur 47 tahun dengan 32 tahun.

Kini saya sering membaca penulisan-penulisannya di FB. Penulisannya berbentuk luahan rasa kecewa, dan juga harapannya yang punah. Pendek kata serba manika ada perasaan ada di dalam penulisannya. Tanpa segan silu dia menulisnya. Memang pendek sahaja penulisan yang dibuat tetapi tajam menikam.

Kepada insan-insan yang pernah melalui patah hati (yang buat orang patah hati kita tolak ke tepi, puak ni jahanam betul), kita tahu penulisan sebegitu tidak lebih dari satu proses biasa sahaja. Ia satu proses yang hati lalui akibat patah hati. Kecewa.

Namun pada satu petang, saya terbaca lagi penulisan kawan maya saya ini. Penulisan tersebut berbentuk satu pertanyaan.

Mengapa hati ini masih lagi mengingati...?

Mahu sahaja saya terus menjawab... iannya kerana hati awak yang patah itu masih belum punah sepenuhnya. Masih lagi belum benar-benar patah. Kalau ia betul-betul remuk, ia akan hilang deria rasa. rasa untuk kecewa.

Maknanya dia mungkin akan mengalaminya lagi. Mungkin patahnya lebih teruk tetapi tidak patah sepenuhnya. Hanya sebuah hati yang punah sahaja tidak boleh dipunahkan lagi... Hanya hati yang benar-benar patah sahaja tidak boleh dipatahkan lagi...

Percayalah saya tahu benar akan hal sebegini.

Jika hatinya belum betul-betul patah, dia mungkin akan berharap suatu hari nanti dia berjumpa dengan orang yang betul. Dan jika dia masih berjumpa dengan orang yang salah, dia akan patah hati lagi...

Dan lagi, dan lagi dan lagi..



Image result for esok masih ada


Thursday, November 16, 2017

Awak pakai kereta apa sekarang?

68Awak pakai kereta apa sekarang?

            “When you judge others, you do not define them, you define yourself”

16 Nov 2017



Awak pakai kereta apa sekarang?

Saya terkedu dengan pertanyaan tersebut. Bila saya terkedu maka saya tidak terus menjawab. Saya jadi geram.

Sebelum saya membeli kereta, orang bertanya “Bila nak beli kereta? Nak beli kereta apa? Setelah saya miliki kereta, orang bertanya lagi “Bila nak tukar kereta baru? Setelah beli kereta baru tentu beberapa tahun kemudian akan ada orang bertanya `Bila nak beli kereta baru?. Sekali lagi.

Jika hidup ini kita habiskan untuk menjawab persoalan di sekeliling kita, nescaya  merugikan diri sendiri. Jika kita ambil berat tentang soalan sebegitu dan sejenisnya, ia tidak sihat untuk minda kita. Malas saya hendak melayannya.

Mungkin kerana saya sendiri tidak suka bertanya kepada kehidupan orang lain secara langsung, sebab pertanyaan saya biarkan di dalam otak, maka saya tidak tahu apa keperluan untuk bertanya secara langsung soalan sebegitu. Contonnya saya tidak pernah bertanya bila kawan saya mahu beranak lagi. Saya tidak pernah tanya sebegitu walaupun anak bongsu dia sudah besar. Sebenarnya saya tidak juga peduli dengan siapa dia tidor? He he he.

“Tentu sekarang awak pakai kereta besar kan? Pensyarahlah katakan? Kata kawan saya lagi.

Mungkin sebab saya tidak menjawab, terus kawan saya ambil peluang untuk bertanya. He he he.

Pertanyaan kali kedua itu membuatlkan saya rasa bersalah kalau tidak menjawab. Tapi kalau saya jawab tentu dia sentap!

Saya berpendapat tidak salah bertanya tentang apapun tetapi lihat situasinya. Kalau rasa tak sesuai dan sensitif janganlah bertanya. Bagi saya hindarilah dari bertanya soalan sebegitu atau seangkatan dengannya, ia mungkin membawa rasa tidak selesa kepada orang yang ditanya. Dan dalam kes ini saya memang rasa tidak selesa. Bukan kerana saya malu berkereta Myvi. Saya tidak akan malu jika berkereta Myvi sepanjang hayat pun. Saya lebih malu berhutang kerana beli kereta kereta baharu sepanjang hayat!

Saya rasa tidak selesa kerana dapat saya rasakan kawan saya ini sedang `mengukur’ kejayaan hidup saya dan mahu membandingkan kehidupannya dengan kehidupan saya. Saya tidak suka perkara sebegitu terjadi. Saya kenal sangat perangai dia. Kenaal sangat.

Saya memang tidak suka dengan kawan saya seorang ini. Walaupun sudah lama berkawan sejak sama-sama belajar di Universiti Malaya, perangai angkuhnya tidak berubah. Ingatkan bila sudah  dapat ijazah dia akan berubah. Atau apabila sudah berusia dia akan jadi lebih bijaksana. Rupa-rupanya memang sifat angkuh tidak dapat dibunuh dengan sekeping ijazah atau usia. Memang tidak boleh dalam kes dia.  

“Saya pakai Honda Accord sekarang, lagi laaaa berbulu pengetua saya kepada saya”

Mungkin kerana lama sangat dia menunggu jawapan dari saya terus dia cerita pasal kereta dia pulak. Kelakar... atau memang pada mulanya lagi dia sangat berharap saya akan tanya dia pakai kereta apa? He he he. Choii...

Selepas itu dia galak bercerita mengenai perangai guru besarnya yang kononnya cemburukan kehidupan dia yang lebih berjaya. Cemburukan kereta dia. Saya terus dengar dengan penuh minat walaupun dalam hati saya, guru besar tersebut mungkin langsung tidak kisah walaupun kawan saya tersebut nak pakai kereta kebal pun.  Asal jangan kereta lembu sudah, nanti ada tahi lembu merata di kawasan sekolah.

He he he.

Lama tidak bercakap dengan kawan saya ini, nasib baik ada FB dapat kami bertemu akhirnya tetapi nasib tidak baik sebab dia masih tidak berubah sikap. Sebenarnya dalam FB pun dia ada tanya perkara yang saya rasa tidak patut ditanya di hadapan khalayak FB.

‘Saya pakai Myvi…, tempat kerja saya dengan rumah saya tak sampai pun 10 minit kalau naik kereta” Jawab saya setelah lama mendengar ceramahnya melalui telefon.

“Man ni memang dari zaman universiti dulu pun selalu rendah diri, tak suka menonjol diri…” Katanya.


Emmm....jadi benarlah dia suka meninggi diri dan suka menonjolkan diri. He he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home