Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, April 11, 2016

Saya minta maaf kepada Datuk Ramli M.S

Saya sengaja tidak menjawap panggilan telefon dari Datuk Ramli M.S. Saya sengaja. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Tentu Datuk Ramli akan tanya banyak soalan, banyak perkara.

Image result for datuk ramli ms

Sebenarnya memang sudah menjadi stail saya apabila merakamkan album baru, saya akan selitkan sebuah dua lagu arwah Kak Pah. Dan umum tahu sebutan saya tidak sebagus mana terutama apabila menyebut huruf `R'. Jadi saya ambil masa untuk mencari lagu arwah yang sebutan huruf `R'nya paling minima...

Dengan bantuan pembantu peribadi saya, Shafarina...sudah terkumpul tiga lagu Kak Pah yang akan saya bawa semula dengan stail saya. Lagu tersebut adalah `Terbang Helang', `Rindu menghiasi kamar cinta' dan sebuah lagu lama...`Halimunan malam'.

Saya tidak putus lagi yang mana satu.

Kalau saya muatkan lagu Terbang helang' tentu akan mengejutkan para peminat tanah air sebab rendition yang dibuat oleh Datuk Ramli sangat bagus, Atas gubahan Datuk Ramli, tak ada orang akan pertikaikan.

Lagu `Rindu menghiasi kamar cinta' pula saya kekalkan melodinya sebagai satu penghormatan kepada Datuk Ahmad Nawab.

Manakala lagu asli `Halimunan Malam' tu tentu peminat akan menangis atau meraung terus. He he he.. Lagu tu ada kena-mengena dengan kisah hidup saya yang telah ditipu dalam berkasih sebanyak 8 kali. (macam senaman kan? 8 lagi).

Saya bukannya artis rakaman yang menghasilkan album sebagai `just another album', tetapi setiap album saya ada pembaharuan, dari segi mutu dan menunjukan kemajuan. Menambahkan koleksi kualiti lagu Melayu kita, Ya, memang dulu pada awal-awal pembabitan saya dalam dunia seni saya kejar populariti dan duit. Namun kini saya sudah terkenal (pernah makan tengahari dengan Madonna, dinner dengan Adele) dan mempunyai empayar perniagaan yang mengalahkan Datuk Vivda. Duit bukan perkara utama.

Duit dan populariti bukan suatu yang saya kejar.

Jadi saya tidak terdesak untuk keluarkan album secepat mungkin. Saya tidak bimbang peminat akan lari sebab sayalah yang terbaik. Mereka nak lari ke mana? Nak lari kepada penyanyi baru yang menyanyi entah ke mana lautnya harap muka jea. Saya percaya orang yang waras telinga mereka mahu dengar lagu. Mereka mendengar dengar telinga, bukan mata. Namun saya tetap diet, bimbang kelihatan stopok di atas pentas.

Saya selalu menjaga penampilan dan bertreadmill untuk stamina apabila mengadakan konsert. Insyallah tahun depan konset menjelajah seluruh Asia, akan saya lancarkan. Asyik jelajah barat jea, nanti apa wartawan kata.

Apabila sudah mencapai tahap seperti saya seseorang penyanyi itu tidak perlu lagi buat perkara yang tak munasabah untuk terus popular. Saya tidak perlukan gossip bercinta dengan artis popular lain atau beritahu hal nenek sakit dan lain-lain lagi yang membuatkan otak peminat jadi senak.

Saya berhasrat minggu depan saya akansempat hubungi Datul Ramli MS untuk beritahu keadaan sebenar. Dan saya akan minta maaf kepadanya banyak-banyak. Kita kena hargai Datuk Ramli MS sebab dia sebenarnya `harta negara'. Kepakarannya, ketelitiannya dan bakat yang ada padanya sangat luarbisa.

Kali terakhir saya berhubung dengan Datuk Ramli, dua hari sebelum saya ke Tokyo. Datuk ada beritahu peminat tak sabar-sabar untuk dapatkan album baru saya, sebab itulah saya harus cepat memilih lagu arwah Kak Pah tersebut.

Untuh hadiah kepada peminat, saya sudah ada idea, poster terbaru nanti akan ada gambar saya memakai seluar pendek sedang menanam pokok kelapa bali. Ini sebagai mesej kepada khalayak supaya cintai bumi dan jangan panaskan bumi. Sekolah di Temerloh dah cuti pun dua hari akibat cuaca panas

Sebenarnya banyak lagi idea dan kerja yang saya harus realisasikan. Jadual saya sangat padat sehingga petang kelmarin saya terlupa angkat `handbreak'...

Sekian jumpa lagi...

Friday, April 8, 2016

Saya mahu beli treadmill...

MINGGU lepas dengan bergayanya saya ke supermarket besar Capital Moll khas untuk mencari Treadmiil.

Kepada adik kakak yang tak tahu apa itu treadmill (ada ke?), ia adalah satu alat berlari yang mahal tetapi apabila kita berlari tak sampai-sampai. Atau dengan kata lain, lari setempat.

Image result for cara guna treadmill
Treadmill


Sebenarnya minggu sebelumnya saya juga ada meninjau treadmill di Megamoll bersama jurulatih saya, Adnan. Adnan menanyakan perihal fungsi treadmill kepada jurujual, saya tersenyum sahaja di sebelahnya, angguk-angguk konon faham. Macam seleberiti bodoh. He he he.

Sebenarnya saya cemburu kepada Adnan sebab dia nampak muda belia semasa dia singgah di gerai pamiran pendidikan di mana tempat saya bertugas. Dia mencuri perhatian. saya tengok ramai orang tengok kepada dia berbanding saya. Pada masa tu puas saya buat mengada tetapi gagal menarik perhatian pengunjung kepada gerai saya. Saya dah tak ada nilai niaga...Emmm.

Apabila saya duduk di sebelahnya saya rasa amat hodoh sebab tua dan stopok. Sedangkan dia nampak muda belia siap pakai beg sandang lagi. Sedangkan dia sudah 40an...tapi nampak macam bukan 40an. Sedangkan saya nampak macam 40an walaupun sebenarnya memang saya 40an...

Saya nampak lebih tua dari Adnan walaupun sebenarnya memang saya lebih tua dari Adnan. pelik ayat ini tapi itulah perasaan saya...

Adnan nampak muda, saya tahan nafas dan rapatkan tangan


Ikhlas cakap saya mahu beli treadmill bukannya demi kesihatan semata-mata. Saya susudah sihat cuma saya mahu badan saya terbentuk semula, maksud saya berat badan saya ideal. Saya dah puas hidup dalam dunia stopok. banyak perkara yang tidak selesa, contohnya, saya terpaksa tidak bernafas dengan sejahtera bila pukul gambar (bergambar). Saya juga sudah puas pose mengiring bila pukul gambar,...(untuk nampak tak macam pintu).

Bila badan stopok, banyak perkara yang tidak selesa berlaku seperti saya kelihatan macam pintu atau pun peti ais satu pintu. Sudahlah muka saya tak handsum mana (buat pertama kalinya dalam sejarah mengaku, kalau tak prasan memanjang), badan pula stopok. saya tidak mempunyai kelebihan fizikal yang ketara. saya ulangai yang ketara.

Dalam keluarga saya isu stopok (gemuk) selalu timbul, dalam keluarga saya isu stopok seolah merupakan satu jenayah berat. Mujurlah dalam keluarga saya, bukanlah saya yang paling gemuk. Satu lagi isu yang selalu timbul dalam keluarga saya ialah kami selalu lupa angkat hand break kereta. He he he. Mungkin dah ada dalam gen kami.

Bila stopok sangat sukar untuk saya memilih pakaian yang saya suka. Sehingga kini ada beberapa helai baju yang saya beli di Genting Highland semasa tengok konset El Divo (kena cerita ke ni?) yang masih saya tak mampu pakai walaupun baju itu sudah dua tahun lebih tersangkut. He  he he. Mak saya suruh sedekahkan, berdosa kata mak saya.

Image result for goog man wear in the store
Bila kurus tak pakai stoken pun tak apa?


Satu lagi apabila melalui bahagian pakaian lelaki saya rasa terpukul... Huh! Saya mampu beli tapi tak ada saiz yang sesuai.  Dulu ketika badan saya macam Faizal Hussin, duit pulak tak ada... Kini duit ada, badan pula macam guni penuh...

Pernah saya tertarik kepada sepasang pakaian yang patung pakai di Pakson. Saya terus beli seluar, baju dan kasutnya sekali. apabila balik ke rumah dan mengenakannya di hadapan cermin... saya kelihatan macam barut nangka.

Harga treadmill mak datuk mahal macam rantai emas padu. Ada yang hampir RM15K (boleh buat hantaran ni, he he he). Namun saya bertekad nak beli juga yang paling murah. Tu pun saya akan guna kad kredit... Tak apalah demi `comeback' (saja pujuk hati).

Saya mahu buat `comeback' pada hari raya ini. Saya mahu hadirin, sepupu sepapat saya yang lain termasuk tok bilal terkesima memandang saya. Bila saya turun dengan body yang mantap dari kereta Honda Civik (generasi ke 10) nanti, semua orang terpana. Mak cik, pak cik, ipai duai akan terkeshima. Burung-burung pun turut menyanyikan lagu riang...sanak saudara yang ada turut rasa gembira...berangan betul saya kan? he he he.

"Tak mahulah kita ni bujang tapi body macam orang dah ada empat anak. Tak ada beza dengan yang dah kawin. Kata-kata semangat dari sahabat saya.

Image result for eating in front the television
Ni bukan saya yea!
Adnan beritahu saya lagi, saya kena kikis sifat saya yang suka makan mengunyah 24 jam depan tv sambil tengok dvd.  Tapi sebenarnya...when the pain cut you deep...when night keep you from sleeping..we eating-eating...kan? He he he.

Adnan adalah satu-satunya sahabat saya yang sangat memberi semangat kepada saya. Mungkin sebab dia sudah nampak saya akan lebih handsum bila saya kurus. (Pulak dah...)

Saya berharap treadmill ini tak akan bertukar fungsi kepada alat tempat saya sangkut kain tuala yang mahal. He he he..

Sekian.


Thursday, April 7, 2016

Adik petik hati abang...

Dulu,
Tidak abang rasai, bulan itu cantik dan indah. 
Tidak abang kecapi indah bintang di langit malam
Tidak abang sedari karang adalah rantai pantai...
 Abang tidak tahu, tidak pandai...tidak merasa
Rasa itu tidak tumbuh...
Sehinggalah adik petik hati Abang...

Kini,
Tidak lagi abang pandang bulan dan bintang...
Tidak lagi abang mengutip siput karang di pantai...
Abang hanya tersenyum...
Hati abang adik petik buang...



Image result for happy but sad

Pukulan Seri Dewi Malam...! (Sharifah Aini pulangkan rentak Melayu)



"Tak ramai yang sedar bahawa Sharifah Aini matikan pop yeye dengan lagu ini. Rafeah Buang walaupun nyanyikan lagu 'asli' dalam filem, albumnya pada lewat tahun 60an adalah bersama kugiran The Swallows (siapa yg masih ingat lagu Playboy nyanyiannya?). Sanisah Huri pula 100% jelmaan pop yeye, lengkap dgn skirt.

Sharifah Ainilah yang pulangkan rentak Melayu pada masyarakat Melayu, hingga Rafeah Buang & Sanisah Huri ikut sama. Hinggakan hampir setiap penyanyi pada awal 70an terpaksa selitkan rentak Melayu dlm album mereka. Pengaruh ini tular hingga ke Indonesia. Kerana Sharifah Aini buktikan bahawa rentak Melayu masih ada nilai niaga.

Pencipta2 lagu handalan Ahmad Nawab & Kassim Masdor yg kemudiannya   banyak hasilkan rentak Melayu untuk ketiga penyanyi wanita ini, asalnya banyak cipta lagu rentak jazz. Peranan Sharifah Aini tak boleh dientengkan."


- Awang Belantara




Wednesday, April 6, 2016

There is nothing bigger than the pain of Love...




Adele menyatakan beliau sudah menerima kenyataan. Dan perpisahan itu membuatkan dia lebih maju dalam kehidupannya...kerana dia orang yang tabah.

Namun dia menangis ketika menyanyikan lagu ini. Kenapa yea?

Saya ada jawapannya...

Alhamdulillah isteri saya tidak bekerja...

"Alhamdulillah isteri saya tidak bekerja..." kata seorang kawan saya apabila saya tanya hal perkerjaan isterinya.

"Saya beruntung" Katanya lagi.

Sebenarnya saya bertambah kagum kepada isteri kawan saya ini apabila saya lihat kawan-kawan perempuan saya bertungkus-lumus bekerja mencari pendapatan untuk keluarga. Kadang-kadang sangat lewat petang baru pulang ke rumah. Seolah mereka adalah penyumbang utama kepada keluarga.

"Saya tidak izinkan isteri saya bekerja walaupun dia ada ijazah sebab saya rasa lebih rugi jika isteri saya tidak berada di rumah untuk menguruskan rumahtangga. Saya dan anak-anak saya". Kata kawan saya sambil membelek-belek pingang mangkuk lama saya yang tersusun rapi dalam almari antik saya yang saya beli di Perak, dan diposkan ke Kuantan...(pasal almari ni kena cerita ke ni? He he he).

"Saya berpegang kepada tidak wajib seorang isteri bekerja, suami yang kena bekerja cari nafkah. Alhamdulilah isteri saya menuruti kata saya sebab dia sedar dia kena taat dengan perintah suami. Dan saya yakin saya dapat dan mampu menyara anak bini saya. Walaupun pendapatan tidak tinggi, kami mampu."

"Awak carilah isteri yang tidak bekerja nanti Man..." Kata kawan saya yang gajinya jauh lebih rendah dari saya. Namun keberkatan gajinya mungkin lebih tinggi dari kita kan? kan?

"Alhamdulillah lagi isteri saya ni jenis yang turut perintah dan tak banyak menjawab. Sebabnya mungkin dia faham cara hidup islam. Dia pun setuju dan akan urus rumahtanga sebaiknya. Dia juga beritahu saya jangan anggap dia bekorban kerana rela tak kerja, dia beritahu saya dia memang redho"

Saya diam sahaja tapi kepala saya berputar ligat. Susah nak dapat perempuan macam ini. Macam nak cari orang perempuan bertudung di kelab malam. Kebanyakannya memang mahu bekerja dan `demand' banyak perkara walaupun tak belajar tinggi dan muka ala-ala ada jea. Namun saya juga bimbang pun ada. Kalau diceraikan suami macam mana? Saya yang pendek akal ini bertanya dalam hati.

"Yang paling penting ialah rahmat tuhan atas pendapatan dan rumahtangga kita Man. Tapi saya sangat beruntung dapat isteri seperti itu..."

"Tapi kami tidaklah hidup mewah. Tidak ada rumah besar, kereta besar, pakage Astro mahal tak ada la, ke Karabi tak ada la...dan sebagainya. Kami hidup ikut pendapatan. Dan setakat ini alhamdulillah kami ok jea.".

"Rahmat dan rezeki tuhan tidak boleh kita lihat pada gaji saja Man. Masa bersama keluarga juga adalah rezeki" Tambah kawan saya sambil memuji koleksi pinggang mangkuk saya kelas dan cantik menawan. Masa dia puji saya rasa nak terbang. He he he. Tapi riak kan pulak...

Saya rasa terpukul sekejap sebab sejak dulu saya rasa patut sangat isteri bekerja sebab kalau tak membazir la belajar tinggi-tinggi.

"Menuntut ilmu tu wajib bagi lelaki dan perempuan Man, tapi wajib bagi lelaki bergelar suami bekerja. Dan atas alasan apa pun tidak wajib bagi perempuan bekerja. Islam itu mudah dan banyak hikmahnya" Jawap kawan saya seolah-olah tahu akan persoalan di kepala saya.

"Dan Man... cuba Man lihat ramai suami yang mula `lepas tangan' dan ada pula tergamak tidak kuat bekerja apabila lihat isterinya ada potensi bawa duit lebih ke rumah..."

Saya rasa sayu sangat dengan kata-kata kawan saya. saya rasa terpukul sangat. Dulu saya ingatkan kehidupan yang sesat adalah seperti terjerumus dangan ajaran sesat atau duduk berdisko menari dan berpegangan dengan GRO yang seksi mendada dan ala-ala manja letuk begitu. Rupanya kita boleh sesat dengan banyak cara, dan lebih teruk lagi kita bawa sekeluarga kita sesat bersama-sama...

Saya insaf sekejap...


Abang Jan: Duhai isteri yang belajar tinggi-tinggi, bukan wajib ke atas kita bekerja, adalah lebih wajib menjadi madrasah terbaik bagi si buah hati kita (anak-anak dan suami).

Duhai lelaki:









Tuesday, April 5, 2016

Honda Civic generasi ke 10

Model Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10
Generasi ke 10

Model Honda Civic Generasi ke-9
Generasi ke 9

Saya tidak suka cakap pasal kereta, politik dan agama. Namun apabila sesiapa bercakap pasal kereta dalam kategori Honda, saya mencuri dengar...he he he. Saya suka Honda.

Kalau suatu hari nanti saya banyak duit, saya akan pilih kereta Honda. Pada masa tu mungkin dah Honda sivik generasi ke entah berapa, 15?

Kawan saya beritahu saya pasal Honda Civic baru generasi ke 10 ini. Dia suruh saya tengok. Saya rasa Honda terbaru ini nampak lebih `sado' dan `kompleks' berbanding generasi yang ke 9.

Imej Honda Civic yang dulu sudah luntur, ia lebih kepada rekabentuk kerobotan. Entahlah... Saya rasa bentuknya berlebihan...

Sekian...itu komen saya...






Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home