Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, February 20, 2014

Cinta seorang isteri...kasih sayang seorang ibu...

Saya tidak pernah melihat seorang perempuan yang sebegitu cemburu selain emak. Cemburunya adalah bertahap maksima. Dapat saya rasakan cemburu ini mungkin telah bermula mukim semenjak sejak emak belum diijabkabulkan dengan ayah, maksud saya semenjak emak jatuh hati.

Saya dapati emak selalu `melindungi' ayah dari `gangguan-gangguan' sekitaran. Setelah ayah saya menjadi kontraktor (kelas rendah sahaja), mak saya semakin begitu berperanan. Segala kuasa yang ada di dunia ini tidak akan dapat memadamkan rasa cemburu itu.
 
Apabila saya semakin dewasa, saya semakin faham tindakan emak saya tersebut sebenarnya `melindungi' rumahtanga, iaitu dunia seorang perempuan. Juga bermaksud melindungi anak-anaknya supaya berayah.

Rumahtangga adalah dunia besar bagi seorang perempuan. Rumahtanggalah hidup nyawa mereka, kasih saying mereka. Emak khuatir ayah akan `dirampas' atau `disambar' orang. Kata emak saya, tiada perempuan yang mahukan ayah saya kecuali sebab duit. Dan emak saya sempat memberikan hasil penelitian bahawasanya zaman sekarang susah nak kawal suami kerana gangguan luar semakin mengancam. Saya terus setuju 100%.

Emak saya pernah beritahu dia sudah semakin tua, dan dia bimbang ayah saya tidak lagi menyanyanginya. Apabila saya mendengarnya saya diam sahaja tetapi dalam hati saya tahu ayah saya sangat sayang kepada emak saya. Kalau ayah nak berkahwin lain dan tinggalkan kami sekeluarga, bila-bila masa sahaja dia boleh buat. Ramai lelaki seperti itu.

Mungkin setiap isteri yang setia `letih' mencintai suaminya, namun mereka meneruskan juga kerana cinta dan kasih sayang. Emmm...


Ayah dan mak semasa di Pulau Perhentian (zaman muda), semasa saya di sekolah rendah.
 
 
Emak saya pernah beritahu saya semasa dia berkahwin dengan ayah (hampir 50 tahun dahulu), ayah tidak bekerja dan tidak berharta. Kata mak, ayah saya kurus kering macam komunis. Dan emak saya kata mereka suami isteri sudah bersusah payah dari dahulu, dari awal perkahwinan. Emak saya pernah dihina kerana berlakikan orang yang tidak bekerja. Dan apabila semuanya sudah berjaya dan ayah saya sudah gemuk (he he he), tidak sesekali emak saya akan membiarkan orang lain merampas ayah saya. Dia akan tembak orang itu.
 
Sinario yang membawa emak bertambah bimbang adalah kerana kebanyakan kawan ayah saya pada masa tersebut ialah kontraktor. Kata emak kontraktor selalunya berkahwin dua atau mempunyai perempuan simpanan ( atau kedua-duanya sekali, he he). Memang beberapa kawan ayah berkahwin dua...
 
Emak ada sebab untuk khuatir. Emak saya kata ayah saya tidak handsum tetapi senyum manis. bagi saya ayah saya  menarik sifatnya. Ayah saya tidak seperti saya, ayah lebih moden, lebih berfikiran terbuka, lebih positif dan lebih pandai bergaya. Ayah juga boleh berbahasa inggeris dengan bagus sekali kerana dia bersekolah inggeris. Dan pernah saya diberitahu emak ayah saya akan berbahasa inggeris bila ada perempuan lawa yang berdekatan, he he he.
 
Saya berpendapat emak saya hidup dalam kebimbangan seumur hidupnya kerana cinta. Saya tidak ada jawapan mengapa emak saya berkelakuan begitu. Jawapan yang saya dapat beri adalah kerana cinta, kerana kasihkan anak-anak dan keluarga.

Ayah saya lebih beruntung, sayalah yang malang. Tiada sesiapa mencintai saya (sila baca dengan nada syahdu di perenggan ini kerana penulis seolah ingin meraih simpati melalui penulisannya...)

Walaupun kini ayah saya sudah tua 77 tahun, cemburu emak tidak pernah tua, emak masih tidak `melepaskan' ayah begitu sahaja.
 
Pernah emak menyelitkan pisau di pinggangnya dan pergi berjumpa dengan perempuan yang disyaki. Emak saya mungkin seperti saya. Kami rela mati kerana kasih sayang dan cita. Kami mungkin antara puak terakhir yang hanya bercinta sekali sahaja seumur hidup. Tragis betul.
 
Semasa saya menuntut di UM dahulu, ayah saya sering singgah berjumpa saya di asrama seksyen 17 UM. Sehinggakan kawan-kawan saya gelarkan saya anak manja (memang pun). Dan kadang-kadang apabila ayah tidak sempat ke asrama saya, ayah akan suruh saya pergi ke hotel tempat dia menginap dengan kawan-kawannya. Dan pertanyaan pertama emak saya apabila saya jumpa emak kemudiannya ialah:
 
"Ada perempuan tak masa jumpa ayah?".
 
Emak hidup dalam curiga, itu adalah pengorbanannya.
 
Jan: Mungkin jiwa seorang perempuan tidak pernah tenteram apabila mencintai...Allahualam.
 
 

Wednesday, February 19, 2014

Hendak panjang ke hendak bahagia? Atau kedua-duanya? Kalau kena pilih satu sahaja? Haaa...

Perkara yang nampak logik tidak semestinya senang dilakukan. Dan perkara yang senang dilakukan bukan semuanya logik.

Secara teorinya, kalau kita nak panjangkan jodoh senang sahaja. Apa saja laki kita buat kita terima, kita telan. Laki kita balik lewat, kita biar, laki kita joli kita buat lali jea, laki kita tak bertanggungwab kita tahan jea...kita tak kata apa.

Laki kita kata lauk tak sedap kita terus daftar kelas memasak. Laki kita kata kita gemuk terus kita minum herbalif setelaga. Laki kita simpan perempuan kita simpan hati (makan hati), kita pendamkan jea sedih hati (kita tidak istihar perang atau mengungkit-ungkit). Insyaalah rumahtangga kita akan berpanjangan. Dan untuk mendramatikan lagi atau syahdukan lagi, kalau laki kita gatal nak menikah lagi kita terus cepat-cepat  masuk meminang untuk laki kita. Hantaran kita sediakan. Haaa...

Tetapi bahagiakah kita? Rumahtangga jenis macam tu kah kita nak lalui? Haaa...

Sebenarnya kita mungkin boleh panjangkan tempoh perkahwinan tetapi kebahagian adalah cerita lain... Isu lain, perkara lain. Dunia lain planet lain.

Sebenarnya (sebenarnya lagi, huh!) senang supaya laki kita tidak tinggalkan kita (ingat ayat ini secara logic sahaja). Kita perlu  tidak melawan, kita tabah, pendamkan segalanya. Hasilnya? Taraaaaa rumah tangga kita berkekalan. Masyarakat Malaysia puji.
 
Saya pernah berjumpa dengan bekas ratu (tapi bukan Erra Fazira yea...). Suaminya orang yang sangat-sangat kaya kaki perempuan dan lelaki. Dalam seribu pergolokan, konflik dan skandal, dia tidak pernah diceraikan. Bekas ratu itu sudah tua dan beruban. Dia ada juga memberikan petua untuk memanjangkan jodoh.  Dan pada akhir ayatnya dia beritahu `tetapi kita kena makan hatilah...'.

 Dan kata-kata akhir itulah sebenarnya `syarat pertama'

Jan: Haaa...

Apa resepi untuk panjangkan jodoh?

Apabila kawan saya bercerai, saya rasa sayu. Walaupun saya percaya penceraian bukanlah suatu perkara yang terburuk atau jalan yang salah tetapi saya tetap rasa sedih. Mungkin ini normal kot.
 
Saya terasa mahu berikan kawan  saya tersebut hadiah sebab dia bercerai. Demi allah pemberian itu nanti kerana nak biar dia gembira dan jangan bersedih. Pandang dunia luas dan terima ketentuan ilahi. Namun saya tidak membeli apa-apa di kedai RM2 tersebut sebab saya rasa tentu saya dipandang serong sebab biasanya orang berkahwin dapat hadiah bukannya orang bercerai... Haaa
 
Dan lebih malang lagi saya mungkin akan dituduh, buang tabiat dan tidak sensitive. Selamat datang ke Malaysia. masyarakatnya `unik'.
 
Rasa sedih itu bukanlah pula ditujukan kepada kawan saya tetapi juga pasangan kawan saya yang bukan kawan saya tersebut. Faham tak? Tak apalah tak faham pun sebab ini bukanlah soalan PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
 
Apabila kawan lelaki saya bercerai, dia mula kelihatan muda dan membeli kereta baru. Bergaya sana-sini. Keadaan tersebut mengelirukan saya juga kerana adakah ianya turut bercampur dengan krisis pertengahan umur?. Mungkin dia rasa dia gagal dalam hidup apabila gagal dalam perkahwinan.
 
Betulkah begitu?
 
Namun berbanding dengan saya, kawan saya tidaklah handsum sangat. Agak sukar baginya mendapat jodoh baru, lainlah kalau seorang perempuan itu mengejar materialistik. Kita tinggal pasal kawan saya, kita pergi ke tajuk posting.
 
Salah besar kalau kita ukur kebahagian jodoh dan rumahtangga berdasarkan bilangan tahun mereka berkahwin. Lama masa tak menggambarkan kebahagian. Mungkin ada pihak yang menderita dalam diam atau lebih tragis kena sepak terajang. Tetapi inilah ukuran yang masyarakat kita buat. Tahniah untuk masyarakat kita yang pandaiii menilai.
 
"Laaa, tak kan tak bahagia? Anak ramai, setahun sorang non stop!".
 
Pernyataan di atas juga tidak semestinya benar. Malah mungkin dapat dicop bangang. Bilangan anak tidak semestinya menjadi indicator yang baik dalam mengukur kebahagian rumahtanga. Ya lah kalau duduk serumah dengan kambing pun...mungkin kambing itu jadi mangsa 18SX. He he he. Jangan marah.
 
 
Sebenarnya resepi untuk panjangkan jodoh jauh lebih senang berbanding resepi untuk panjangkan kebahagiaan?
 
Jan: Haaa... Kalau ada resepi tentu Erra dah beli...

DPL: Proses selamba, kain langsir dan Halimunan Malam

Mungkin benar kata-kata kawan saya yang berbangsa asing dan beragama asing tersebut. Katanya jika seseorang itu tidak berkahwin, pada suatu tahap dia akan mengalami proses selamba.
 
Proses selamba ini merujuk kepada proses untuk meringkaskan hidup dan memalaskan diri... Dan apabila beliau menerangkan proses tersebut, ianya amat menakutkan saya. Lantas saya teringat rumah bapa saudara saya yang tidak berkahwin (sudah melebihi 50an umur beliau), ya rumahnya tidak terurus....
 
Dan oleh kerana itulah pada suatu pagi saya bangun pagi untuk mengemaskan ruang tamu dan dapur. Entah mengapa saya semakin malas untuk mengemas rumah. Saya gagal meletakan kembali barang ke tempat asalnya, ke tempat sepatutnya.
 
Apabila bangun tidur, saya termenung sekejap ala Brat Pitt melihat keadaan ruang tamu dan dapur saya. Ya allah tidak terurus, keadaan rumah seperti seperti sesetengah orang berkeluarga (he he he). Saya perlu berkemas.
 
Di mana harus saya mula? Saya berpendapat saya mulakan dengan memakai seluar dahulu.

Saya mulakan di hadapan ruang tamu dengan membuluayamkan kain langsir. Alamak langsir baldu warna merun saya berhabuk. Saya belek-belek langsir tersebut, sudah lima tahun tak berganti. Saya rasa biarlah sepuluh tahun, he he he. Lima tahun lagi saya akan ganti. Itupun kalau sudah rosak.
 
Tidak rugi menggunakan kain langsir yang mahal sebab ia sangat tahan lama. Sebenarnya kain langsir tersebut bukanlah saya beli dengan harga yang mahal. Langsir tersebut dari salah sebuah hotel terkenal di Genting Highland. Salah sebuah hotel di sana mahu menukarkan langsir hotel mereka. Bagai bulan jatuh ke riba, saya rasa sangat untung bila membelinya dengan harga lelong. Cuba bayangkan seluruh rumah langsir kain berat, baldu, lembut dan di bahagian belakang dilapik kain koten dan dijahit dua lapis. Haaa.... Mahu puluhan ribu tu harganya.

Teringat lagi semasa mendapatkan langsir tersebut, saya merata cari kedai jahit. Sebabnya kain langsir tersebut mesti digunting untuk dikecilkan sempena dengan pintu dan tingkap rumah saya. Akhirnya saya lega adalah sebuah kedai mak cik yang sudi mengguntingnya... Dan bila saya datang untuk mengangkut langsir-langsir tersebut, saya terkedu apabila melihat bilnya. Harga upah mengubah langsir tersebut lebih mahal dari harga langsir tersebut!

Saya terus prasangka yang kononnya sebab saya pensyarah terus upahnya jadi mahal. Tapi saya bukannya pandai jahit sendiri. Saya bukannya perempuan zaman dahulu kala.
 
Namun pastilah langsir yang cantik tidak berpadanan dengan suasana rumah saya yang tidak terurus. Ibarat pakaian yang hebat dipakai oleh orang yang tidak hebat.  Atau ibarat pakai tudung tetapi tetap mempamirkan aurat yang lain... atau tetap berpakaian seksi. Maksud saya tak kena.
 
Masuk tahun ni sudah lima tahun langsir itu tidak di basuh. Tetapi ianya tidak kotor kerana tidak ada anak-anak yang memegangnya dengan tangan yang penuh makanan. Saya rasa biarlah tidak berbasuh selama lima tahun lagi...barangkali sudah takdir langsir tersebut, he he he.

Minggu lepas ketika emak saya datang bersama jiran kami di kampong. Jiran saya tersebut sudah macam keluarga. Beliau ada memuji langsir saya. Katanya beliau nak buat langsir macam saya.
 
Saya ke ruang tamu pula... Capai CD Kak Pah, pagi-pagi ini saya mahu dengar lagu klasikal Melayu. Menyanyi lagu klasikal Melayu susah tau. Silap-silap tunggang langgang. Saya dengar lagu `Halimunan malam'. Kak Pah membawanya dengan amat mengesankan. Saya hampir meraung di ruang tamu rumah saya pada pukul tiga pagi tersebut. Tiba-tiba saya sedih....

Bersampung
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, February 18, 2014

Memang teruk...

Mesti ahli agama tidak bersetuju dengan pendapat saya. Tetapi dalam kekeliruan dan rasa tidak tentu hala ini saya harus berpendapat orang lainlah yang bodoh, gemuk, jahat dan bermasalah. Bukan saya.
 
Saya tetap bagus dari dulu, kini dan selamanya. Saya tidak perlu berubah langsung. Kalau berubahpun harus kepada menjadi lebih bagus dan cerdik daripada orang sekeliling. Tetapi menjadi cerdik yang berada di sekeliling orang yang bodoh sangat meletihkan...
 
Saya tidak kisah apa yang orang akan kata, saya tak kisah apa pandangan orang sebab bukan semua orang macam saya. Saya lihat orang lain mudah jalani kehidupan tetapi kehidupan saya sangat sukar dan meletihkan. Atau? Atau orang lain juga seperti saya cuma mereka tidak memperkatakannya? Memperbesarkannya? Haaa...
 
 

Akibat malu, akhirnya bertambah malu...

Ketika saya sedang rancak menerangkan kandungan silibus dan bagaimana cara mempelajari ekonomi Malaysia pada semester baru ini, tiba-tiba"
 
"Encik Sukiman, ini kelas saya"
 
Saya berpaling dan melihat seorang pensyarah perempuan sedang berdiri di sebelah saya. Saya tergaman, lalu pensyarah perempuan itu berkata.
 
"Saya rasa ini kelas saya, encik Sukiman dah cek dalam portal?"
 
Saya terus gelabah kadar terkawal, terus saya minta maaf dan buat-buat rasa bersalah... Saya bertanya lagi kepada pelajar ini kelas apa. Pelajar beritahu kelas Mikroekonomi.
 
Saya terus mintak balik course outline Malaysian Economy dari pelajar. Pelajar pun satu, bila sudah salah subjek diam sahaja. He he he.
 
Saya terus minta maaf dan keluar dari dewan kuliah. saya rasa malu sangat. Bukan malu pada para pelajar atau pensyarah perempuan yang muda lagi tak kawin tersebut. Tetapi malu pada diri saya sendiri...
 
Saya malu sebab saya cuai walaupun masih muda, ceritanya begini....
 
Saya tidak dapat buka portal di komputer saya sebab baru diupgradekan. Bila pakai perisian baru, saya tak tahu nak cari kat mana terletaknya portal tersebut, he he he. Nak Tanya orang malu, he he he.
 
 
Jan: Lucu pun ada... Tapi akhirnya saya tanya juga kawan saya bagaimana nak cari portal... saya bertanya tanpa malu-lalu lagi
 
 
 


Monday, February 17, 2014

Pengaruh emak, luang waktu dan saya pasti sunyi nanti...

Emak saya tidak berpelajaran formal yang tinggi. Ini mungkin satu keistimewaan pada dirinya di mana beliau tidak perlu luangkan waktu untuk memikirkan masalah yang besar-besar, apatahlagi masalah negara atau masalah dunia.

Dari pengamatan saya, ke atas sesuatu perkara atau isu, emak saya hanya mengambil jalan ringkas untuk berfikir. Emak tidak berfikir perkara-perkara yang berat. Seolah mak saya mahu memberitahu saya hidup ini hanya sekejap dan semua orang harus melakukan yang terbaik dengan kadar diri.
 
Saya dapati emak saya tidak pandai memutar belitkan cerita, suka mengalah dan tidak suka melihat dunia seperti orang lain. Sifat ini ada dalam diri saya.

Emak selalu percaya di atas muka bumi ini lebih banyak orang yang baik berbanding orang yang jahat dan apabila kita berbuat baik, orang akan berbuat baik pada kita (dua perkara yang saya tidak bersetuju sehingga ke hari ini). Kami berbeza dalam dua perkara tersebut.

Ayah saya beritahu emak saya `lurus bendul'.
 
Saya dapat rasakan saya banyak mewarisi sifat emak saya, berbanding ayah. Emak saya tidak suka menonjol. Saya juga begitu. Cuma kadang-kadang `keluarbiasaan' sayalah yang meme`menonjolkan saya  tanpa saya mahu atau rela. Sebenarnya saya jenis pemalu. Gugup di hadapan orang.

Saya bernasib baik kerana sebelum pukul 5 petang, emak pasti akan balik daripada kerja. Setelah beliau bekerja di Klinik Kesihatan, dia akan terus pulang. Cuma semasa saya kecil dia bekerja di hospital, kadang-kadang dia balik sekejap sahaja. Namun kami ada orang gaji.

Emak saya selalu suruh saya luang masa untuk diri dan keluarga. Mungkin atas sebab itulah saya selalu luangkan masa untuk hidup saya. Saya tidak 100% mendedikasikan ruang hidup saya untuk kerja.

Emak saya beritahu berada di samping anak-anak adalah terpenting. Rupanya saya silap, emak saya sangat cerdik dan berilmu. Dia mahu melawan ayat-ayat di bawah...

"Masa anak-anak kecil dan memerlukan kita, kita sibuk bekerja. Pada masa kita memerlukan anak-anak kita, mereka pula sibuk bekerja"...

Sekarang saya faham, emak banyak berkorban untuk luang masa bersama kami walaupun emak ada kumpulan kawan-kawan dan kehidupannya sendiri...

Saya sangat cintakan harta, duit dan kemewahan tetapi minggu lepas saya beritahu emak saya yang saya tidak akan tukarkan emak saya untuk mak yang lebih kaya dan berharta. Walaupun saya dilahirkan kembali dan diberi pilihan...

Namun pada akhirnya saya pasti sunyi nanti...

Jan: Saya mesti tersendiri...





 
 
 

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home