Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, February 7, 2013

Tuesday, February 5, 2013

Aku, Dia dan youtube



Coretan seterusnya diterima daripada Nurliana Mohammad Lazim yang bertugas di kawasan pendalaman Muar, Johor. Beliau menyatakan beliau amat meminati rancangan ADILA dan amat berharap coretannya akan ke udara. Kita hayati luahan hati beliau...(terus muzik sentimental dimainkan dan kedengaran suara hiba seorang pembaca perempuan ke udara).

Pertemuan kami memang tidak disangka-sangka. Aku amat bersyukur kepada Allah atas pertemuan tersebut. Aku hargainya walaupun kini ianya sudah menjadi sebuah kenangan yang memilukan. Walaupun ia hanyalah kebahgiaan sementara, setidak-tidaknya sebelum menutup mata aku boleh berbangga kerana kebahagian pernah singgah dalam hidupku.

Tanggal keramat 18hb Mei 2002 akan kuingati selamanya, sepanjang hayatku. Ketika itu aku baru ditugas sebagai kerani di sebuah daerah di pendalaman Johor. Dan sebenarnya ketika itu aku masih dalam keadaan berduka. Yusuf tidak mengotakan janji-jannjinya. Setelah aku gagal dalam permohonan KPLI (kursus perguruan lepasan Ijazah) kali yang ke tujuh, Yusuf sudah tidak memhubungi aku. Mungkin bersamaku tiada masa depan. Lelaki sekarang mungkin begitu, mahu menunpang kesenangan perempuan. Dan aku tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyedari aku telah dikecewakan. Cuma aku memerlukan masa yang panjang untuk bangkit semula...pandang dunia yang luas.

"Biar saya angkat beg akak ini" Kata seorang pemuda yang kacak, hitam manis. Aku terkejut lantas ku berpaling ke arahnya, melihat mukannya. Mukanya jernih, rambut ikal, kurus. Memakai Tshit putih dan berseluar jeans.

"Akak, naiklah dulu, biar saya angkat beng ini" Sekali lagi pemuda tersebut memandang ke arahku.

Memang kebiasaan aku untuk membawak banyak kain pasang dan keropok apabila pulang dari kampung di Kuala Terengganu. Barang-barang tersebut aku jualkan kepada kawan-kawanku. Selalunya banyak guru-guru membeli kain pasangku untuk dibuat baju kurung. Dan mereka ada menempahnya dari aku kerana kata mereka jahitanku halus. Bolehlah aku menambah pendapatanku. Kerja kerani seperti aku ini, gajinya hanya cukup makan. Selebih hasil jualan barang-barang aku hantarkan wang ke kampung.

Dan mungkin secara kebetulan kami duduk sebelah menyebelah di dalam bas. Dan aku tidak merasa kekok kerana bagi ku dia adalah pangkat adik kepadaku. Masih muda, sedangkan aku sudah berusia. Aku bukan remaja lagi, dan usikan andalusia sudah banyak kali kuterima. Namun apalah daya, aku hanya seorang perempuan.

Aku percaya pada takdir.Aku manusia kerdil. Walaupun payah dan hati aku selalu berperang, aku tetap pasrah kerana aku tidak berdaya. Bermula dengan pertukaran nombor telefon bimbit hubungan kami berpanjangan. Pada mulanya aku tidak menyesaki apa-apa kerana aku hanya anggap dia sebagai adik. Adik lelaki yang kacak dan pintar.  Namun beliau sering menalipon dan kami juga galak bersms. Mungkin kerana hati aku sunyi, aku menerimanya dengan redha.

Dan pada suatu hari aku hampir tergelak apabila dia memberitahu aku yang dia amat menyanyangi aku melebihi daripada segalanya. Dan sebenarnya aku juga begitu, aku rasa selamat dan dihargai apabila bersamanya. Dan orang yang seusia aku ini terus menduganya sehinggalah dia sah menyatakan dia hanya boleh hidup selama 3 hari sahaja jika dia kehilangan aku...

Aku menerimanya seadanya. Bukan kerana rupa atau harta, kerana kasih sayang aku yang semakin membara. Aku juga mabuk...aku berterima kasih kepada Allah kerana akhirnya aku disayangi dengan ikhlas. Hanya Allah yang tahu aku sangat gembira. Walaupun muka aku biasa-biasa sahaja, tidak berpelajaran tinggi dan tidak kaya tuhan mahal adil kerana memberi kebahagian kepada ku. Terima kasih tuhan...

Dan akhirnya aku meraung dalam hujan. Merana setiap hari atas janji-janji bersaksikan bulan mentari. Seolah rindu ini setiap saat diseru. Ah memang orang bercinta akan mengheret bulan dan bintang sebagai saksi dalam janji-janji mereka. Terbakar rasa dadaku, merana menanti janji setiap hari... Ungkapan sehati dan sejiwa bersama berdua tinggal kenangan...

Bila semuanya pergi aku sunyi... Akhirnya hanya luahan dan coretan ini dapat aku tulis. Aku terduduk dengan ketentuanNya. Beliau tetap akan menjadi pujaan hatiku di sepanjang hayat ini. 

Coretan ini kupaparkan dalam ruangan kegemaranku, aku abadikan coretan ini dalam ADILA (Aku Dia dan Lagu).


Terima kasih atas coretan Nurliana, semuga Nurliana akan mendapat kembali ketenangan hidup. Kehidupan ini adalah bagi manusia yang kuat dan tabah.

Sekarang kita kena la dengar lagu ini sendiri sebab sebenarnya bukan ADILA (Aku, Dia dan Lagu) tetapi ADIYOU (Aku Dia dan Youtube). Okey, dengarkanlah...






Filem kita wajah produser?

Pada suatu masa dahulu tema filem kita ialah `Filem kita wajah kita". Maka saya terus bimbang kerana kalau gitulah cerminannya maka rakyat kita memang dicop gengster tetapi penakut hantu. Berak berteman.

Saya berpendapat sekarang adalah zaman keruntuhan filem Melayu. Mungkin ada yang tidak sedar sebab pesta filem terus diadakan dan banyak majlis anugrah (anugerah cop perasan sendiri) diadakan sana sini. Mungkin orang filem kita marah dan wartawan kita gusar bila pendapat ini cuba dianggap serius.

Sebuah naskah yang bagus

Melihat filem Melayu yang kebanyakannya bagai sampah sarap, (tetapi dinobatkan, diglamourkan dan dikomersialkan bak fantasi) membuatkan saya rasa kecut perut dan kecut apa yang patut kecut. Saya malas nak ulas mengenai tema basi dan tidak digarap segar, saya cuma mahu fokus kepada pembohongan pengeluar filem dan mereka yang terbabit.

Secara jujur saya tidak melihat perkembangan filem Melayu sebagai perkembangan pemikiran, jauh berbatu dari segi menolong perkembangan sahsiah bangsa. Malah saya berani tuduh iannya untuk perkembangan poket mengaut keuntungan semata-mata. Dengan menggunakan unsur konterversi yang konservatif sebagai daya penarik. Matlamat memberi pengajaran dan membentuk masyarakat seolah-olah hanyalah bak melepas kentut di auditorium (lepas pelan-pelan bimbang orang perasan).

Kepada saya karya sebegini patutnya dibanteras terus disekat daripada terus mengalir ke minda masyarakat. Sebabnya kita lihat ia mudah meresap masuk ke pemikiran belia muda kita. Remaja kita. Dan selepasnya stesyen televisen asyik mengulang-ulang tayangannya. Saya bimbang ianya menyemat sesuatu yang buruk kepada perkembangan masyarakat.

Antara pelakon yang saya minat, lakonannya sempurna

Apalah sangat hebatnya mengendalikan jentera bermotor atau menayangkan kebebasan remaja perempuan yang kononnya brutal di tengah malam buta di tepi jalanraya?. 

Niat mengangkat naskah atau karya berkaitan dengan masalah/isu sosial adalah langkah yang molek. Tetapi jika terlalu dikomersialkan ia menjadi karya ejen pemusnah bangsa. Dan orang Melayulah mangsa tetapnya. Mangsa sepanjang zaman?

Watak jahat yang sebenarnya jahat giler`dibersihkan' dan `diwangikan' dengan sifat yang molek berkata-kata, gentelman, kacak bergaya dan bertanggungjawab pada kekasih. Yaaaa memang tak semestinya orang jahat muka mesti bengis dan hodoh macam filem Melayu lama tetapi yang paling utama apakah nawaitu yang mahu diterapkan kerana saya percaya pengeluar filem tahu sangat remajalah yang menontonnya. Tidak perlu watak keji digambarkan sedemikian.

Ini semua kerana wang. Bertuhankan wang dalam perniagaan. Dan akhirnya mungkin membawa kepada pelapis harapan bangsa yang hancur. Atau memang kita tahu belia yang ke panggung memang sudah bukan harapan? Sila jawab! (jawab dalam hati...)

Jan: Filem Malaysia sepatutnya menyumbangkan ke arah pembinaan negara bangsa sebab kita mahu menuju status negara maju... filem pun kenalah maju, kena cerdik.

Buku untuk dijual: Wujud (Suhaimi Haji Muhammad) (SOLD)

Muka depan

Tajuk buku: Wujud
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Suhaimi Haji Muhammad
Terbitan: Tempo Publishing (Kumpulan Syarikat Penerbitan Delta)
Cetakan: Pertama  (1997)
Bil m/s: 293. (tebal jugak gayanya)
Usia buku: 16 tahun. (2013)
Harga jualan: RM35.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my

Buku ini mengandungi lebih 200 buah puisi yang berunsur ketuhanan dan agama. Saya memang suka membaca puisi ketuhanan dan agama. Walaupun kadang-kadang tidak memahami maksud tersirat saya cuba juga. Saya tak naklah `makan' makanan yang picisan, kena laj uga beri makanan berzat pada minda.

Suhaimi ini adalah digelar penyair sufi dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau juga salah seorang pemenang S.E A Write Award 1995.



Suhaimi haji Muhammad

Wujud, merupakan kumpulan puisi Suhaimi yang ditulis dalam jangka 15 tahun, dari 1980 hingga 1995. Suhaimi secara peribadi menganggap Wujud sebagai sebuah karyanya yang paling penting, yang mengarap hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan tuhannya, dan berbicara tentang hidup-mati dann cinta, dan tentang hidup yang penuh ketenangan dan kedamaian.

Saya petik satu puisi...bertajuk:

Hanya Allah

tiada yang lain
tiada yang kulihat kulihat Allah
tiada yang kudengar kudengar bisikan Allah
tiada yang kupakai kupakai pakaian Allah
tiada yang kucium kucium mawar Allah
tiada yang kuterjemah kuterjemah diri Allah
tiada yang lain kecuali allah
di sini tiada yang berjalan melainkan Allah berjalan
di sini tiada yang bekerja selain Allah bekerja
tiada yang terbang melainkan Allah terbang
di sini tiada yang melihat melainkan allah melihat
tiada yang lain di sini
pabila kulihat laut kulihat Allah
pabila kulihat gunung kulihat Allah
sejauh mana kau melihar?
kau kalau menyaksi seperti aku menyaksi
kau kalau menterjemah seperti aku menterjemah
kau pun pasti takkan ragu pada-Nya
kau pun sampai sesaf aku
kau sama setingkat aku
kalian mandi tak henti-henti sepertiku
kau pun tenggelam dan lemas
sepertiku

daripada m/s:246.

belakang

Buku ini tebal dan banyak puisi syahdu, bolehlah kita membaca sambil tergolek atas katil dan merenungi dinding bilik. Dan bertanya diri dari mana dan hendak ke manakah kita ini? Dan dalam perjalanan yang suci ini adakah kita membuat sesiapa yang parah terluka? Haa...

Jan:... maafkan aku yang tersesat ini, penuh noda menari dalam nanah duka... Ampunilah belaka...

Monday, February 4, 2013

Mera Dil Ye Pukare Aaja - Lata [Nagin 1954]





Marilah.. Marilah..

Pujaan hatiku marilah
Kasih sayang kucurahkan semua
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah

Hanya padamu istana bahagia.. bahagia
Hanya padamu istana bahagia
Hidupku sebagai dialam syurga alam syurga

Janganlah kau sangsi atau curiga hati
Marilah kasih pujaan hati
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah

Jangan kau pergi tidak kembali.. tak kembali
Jangan kau pergi tidak kembali
Namun tetap aku pegangkan janji.. janji
Apa yang kau janjikan disaksikanlah bulan
Oh bulan.. oh bulan jadi saksi kejadian
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah
Kasih sayang kucurahkan semua
Sehati dan sejiwa bersama berdua
Pujaan hatiku marilah



Bertemu sahabat lama...

"Sepatutnya kau tak sangkut periuk dan kuali kat kat belakang pintu tu" Kata kawan saya yang bernama Anuar setelah saya perlihatkan bahagian dapur rumah saya. Dia juga suruh saya buangkan rak tempat letak pinggan saya. Katanya tak sesuai dengan rumah saya. Saya terus tergelak! Dia tidak berubah langsung. Perangainya sama seperti kami sama-sama belajar di UM dahulu. Dia sangat vokal seperti dahulu. Apa yang dia tengok tidak kena di mata terus dia kata. 

Kami pada tahun 1991, pergi berkelah
Tidak seperti saya, saya selalu pendam segalanya. Bercakap dalam hati sahaja, kalau orang buat tidak baik pada saya pun saya diam sahaja. Di asrama dahulu dia pernah beritahu saya "Kau ni Sukiman, hati orang kau jaga, hati kau, kau buang dalam longkang".

Anuar akan selalu beritahu kalau ada apa yang dia fikir tidak betul. Semasa di UM dulu semasa beliau pergi program anak angkat, dia berselisih faham dengan keluarga angkat sebab pasal pintu jamban tak boleh tutup. He he he. Anuar kata apa salahnya pintu jambang (toilet) ditukar. He he he.

Anuar di tepi longkang rumah saya
Lamanya tidak jumpa dia. Dan semasa saya menjemputnya di bas Terminal Makmur, beliau hampir tidak mengenali saya. Katanya saya gemuk. Dan saya juga dapati dia juga sudah gemuk... Selebihnya kami memang salahkan faktor umur...

Anuar memuji koleksi PML lama saya
Bila sampai rumah terus kami berborak... Semasa di UM dahulu, beliau mempunyai ramai kawan berbanding dengan saya. Dia juga tempat saya bertanya kalau ada apa-apa kemusykilan. Saya selalu komplin pada dia pasal jiran di KL tidak bertegur sapa, kenapa orang KL naik bas terus tidor, kenapa harga telur masim mahal dan kenapa ramai perempuan pakai seksi. Sebagai budak kampung, saya rasa hairan.

Sekarang saya sudah tidak hairan...
  


Saya beritahu Anuar saya tidak tinggal di Kuantan. Saya jarang ke rumah ini. Dan apa yang ada di rumah tersebut memang tidak lengkap. Hanya ada sikit-sikit sahaja. Rumah ini tidak berisi sepenuhnya seperti hati saya...

Saya juga tidak pandai nak hias-hias rumah. Saya bukan Eric. Saya mahu rumah saya simple jea, lagipun duit saya simple juga. Cuma kalau ada duit lebih saya nak beli CD player Sony. Saya tak nak yang ada dvd player, yang ada CD player sahaja. Tentu murah.

Anuar beritahu dia juga ada beberapa buah rumah di Kuala Lumpur. Ada yang disewakan olehnya....

Anuar nampak serius tetapi kelakar orangnya.
Saya terus bercerita mengenai perjalanan hidup saya selepas banyak belajar. Saya beritahu hidup saya berliku-liku, tidak senang... Beliau juga menceritakan hal kehidupan dia... banyak juga masa kami habiskan dengan berbual kisah lama di UM.

Gembira sangat jumpa dia. Saya menjemputnya pada pukul 4 pagi dan setelah menandatangani beberapa borang, pada pukul 4.30 petang beliau bertolak pulang semula ke KL. 

Semasa dia naik bas saya beritahu supaya datanglah lagi... Saya beritahu saya sunyi...

Jan: kisah-kisah lalu jadi kenangan...

Anak patung barbi, alat make-up dan kisah arbo yang tergadai



"Kejahatan itu boleh datang dalam banyak cara dan pelbagai corak... yang kita tidak nampak dengan mata tetapi nampak dengan minda. Kalau kita kaji..." Para pelajar saya sering diingatkan dengan ayat tersebut. Saya sengaja selitkan nasihat bak ulaman makanan apabila berkuliah. Nasihat yang ringkas, agar mereka berfikir. 

Dengan jumlah gaji yang tertera di slip gaji, mustahil kita dapat memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak kita. Kita yang beranak ibarat `non-stop' ini tentulah bertambah sukar apabila anak semakin membesar dan mula `meminta-minta'. Dan permintaan anak-anak kita semakin mengada-ngada dan di luar kemampuan slip gaji kita. Contohnya nak anak patung Barbi atau helikopter kontrol...

Kita kononnya tak nak bising berpanjangan, kita beli walaupun sebenarnya kita tidak mampu dan bukan barang keperluan. Kononnya kerana kasih sayang (saya rasa lawak derngan alasan ini). Kita tidak lihat atau serius akan kesan dalam jangka panjang... Haaa...

Saya tidak kata kita tidak boleh beli. Maksud saya mampu atau tidak mampu tertera hakikatnya kerana kita tahu pendapatan kita dan kesan berpanjangan...jom lihat kemungkinan masa depan.

Kalau kita sepoilkan anak perempuan kita, segala mak nika kehendak kita belikan. Ia adalah suatu jalan yang merosakan. Kitalah yang bersalah.

Bermula dengan anak patung akhirnya tergadai arbo (bagi kes anak perempuan kita). Kita akan berdepan dengan satu keadaan masa depan di mana kita memang tidak mampu. Sedangkan mereka dah semakin remaja dan mula berjinak-jinak dengan make-up dan bergaya barang perhiasan. Kita pulak sibuk keluar pagi balik petang dan tak ada masa nak terapkan nilai agama dan nilai moral, kita serahkan kepada guru di sekolah, NGO dan kerajaan Barisan Nasional. Kita harapkan mereka (dan kemudian kita salahkan mereka...perbuatan ini juga lawak).

Bila kita sudah tidak mampu, mereka mula berfikiran kita tidak sayangkan mereka (ini juga lawak). Dan jika ada lelaki-lelaki hidung belang yang mula dekati dan mengorat anak kita, boleh penuhi keperluan dan kehendak mereka, beri duit lagi, habislah....Selisih malaikat 44!.

Anak kita tidak sedar banyak lelaki banjingan di luar sana. Kita pula sepatah haram tidak pernah berbincang pasal aurat dan pergaulan bebas (sebab kita sibuk dengan KPI kat tempat kerja). Anak perempuan kita tidak sedar `pelaburan' teman lelakinya itu sebenarnya mungkin semata-mata kerana nafsu. Akhirnya arbo diserahkan... dan ditinggalkan...barulah menangis tak berlagu, berlakon tak berskrip.

Jan: Anak lelaki pula bermula dengan helikopter kontrol, kemudian motosikal kemudian...? Haaaa 

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home