Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 7, 2011

"Sir mengajar benda yang sama ke semester ni?"

Ulang akan buat kita mahir dan tahu. Ulang juga buat kita cepat dan tangkas pada akhirnya. Perulangan juga menunjukan kepentingan terhadap sesuatu.
Mengajar ekonomi memerlukan saya mengulang banyak perkara pada setiap semester. Malah tiada apa yang saya boleh buat apabila mengajar hukum ekonomi yang sudah wujud beratus tahun.

Setiap semester saya akan mengulang ajar perkara yang sama kecuali ada isu terbaru, saya akan selitkan dalam pengajaran. Dan untuk memahami isu tentulah kena faham teori-teorinya.

Dan saya selalu ulang apabila pelajar saya kelihatan tidak faham, atau buat-buat faham (sedangkan kita tahu mereka tidak faham). Ketika di dalam dewan yang seramai lebih seratus orang, penting ke kita melihat satu persatu pelajar kita sama ada mereka faham atau tidak?

Maka, sebab itulah saya selalu suka ulang. Bukan sahaja di setiap semester tetapi di dalam kelas yang sama atau di sepanjang semester yang sama, saya mengingat ulang mereka...

Jan: He he he...semoga pengulangan itu memberi impak positif...

Rekod saya paling buruk




Dalam 15 tahun mengajar subjek ekonomi, rekod saya yang paling buruk adalah 44% pelajar saya gagal dengan cemerlang dalam subjek ekonomi (UiTM). Banyak kan?

Namun jika lihat dari segi positif lebih daripada separuh pelajar saya lulus ekonomi. Dan lebih positif lagi saya mengajar 8 kelas, 12 section. Pagi petang dan adakalanya malam. Nasib baik subuh tidak dibenarkan ada kelas. He he he.

Pengalaman saya, jika subjek ekonomi, pelajarnya lulus 60% ke atas adalah suatu yang boleh dibanggakan. Dan kalau 80% pelajar lulus ianya tahap cemerlang dan jika 100% pelajar lulus, ajaib!

Namun ia juga bergantung kepada pelajar kita. Saya pernah ajar pelajar matrikulasi Kementerian Pendididkan, dan saya pernah ajar pelajar diploma (yang hanya dapat 3 kepujian dalam SPM). Dua situasi yang berbeza, malaslah saya nak menerangkan dengan detail...apa yang terjadi dalam kelas dan kaitannya dengan tekanan darah tinggi saya, he he he.

Jan: Walau macam manapun saya suka mengajar, ianya buat saya rasa diri saya penting kepada dunia dan masa depan orang lain...

Pelajar saya yang tidak lulus...

Sebagai tenaga pengajar saya tidak ada kuasa untuk meluluskan pelajar. Kadang-kadang tak ada langsung. 100% di luar kawalan saya. Pun ada ketikanya budibucara saya diterima pakai oleh ahli senat untuk meluluskan pelajar yang `hampir lulus' kedudukannya. Saya diminta memperincikan `persembahan' pelajar dalam sepanjang kelas saya.

Semasa diminta perincikan hal sedemikian, saya sebolehnya menjawab dengan ikhlas. Pernah semasa di UiTM dulu saya menjawab " Pelajar ni kalau ambik tiga kali pun tak akan pas". Saya menjawab begitu sebab pelajar tersebut mendapat markah yang sangat rendah walaupun kali kedua mengambil subjek yang sama. Seolah tak belajar apa-apa. Itu pun saya `merayu' supaya antar kertas kerja. Saya menalipon HEP bertanya dan bila saya kol katanya dia sudah balik kampung, di Kuala Lumpur. Ya allah!

Sebenarnya sikap kita dan jawapan kitalah yang meluluskan kita. Bukannya pensyarah. Semasa saya di UM dulu ada pensyarah yang macam singa lapar garangnya. Tiap kali saya dan kawan-kawan seUM berkumpul, nama beliau tak lekang dek bibir, he he he. Tak ada dalam kelasnya dia tidak marahkan kami, setiap kali ada kelas, setiap kali kena marah. Saya ingat bagaimana marahnya dia kepada saya dan kawan saya sebab cuba memberi cadangan yang lebih baik dalah kaedah pembelajaran (he he he). Tetapi akhirnya kami sedar kemarahan itu akhirnya melontar kami ke tempat kami yang berada sekarang...

Mengajar di IPT, pelajarnya telah mencapai piawayang tertentu, mereka bukan budak-budak lagi. Mereka akan lulus dengan baik jika tekun dan berusaha mencari ilmu yang dengan ikhlas. Pelajar saya yang gagal dalam subjek saya bukannya pelajar yang lembap atau bodoh, bukan...

Jan: Cara kita melihat kegagalan tu penting...

Tuesday, September 6, 2011

Ulasan Buku: P. Ramlee: Erti yang sakti - Ahmad Sarji

Bila saya balik ke Kuantan, hati saya tak tenteram. Saya rasa amat bersalah kerana memarahi emak dan ayah di pagi raya. Sepatutnya saya minta maaf, bukan marahkan mereka. Mereka nak saya bahagia...
Apabila saya sampai ke Kuantan, duka masih berlarutan. Malamnya saya ke East Kost Mall, Kuantan. Seperti biasa kalau saya serabut perut saya akan ke kedai perabut atau kedai buku. Kalau ke pusat beli belah kalau tak ke kedai buku tak sah kunjungan saya ke situ.
Mengenangkan apa yang berlaku di pagi raya, kekadang saya rasa hidup saya tak bererti, Walaupun ada pihak yang beritahu pencapaian saya dalam hidup sudah boleh dikatogerikan sebagai `not bad'. Lantas saya sambar (dengan kad kredit) buku `P Ramlee: Erti yang sakti'.

Balik ke rumah terus saya heret tilam ke ruang tamu, saya mula membaca, pukul 3 pagi baru saya berjaya `habis'kan buku ini. Memang P Ramlee manusia luarbiasa. Walaupun dalam sebulan tak sampai pun 10 hari dia ke sekolah (he he he), dia tidak menjadi seorang yang bodoh dalam kehidupan. Malah menyumbangkan sesuatu yang besar untuk pengukuran pencapaian bangsanya.

Buku ini setebal 400 helaian. Sebenarnya dulu buku ini pernah diterbitkan pada tahun 1999 (cetakan pertama) oleh Pelanduk Publication, dijual dengan harga RM99.90. Pada masa tu ianya sangat mahal dan di luar kemampuan manusia di planet bumi seperti saya. Dulu saya pegang buku ini, dan sematkan dalam hati, suatu hari saya akan membelinya...

Kini MPH pula menerbitkannya (2011). Bagus usaha MPH menerbitkan buku yang membawa maklumat tentang tokoh dan pembangunan bangsa. Tahniah saya ucapkan untuk MPH!. Buku ini dijual dengan harga RM39.90 sahaja.

Rupa-rupanya hidup saya ada juga persamaan dengan P Ramlee...(pulak dah, nak jugak...). Bukan dari segi pencapaian hidup tetapi dari segi masa muda kami tak berapa handsum. Semuanya terserlah apabila melepasi usia remaja. Semasa P Ramlee muda remaja, beliau taklah handsum mana, kurus kediding. Tapi kami tetap bersyukur...Saya tetap bersyukur apa jua kehendakNya.

Dalam buku ini ada disertakan juga pelbagai sinopsis filem dan gambar-gambar cerita dari filem P Ramlee. Saya teruja apabila melihat/membaca cerita `Ibu Mertuaku' (lihat gambar di atas). Cerita ini mengajar saya yang di dunia ini memang ada manusia yang jahat. Tak berhati perut, pentingkan nafsu sendiri, hidup menyusahkan orang. Penipu!
Di Malaysia, selain raja-raja dan perdana menteri, jangan harap muka kita yang handsum ini dibuat stem. Tapi P Ramlee hebat! Dia orang biasa yang tak bersekolah tinggi tetapi diabadikan dengan stem. Kita? Setakat dalam album jea...tu pun leni setakat dalam kamera jea...(sebab tak gi cuci, he he he). Terlupa saya nak beritahu, pengarang buku ini ialah Tun datuk Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (bekas setiausaha negara kita). Dia amat minat pada keistimewaan P Ramlee. Dia telah lakukan banyak kajian. Dia hasilkan buku ini sebagai sebuah enisiklopedia P Ramlee. Lihat gambar dia dengan isteri di bawah. Kalau umur saya panjang. Kalau saya diberikan tuhan kesihatan dan kesenangan hidup. Saya mahu menulis sebuah buku mengenai Datok Sharifah Aini. Saya bukan sahaja percaya dan yakin dia adalah penyanyi terhebat yang pernah Malaysia lahirkan, tetapi yang menakutkan ialah saya juga percaya tidak akan ada penyanyi yang akan lahir, akan sehebat dia.
Jan: harapan dan cita-cita saya hebat. Tidak cukup hanya dengan satu hayat masa umur manusia untuk saya merealisasikannya. Saya sibuk `ke tengah dan ke tepi'...mungkin pada akhirnya saya tak dapat lahirkan/hasilkan apa-apa...

Monday, September 5, 2011

Apa salah saya?

" Balik lah suasana dah reda. mak dah beri kata putus kat datin dan mak budak perempuan tu abg tok sir..."

Saya baca sms di atas yang dikirim oleh adik saya beberapa kali. Hari dah lewat petang, setelah saya lari daripada rumah saya merayau dengan kereta saya. Tetapi saya tak tahu nak melangkah ke mana dalam dunia ini. Dengan erti kata lain saya rasai dunia ini kecil dan bukan untuk saya... saya kesat air mata saya dengan lengan baju (baju Melayu raya tahun lepas)

Kalau ikutkan hati saya mahu ambil barang-barang dan beg-beg masuk ke dalam kereta, dan saya terus balik ke Kuantan. Tetapi saya teringat anak-anak saudara saya. Hari ini hari raya pertama, tentu mereka sedih jika saya balik.

Saya campakan hati saya ke longkang...

Jan: Bukan salah saya jika saya handsum, terpelajar dan berperangai elok... Bukan!

Berbuka di ECM

Pada ramadhan yang lalu kawan saya belanja saya berbuka... Dia suruh saya pergi ke East Kost Mal, Kuantan.




Saya nak ambil gambar awek ini tetapi dia malu... Dalam hidup saya, saya ada jumpa awek yang pemalu dan yang tak pemalu.




Kedai makan piza ni penuh! Bila saya sampai kawan saya beritahu dia dah oder makanan. Saya tak sempat beritahu oder sedikit sajalah sebab saya nak ajak di makan KFC.




Air coklat ini ada ais krem terapung. Best juga rasanya... Bila saya sampai makanan dah penuh meja.






Ini bubur soup yang kita cicah dengan roti...roti bau bawang putih.




Ada udang dan sotong dan kentang, best... walaupun saya makan makanan ini, perut saya tetap terkenangkan nasi. Perut Melayu...



Kepak ayam juga dioder... Masa saya makan kepak ayam ini tiba-tiba saya teringat kepada seseorang... Saya benar-benar berharap orang itu menderita. Biar dia tahu dunia ini tinggi rendah!



Saya tahu corak dunia ini. Langit tak selalunya cerah, saya yakin mendung akan datang juga. Saya bersumpah dengan nama allah, atas pengorbanan saya, tak akan ada orang sayang ke dia dengan ikhlas sampai dia mati... (dia akan selalu dipermainkan macam saya). Dan kalau dia ada sangat sayang ke orang, orang itu akan hancurkan hidupnya sama sebijik seperti dia buat kat saya... Sebijik!!!




Haaa...yang gambar di atas ni tak sah kalau tak makan kan? Pizza di atas kalau tak silap perasa kambing. Walaupun dalam keadaan hidup menderita (he he he) saya habiskan juga dua keping piza tersebut!. Tentulah kami berdua tidak dapat habiskan makanan ini semua tetapi kami bungkus buat balik rumah.




Ni speagati, dulu saya tak minat tapi sekarang saya makan... Terima kasih kepada kawan saya kerana belanja saya...(saya tulis dalam keadaan terharu)


Jan: Ramai juga kawan ajak berbuka tetapi terpaksa tolak sebab dah biasa berbuka sorang...biarlah...(pulak dah)

Sunday, September 4, 2011

5 minit lebih awal!




Alhamdulilah, hari raya pertama saya bangun 5 minit lebih awal daripada hari raya pertama tahun lepas. Tahun ni saya bangun pukul 9.55 pagi. Terus saya sms Azniza (kawan baik) untuk mencanangkan kejayaan saya. Dia juga mengucapkan tahniah! Dia tahu apa yang saya lalui dalam hidup ini, pahit perit pedih yang saya harungi. kalau ikut perasaan saya tak nak bangun sampai bila-bila, he he he.

Saya bangun, mandi dan pakai baju Melayu (tahun lepas punya). Saya lihat wajah saya di cermin. Alhamdulilah masih handsum. Saya letak sikit bedak 3A, nak tutup kesan jerawat batu.

Saya rasa gembira...kerana berjaya bangun awal, sehinggalah berlakunya satu malapetaka dalam hidup saya pada tengaharinya.

Jan: Raya ini lebih menyakitkan berbanding raya tahun lepas...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home