Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, January 7, 2011

Air mata di Kuala Lumpur

Hari pertama saya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya, saya merasa sangat berdebar berbanding senang hati. Paling membuatkan saya takut adalah tinggal di asrama. Seumur hidup saya tidak pernah tinggal di asrama. Dan saya banyak dengar cerita yang buruk berlaku di asrama.
Sesampai di Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya, saya mengikuti ayah saya daripada belakang dengan memegang baldi dan hanger. Kami menuju ke meja pendaftaran. Sebelum sampai di meja pendaftaran saya nampak ayah saya menanggalkan jam tangannya lalu dimasukan ke dalam poket seluarnya, begitu juga dia menanggalkan cincin dijarinya. Mulanya saya tidak faham mengapa ayah saya bersikap sedemikian.
Tiba di meja pendaftaran ayah saya berkata:
"Pak cik tak cukup duit nak daftar anak pak cik ni. Semalam pun kami tidur di surau. Kami orang susah, kami datang jauh dari Besut naik bas. Kalau tak boleh daftar pak cik dan anak pak cik nak baliklah semula… Boleh tak pak cik bayar sikit dulu yuran yang penting2 saja?
Saya tengok muka ayah saya yang nampak `susah hati'. Saya tengok pula muka abang di meja pendaftaran tersebut, mukanya jadi serba salah. Abang tadi kemudiannya bangun dan pergi ke arah seseorang yang sibuk berdiri memerhati di meja-meja pendaftaran. Saya tengok mereka berbincang sesuatu. Tiba-tiba lelaki yang sibuk tersebut datang semula ke meja bersama dengan pemuda serba salah tadi.
"Pak cik datang dari mana tadi? tak apa jangan bimbang, anak pakcik boleh daftar. Pak cik boleh bayar berapa dulu...? " Tanya lelaki sibuk tersebut berbudi bahasa. Mungkin ketua pendaftar barangkali.
Ayah saya terus bercakap dengan lelaki tersebut dan ayah saya serahkan RM400 kepada pemuda tadi.
Selepas itu saya dan ayah saya mencari bilik saya di tingkat 3. Saya ambil baju dari kereta dan masuk dalam bilik tersebut. Dalam bilik tersebut sudah ada roomate saya. Dia ada duduk di katilnya. Saya bersalam dan duduk letak barang-barang sekejap.
Ayah saya hulur sedikit duit lagi kepada saya. Saya diberitahu oleh ayah jika tak ada duit taliponlah ke rumah. Dia beritahu dia bayar yuran sedikit saja tadi kerana nak memastikan saya ada duit tunai yang banyak di tangan untuk memberi semangat dan menyenangkan saya menyesuaikan diri di tempat baru.
Saya kemudiannya menghantar ayah saya ke tempat letak kereta. Kemudian saya minta diri kerana saya kena cepat-cepat naik ke atas bukit untuk perjumpaan semua pelajar sempena minggu orentasi.
Semasa saya menaiki bukit tersebut, air mata saya menitis...

Hari tanpa beg plastik

Kalau nak beg plasti kena bayar 20 sen satu ” Saya terdengar juruwang tersebut beritahu kepada pelanggang di hadapan saya. Pada masa tersebut saya sedang beratur di kaunter pembayaran di Giant Supermarket Kuantan.


"Ya lah tak kan tak nak sebab barang-barang yang dibeli ni nak bawa dengan apa? Nanti berteraburlah jawapnya". Kata hati saya sambil mata saya tak lepas melihat pusat budak perempuan di hadapan saya. "Comel jugak budak ni kata saya dalam hati". Saya lihat pusatnya jenis dalam. Orang tua kata kalau pusat jenis dalam akan kawin dengan orang jauh. Kalau pusat tak dalam mana, maknanya kawin dengan orang dekat je.


Saya lihat muka pak wenya, huh! Macam papan tebar roti.


Kembali ke tajuk posting. Kementerian perdagangan dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memang menolong hasrat kerajaan dalam memelihara alam sekitar. Mereka juga nak asuh kita supaya hidup dengan lestari. Maka setiap sabtu kita kena bayar beg plastik kita. Begitulah apa yang diwar-warkan. Tapi kena ke gaya/caranya? makna kalau kena bayar kita terus tak nak guna beg plastik?
Kalau kita tak sahut kempen ini, duit tersebut masuk ke mana yea? He he he.
Saya lihat semua pelanggang yang beratur tak bawa pula beg kitar semula mereka. Saya berpendapat pasaraya yang terlibat boleh usahakan menyediakan beg kitar semula ni. Jangan asyik nak untung jea, kebajikan?

Jan: hari tanpa pusat?

Thursday, January 6, 2011

Perihal kucing kurus...



Kucing kurus menggaru papan,
Papan digaru si kayu mati;
Bukan kurus kerana tak makan,
Kerana kasih jauh di hati.

Kucing kurus menghembus api,
Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
Kerana telinga tak mendengar kata…,

Jan: dari buku `Kurik-kurik Merah Saga: Kumpulan pantun lisan Melayu, m/s 349 (buku koleksi peribadi)

3 Idiots


Sistem pembelajaran adalah satu kaedah dan cara yang disediakan oleh kerajaan untuk kita belajar dalam usaha mengejar cita-cita. Dan cara kita belajar dan keghairahan untuk belajar mengejar cita-cita adalah perihal masing-masing. Banyak juga tunjuk ajar daripada guru, keluarga dan orang yang lebih berpengalaman daripada saya, saya gagal aplikasikannya he he he... saya ada cara saya sendiri.

Semasa zaman muda pada awal persekolahan hingga akhir persekolahan saya banyak menghafal. Saya masih ingat lagi semasa saya mengambil STPM, terdapat formula dan konsep ekonomi yang saya hafal dengan cemerlang, ada di antaranya saya tak faham langsung tetapi saya berjaya menjawabnya dengan cemerlang. Itulah the kuasa of menghafal!. He he he.

Tetapi menghafal tidak membawa kita kepada jadi bijak, itulah antara satu mesej yang ingin disampaikan dalam filem 3 idiots yang saya baru berkesempatan menontonnya di Astro minggu lalu. cerita ini dicadangtengok oleh seorang sahabat saya Wawa yang bekerja di tempat majikan lama saya iaitu Kolej Shahputra.
3 sahabat

3 Idiots bercerita tentang tiga orang sahabat, yang sama-sama berkuliah di Imperial College of Engineering. Iaitu salah satu pusat pengajian tinggi terbaik di India. Saya kagun dengan senibina bangunan kolej ini, cuba perhatikan betul-betul.

Cerita itu berjaya sekali membuatkan saya ketawa seorang diri di ruang tamu yang ala mewah (perlu diingat cuma ala sahaja, bukannya mewah. Ala di sini bermaksud mungkin, seperti atau persis. Tapi hakikatnya jauh daripada nyata...).

Air kat asrama tak ada!

Filem ni filem komedi, citer lawak yang kelakar (ada ke cerita lawak yang tak kelakar? Ada! kalau tak percaya sekali sekala jengok la cerita lawak Melayu kat pawagan, he he he). Saya terhibur sepanjang perjalanan filem. Filem ini boleh buat kita terhibur ria. Jauh benar dengan filem Devdas yang memerlukan tisu, sangat berbeza. Seperti nak banding Anita Sarawak dengan Dr Mashitah (dulu pendakwah bebas, sekarang tak berapa bebas, he he he).

Watak utama

Amir Khan pegang watak utama. Watak seorang pelajar! Fizikal dan gaya lakonan memang taraf remaja di kolej/universiti. Bukan macam Rosyam Noor yang sekadar cukur misai (ampun Bang Rosyam). Dia memang buat homework giler untuk filem ni. Adnan kata mungkin dia buat facial seminggu sekali atau diet dan bersenam. Berbeza benar penampilannya dalam filem Fanna.

2 ekor idiots lagi saya tak kenal mungkin pelakon baru kot, atau saya dah lama tak mengetahui perkembangan. Atau memang tak terkenal pun, he he he. Sorang lagi yang saya kenal ialah Karena Kapoor. Dalam filem ni dia macam dalam filem-filem lain juga, tak cantik sangat dan bakat senilakunnya masih gagal meraih kekaguman saya, he he he (maaf Karena).

Cerita ni mengingatkan saya pada zaman belajar di universiti. Cuma saya di universiti dulu saya sangat skema. Pengskemaanan saya tersebut membuatkan saya disenangi para pensyarah dan kawan-kawan serta mak cik kantin.

Filem ini banyak menggunakan teknik flashback, mungkin hampir 85 peratus adalah dalam bentuk flashback (bukan flashdance). Flashback ni dalam bahasa Melayu imbas kembali atau dalam beberapa buku kajian sastera dia panggil juga imbasmuka.

Watak Amir Khan sebagai seorang pelajar dilukis lain daripada pelajar lain. Pada hari orentasi pun dia sudah buat `hal', saya kagum dengan cara dia melepaskan diri daripada orentasi yang pelik tersebut. Banyak peristiwa lucu terjadi kampus tersebut.

Beliau adalah pelajar yang radikal dalam melihat corak kaedah pembelajaran pensyarahnya, dan dia selalu beranggapan ada kaedah lain untuk cara mengajar. Dan kaedah yang ada sekarang bukannya yang terbaik. Sifat radikal beliau menyebabkan beliau kurang disenangi oleh para pensyarah dan pelajar yang kaki study. Banyak kejadian yang lucu membuatkan pensyarah dia ternganga, saya rasa kelakar sangat. Satu adegan yang saya maksudkan ialah bila beliau dihalau keluar oleh pensyarahnya tetapi dia masuk semula sebab nak ambil `buku', he he he.

Dekan yang tension, he he he.

Perlu diingat ini bukan kisah cinta. Maka tiada pusat, buah dada yang dibungkus dengan warna lain yang kontra dengan warna keseluruhan baju, selendang merah melayang di tiup angin daripada kereta api dan adegan mendepa mendepa-depa tangan. Juga tiada inspektor Shahab.

Saya tak berniat untuk menceritakan sinopsis cerita ni sebab penulisan ini khas kepada pembaca yang sudah melihat cerita tersebut...he he he. Jangan marah.

Jangan kata filem hindustan tiada unsur pendidikan yang serius (tapi dalam cerita ini ianya dipersembahkan dalam bentuk lawak)

Jan: Syabas untuk saya. Saya berikan 5 bintang kepada diri saya sendiri kerana meluangkan masa (untuk diri saya sendiri) menontonnya...pulak dah.

Wednesday, January 5, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah


Mamat Khalid bagus, kalau kita perhatikan betul-betul dalam filem-filemnya banyak unsur kehidupan yang bermesej ada terselit, bukan hiburan semata-mata, ada pemikiran kristis. Dan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) terdapat mesej kehidupan yang diadun dengan selesa.
Payah saya nak ketawa berdekah-dekah dengan jujur. Ada juga kawan-kawan saya yang buat lawak yang saya ketawa tetapi saya tidak jujur mana. Kebanyakan kawan saya yang berpangkat besar selalu juga buat lawak dan saya selalu juga buat-buat ketawa dan lucu. Saya hipokrit?


Melihat cerita ini saya ketawa, ketawa bersama anak-anak saudara saya. Saya tak nak ulas banyak mengenai cerita HKLBR ni, dah berlambak diulas dalam blog-blog lain... mengikut laporan akhbar kutipan sudah RM6.25 juta.
Ada satu ayat yang berhari-hari menghantui saya iaitu " kalau kita ingat kat orang, orang tu ingat kat kita" Lebih kurang begitulah apa yang bomoh Siam itu kata...
Banyak adegan lucu yang berlaku apabila `hantu' Kak Limah balik rumahnya. Kebanyakan pelakon yang membawa watak saya dah kenal dalam cerita Zombie Kampung Pisang. Namun kita boleh lihat cerita ini tanpa merujuk kepada cerita tersebut...
Anak saudara saya beritahu orang yang duduk di sebelahnya tak ketawa pun bila lihat cerita tersebut... Saya panjang lebar memberitahu kenapa orang ada orang-orang tertentu tidak ketawa bila melihat cerita lawak.
Dulu untuk menarik penonton ke pawagan kita kena ada perempuan cantik yang pakai bikini dan naik kuda tepi pantai, atau berikan watak utama kepada gadis jelita (jelita standard Melayu) pegang watak utama atau wajah pan Asia untuk meraih penonton ke pawagan. Namun formula itu boleh berubah melalui masa. Mungkin penonton selera sebenarnya adalah sukar diramal.
Jan: Tahniah Mamat Khalid

Tuesday, January 4, 2011

Muka terbaru saya 2011 (edit semula)






Pagi-pagi lagi saya dah pukul gambar saya sendiri dalam bilik (guna handpon). Macam orang tak siongman jadinya. Kiranya ini gambar pertama saya dalam tahun 2011.
Bila saya tatap muka saya, nak tergelak pun ada. Saya bukan muda lagi tetapi saya rasa masih boleh cari makani, he he he. Fizikal saya semakin bersusut nilainya, semakin gemuk dan buncit. saya dah ada uban di janggut dan 5 helai di miasai! Tak boleh kita tentang kudrat takdir alam. Kulit muka saya pula semakin kering, ada garis-garis halus dan bernoda (tiru stail bahasa Indonesia). Tapi mungkin buleh diperlahankannya?
Saya tak nak rasa gusar. Masa beginilah kita kena up diri kita sendiri kan. Kita kena kata kita okey je yang penting hati budi, perangai elok, hidup jangan menyusahkan orang, pikir positif, bla-bla bla-bala....he he he. Saya tahu saya tak pernah handsem macam Dannyhensum. Mungkin sebab itulah saya jaga budi perketi saya, tak naklah nanti kedengaran "Dahlah muka tak handsum, perangai buruk".
Bila tahun baru bertandang kita tak dapat tidak sedetik berfikir dari mana kita dan nak ke mana kita? He he he. Apa yang kita cari dalam kehidupan ini? Soalan sama, jawapan masing-masing...
Ya, memang kita kena berharap/berazam sebab dengan harapanlah/azamlah kita galak untuk hidup pada hari muka. Bila ditanya rata-rata azam kawan saya ialah nak jadi kaya. Mahu saja saya tanya definisi kaya tu ada duit banyak mana? harta banyak mana?...
Dan azam-azam lain yang pada pandangan saya agak pelik. Ada yang berazam tahun ni untuk memastikan suaminya tak keluar rumah selepas pukul 10 malam, he he he. Tak apalah itu azam mereka, mereka tak menyusahkan kita. Kita tak ada kaitan dengan laki dia.
Saya nak mengambil kesempatan secara rasmi untuk mengucapkan selamat tahun 2011 kepada pembaca blog jankaulu. Ikhlas daripada saya, terima kasih banyak kerana masih membaca posting yang entah apa ini.
Semoga kamu semua sihat sejahtera dan bahagia. Kalau hidup bersolo jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tak bahagia. Jika sudah bekeluarga semoga terancang segalanya. Semoga suami/isteri dan anak-anak mendengar kata dan berdisiplin. Dan semoga dapat menempuhi dugaan atau cabaran yang mungkin lebih hebat dan bertenaga berbanding tahun lepas, he he he.
Tataplah 2 keping gambar muka saya di atas tersebut, mungkin kita tidak akan berkesempatan untuk berjumpa lagi...(pulak dah).
Kalau rindu pesan saja di angin lalu...
Jan: Berazam nak mencari kedamaian hati...(pulak dah...!)

Monday, January 3, 2011

Ready to wed again!

A 110-year-old Malaysian man who has been looking for a wife said he was ready to marry again after an 82-year-old woman responded to his wish, a report said Sunday.
"It doesn't matter who she is, as long as she can cook for me," Ahmad told the paper Sunday, saying he was happy and surprised at the news while his daughter would discuss the matter with Sanah's family.
"It is lonely to live alone and I am afraid to sleep alone. If I have a wife she can take care of me," the centenarian, who has five previous marriages and suffers mild hearing and vision problems, said in an earlier interview.
Jan: Happy new year, `welcome' to the earth! He he he...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home