Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 2, 2016

Satu penghormatan : EFFA RIZAN - RASA HATI




Walaupun arwah Kak Pah adalah penyanyi nombor satu dalam hidup saya, saya tidak nafikan Malaysia sebenarnya mempunyai ramai lagi penyanyi wanita yang mempunyai tone suara yang baik. 

Namun mereka ini tidak meneruskan kerjaya nyanyian mereka. Antara sebab utama ialah menumpukan kepada kehidupan berkeluarga. Contohnya Effa Rizan mempunyai suara yang sangat unik dan sedap didengar. Lain benar dengan suara penyanyi wanita sekarang yang kebanyaknnya `sepesen' jea. Sekapal jea bunyinya.

Image result for effa rizan
Di samping Dahlan Zainuddin...

Nama asal beliau adalah Fauziah Buang. Sempat mengeluarkan tiga album dan berhenti menyanyi apabila telah berkahwin dengan Dahlan Zainuddin. Beliau berhenti menyanyi ketika di puncak popularitinya. Beliau juga diambil untuk berlakon filem.

Penyanyi-penyanyi tahun 70an memang berbakat-bakat orangnya. Maaf cakaplah penyanyi sekarang rata-rata  suara seperti yang saya kata di perenggan pertama tadi. Suara sekapal.

Memang tak leh lawanlah, itu belum lagi sebut Sanisah Huri, Rafeah Buang...

Tak banding lagi dengan Saloma dan Sharifah Aini...


2 comments:

yusrina said...

cerita rafeah buang ada dalam blog yusrina.. jemput la singgah

albumretro.blogspot.my

Sukiman Ishak said...

salam yusrina,

Semalam saya dah singgah baca Kak pah.

Wah! Hebat dan cantik blog yusrina.

Kita banyak penyanyi yang hebat sebenarnya.

   

.

.

.