Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, November 3, 2016

"Kerana umur ibu kita mungkin lebih pendek dari umur sibuk kita..."

Saya menulis ini kerana perempuan adalah ibu, perempuan adalah puncak bahagia dunia. Saya menulis kerana kita selalu sibuk bekerja, dan saya juga menulis kerana;

"Kerana umur ibu kita mungkin lebih pendek dari umur sibuk kita..."

Apabila saya dilahirkan, emak saya sudah bekerja. Pada masa itu saya sudah mempunyai seorang kakak, berumur dua tahun. 

Emak saya seorang isteri yang bekerja. Setiap pagi sepanjang minggu emak saya bekerja di hospital atau klinik. Cuma hari jumaat emak saya cuti. Dengan mempunyai dua orang anak (kemudiannya tiga dan kemudian lagi empat), tentulah emak saya sibuk. Sebab beliau bekerja.

Saya tahu emak banyak menolong kewangan keluarga. Ayah saya bukannya mempunyai gaji yang tinggi. Emak dan ayah saya sibuk. Mereka turun pergi kerja sebelum pukul lapan pagi dan pulang pukul empat lebih pada waktu petang. Dan kadang-kadang pukul lima baru pulang. 

Tentu emak saya letih untuk menguruskan hal keluarga. Jangan kata menguruskan hal keluarga senang. Benda yang remehlah membuatkan hati kita sengal sehingga ke tulang. Tentu adik beradik perempuan saya dan pembaca saya (yang bertaraf emak/isteri) mengerti maksud menguruskan rumah bukanlah suatu yang mudah. Rumah harus kelihatan seperti orang duduk (bukan gorila duduk), Rumah bukan sahaja tempat berlindung tetapi tempat damai hati kita. Dapur, ruang tamu, bilik air dan bilik tidur mesti berbeza dengan reban ayam.

Saya rasa sebab itulah emak saya mengajikan pembatu rumah untuk membantu beliau. Emak saya tentu tidak sempat dan letih. Namun kami adik beradik tidak kurang kasih sayang. Sempat juga emak saya memasak makanan untuk keluarga. Sempat juga mengarah pastikan rumah bersih cebek mesti ada di atas kusyen. Lewat petang naik ke rumah basuh kaki dulu. 

Pada malam hari di atas katil besar kami dengar cerita. Sempat bercerita pada waktu malam tentang anak ayam yang di makan musang dan sebagainya. Bila cerita musang, kami adik beradik sangat takut. 

Dan apabila bekalan eklektrik terputus. Emak saya akan menyanyi di bawah samar cahaya pelita atau lilin. Suara emak saya bagus. Sayangnya tidak ada ahli keluarga yang mewarisi suara yang bagus kecuali anak saudara saya Najib. Saya juga tidak mewarisi suara yang bagus, kalau tidak Anuar zain makan hati.

Emak saya juga hampir setiap pagi panaskan air dalam kendi besar biar saya tidak sejuk mandi pagi. air telaga sejuk. Emak saya jadikannya suam...zaman 70an...

Emak sayalah juga manusia yang paling mahu saya bercakap. Suapaya saya belajar bercakap ikut perkembangan umur. Emak saya sengaja melayan saya bercakap pada masa tersebut. Emak mendengar dan menggalakan lagi saya bercakap. Kini saya lebih banyak bercakap untuk orang lain. Saya jauh dari emak. Saya juga jarang bercakap melalui handphon tetapi bersms setiap hari... (saya tidak boleh bercakap lama-lama dalam handpon sebab saya akan menangis macam budak. Sebab saya rindu...)

"Jangan lupa untuk berborak mesra dengan emak kita. Ingatlah dulu mak kitalah yang paling suka mengajak kita bercakap-cakap sejak kita belum mengenal kata-kata..." (baca dengan rasa sayu perenggan ini...ingat masa kecil bagaimana mak kita menatang kita bak minyak yang penuh)

Suatu hari tentu kita tidak dapat bercakap dengan emak kita walau sepatah...

Kata orang mustahil kita tahu isi hati seorang ibu sehinggalah kita menjadi ibu. Kita tidak lalui perit dan rasa hati maka kita andaikan membesarkan anak-anak adalah suatu perkara biasa sehinggalah jeng-jeng jeng kita sendiri membesarkan anak-anak kita.

Tiada di adam dunia cinta semurni mama, seagung mama
Tiada di dalam dunia orang yang patut kita cintai seperti mama...

Saya tidak buat penyelidikan atau pemerhatian yang ketat tetapi saya percaya dewasa ini ramai wanita yang bekerja kerana mereka memang suka berkerja. Mereka ada kelayakan beekerja. Semoga mereka dapat membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.

Kalau kita gagal menjadi ibu yang baik, kesannya anak-anak kita bukan sahaja tidak akan sayangi kita. malah anak-anak kita juga tidak sayangi masyarakat dan kesyukuran atas kehidupan yang diberikan. Jadi salah siapa?

Cuma saya rasa dewasa ini keadaan semakin terbalik kot di mana ramai perempuan berkerja sedangkan suaminya tidak bekerja. atau isteri menjadi penyumbang utama kepada kewangan keluarga, bukannya suami. Ini menyebabkan tugas seorang ibu semakin berat dan mencabar. Mustahil bagi mereka untuk buat terbaik untuk kedua-duanya antara kerjaya dan keluarga.

Mungkin jauh dari sudut hati mereka rela untuk berhenti kerja jika sang suami mampu membayar segalanya kerana mereka juga membayar untuk sesuatu yang wajib ke atas suaminya...

Saya rasa sangat bersyukur kerana mempunyai emak yang begitu baik. Saya anggap ia adalah suatu rezeki yang tidak ternilai. percayalah saya, orang yang paling sayangi kita adalah emak kita. Bukan pasangan kita...atau majikan kita.

Percayalah...(begitu juga dengan orang yang patut paling kita sayangi...ibumu, ibumu dan ibumu!)


Abang Jan: Cinta manusia yang tidak pernah pudar hanyalah dari ibumu...



Image result for mother love




No comments:

   

.

.

.