Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, August 17, 2015

The best things in life...my life




Keluarga. Keluarga adalah harta. Tidak dapat saya bayangkan betapa gembiranya apabila saya berada dengan emak. Emak selalu kata apa yang saya buat adalah betul belaka. Mak saya kata saya cerdik dan baik hati. Kalau boleh saya mahu selalu ada dekat dengan mak sebab rasa selamat dan disayangi. Sangat juga gembira apabila berada dengan ayah, adik beradik, dan anak-anak saudara. Dan bila tiba waktu berpisah saya sedih.

Segulung ijazah sarjana muda. Semasa saya menamatkan pengajian sarjana saya, perasaan yang timbul di jiwa tidaklah segembira saya menamatkan pengajian sarjana muda saya. Sehinggakan saya berani mengatakan pengalaman belajar di UM dan berjaya menamatkannya dengan sarjana muda ekonomi adalah antara kenangan termanis dalam hidup saya. Pada masa tersebut ada 6 buah universiti sahaja, tentulah saya seronok gila mendapat izajah. 

Berjumpa dengan dia. Berjumpa dengan dia adalah salah satu episod termanis dalam hidup saya. Walaupun kini saya sorang, meratapi diri dan merana, saya tetap anggap berjumpa dengannya adalah antara yang termanis dalam hidup saya. Saya tahu apa itu cinta nan sejati (saya milikinya, dia tidak...dia tidak mampu). Saya faham kalau ada orang sanggup mati kerana kasih dan sayang. Sukar untuk saya tulis dengan kata-kata. Saya sangat bahagia pada masa tersebut. Dia hanya mencintai saya seorang. Dengan kata lain, ada 6 billion manusia di bumi ini, namun dia memilih untuk mencintai saya sahaja. Tidak logik kan?

Bercuti ke Bali. Bercuti untuk melihat keindahan alam, juga membeli lukisan-lukisan. Tidak selalu saya bercuti melancong kerana bagi saya jika ada duit terlalu lebih barulah ia memadai. Saya masih tidak capai taraf orang yang selalu boleh bercuti. Saya suka melihat suasana malam di Bali. Pantai dan gunung ganangnya. Naik kereta kuda tengah malam. Melihat orang seksi menyanyi dan berjoget.

Kehadiran suara Sharifah Aini. Dari kecil hingga dewasa hingga ke tua saya masih mendengar lagu-lagu beliau. Cuma saya berhenti setahun kerana berkabung. Namun kini setiap hari saya mendengar lagu beliau. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menikmati suara merdu. Hujung minggu lalu saya menyanyi sehingga pukul dua pagi. Saya nyanyi lagi `Terbang Helang', `Bunga Tanjung', Tiada Maaf Bagimu', `Pengajian di Seberang Lautan', `Seiring dan Sejalan', `Tiada Maaf Bagimu', "Teratai dan lain-lain. Saya rasa dekat 20 lagu saya alunkan. Saya harap jiran sebelah rumah tidak tension. 

Hidup ini ada suka dan duka, tak kiralah kita siapa pun. Anak raja ke, atau orang biasa. Bila kita sudah di akhir garisan...menuju senja. Adalah lebih elok kita berfikiran kita mempunyai hidup yang baik dan kita adalah orang yang baik...






No comments:

   

.

.

.