Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, December 3, 2014

Untuk perempuan lawa...yang suka melompat

PARAS RUPA seseorang  amat besar impaknya kepada dirinya dan juga orang di sekeliling. Janganlah hipokrit kata ianya tidak penting. Walaupun berbuih atas bawah masyarakat kita dan media war-warkan kononnya kecantikan semulajadi adalah lahir dari dalam diri, gambar berukuran paspok tetap diperlukan apabila kita mintak kerja. Dan sebagainya.
 
Kalau ada muka lawa, bersyukurlah kerana ia memudahkan kita dalam melakukan banyak kerja. Kerana kita lawa, kita akan dilayan dengan baik, orang akan dapat lihat kita dengan jelas dan syahdu. Berbanding dengan muka tak lawa...18 kali kita lalu lalang pergi balik pun orang tidak perasan! Kucing pun tunduk jea...

Teringat saya kepada seorang kawan, bila dia lalu di tepi padang bola, permainan bola tersebut secara automatic berhenti sebab semua pemuda melihat kecantikan rupa paras beliau. Pada masa tu dia mahu ke kedai beli sekilo gula. Dan situasi yang sama juga berlaku bila dia pulang dari kedai dan lalu di tepi padang bola tersebut. Terhenti lagi permainan bola tersebut, ternganga melihat sebahagian betis yang tidak ditutup skit.

Tapi itu 25 tahun dulu! sekarang jikalau dia berbogel pun orang sudah tak peduli. He he. Mungkin orang pergi sepak atau kata dia gila. He he he sekali lagi
 
Kita kembali kepada isu. Tidaklah pula menjadi satu kesalahan untuk menggunakan muka kita yang lawa tersebut dalam mencapai cita-cita. Atau letak dalam FB, sambil buat mucung-mucung. Yang salahnya kita menggunakan kelawalan kita itu sambil menghancurkan hati orang lain.
 
Perempuan lawa yang pandai `lompat-melompat' banyak terdapat dalam masyarakat kita. Maksud saya bila dapat yang lebih baik, dia tinggal jea pemuda itu begitu sahaja. Bila dapat yang lebih baik terus lupa akan pengorbanan sehingga pemuda itu terpaksa lara dan bla-bla...
 
Bila muka sudah ditoreh menjadi buruk, barulah tahu langit tinggi rendah. Kita kena ingat dalam ramai-ramai lelaki yang kita permainkan mungkin ada yang psiko. Bukan semua lelaki bila ditinggalkan atau dicurangi akan jadi lebih tabah, insaf dan cerdik. Bukan semua akan meninggalkan kampong halaman dan menjadi pensyarah di negeri orang...opps.
 
Bukan semua lelaki bila ditinggalkan akan terus ambil air sembahyang dan baca kitab. He.
 
Ada lelaki apabila ditinggalkan dia kecewa terhadap dunia dan menjadi persis syaitan... Ada yang akan bertindak kejam membalas dendam dengan cara yang tidak beperikemanusiaan. Namun apabila hati hancur dan segala kebaikan telah pergi...keberangkalian menjadi jahat adalah tinggi...
 
Tidak semua seperti saya, saya tidak membalas dendam. Saya hanya bersumpah pada setiap matahari terbit bahawa dia tidak akan bahagia dan akan merindui saya sepanjang hayat. Amin.
 
Dan sesungguhnya tidak pernah ada satu pun kasih sayang yang sejati boleh tumbuh dan kekal lama apabila dibina atas kehancuran hidup orang lain.
 
Percayalah saya...

Percayalah...

No comments:

   

.

.

.