Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, August 4, 2021

Tersilap pos dari penjual.


 

Saya beli 50 idea Ekonomi, penjual hantar 50 idea fizik dari Shopee. Pekedai pulangkan balik duit saya dan hadiahkan buku 50 idea Fizik itu....

Ini pertama kali terjadi semenjak saya berkecimpung dalam Shoope.

Friday, July 30, 2021

August: Osage Country (2013) Original Motion Picture Soundtracks, Sony,





 August: Osage Country (2013) Original Motion Picture Soundtracks, Sony, Made in the EU.


1. Saya jarang beli CD soundtrack filem. Tapi soundtrack The Bodyguard (1992) dan Titanic (1997) ada la.

2. Sebab jarang beli antaranya sebab jarang ada. Terpaksa kontek kawan yang selalu dapatkan dari luar negara.

3. Paling saya sayang Soundtracks Titanic, terjual lebih 30 juta kopi di seluruh dunia. Jiwang betul... Kisah cinta yang tak sampai ibarat rindu yang belayar mencari dermaga yang tiada...

4. Ada 15 lagu dlm ni, yang sya paling suka 'can't keep it inside' no 11. Macam tema hidup kawan baik saya, selepas bercerai bini dia pelihara anak2. Tapi lagu Eric Clapton pun sedap. Trak 3.

Ada 15 lagu dalam 39 minit. Kira ada la lagu yang lamannya seminit dua. Tapi muzik mak datuk! Supergetar jiwa!

5. Pendek kata saya suka semua lagu, lagu2 untuk filem sedap. Jentik hati...muzik indah. Teringat pantai, telaga di kampong dan bekas kekasih (semoga dia tak bahagia).

6. Filemnya pun sedap, bagus. Tak pernah saya tengok dalam satu filem orang putih semua pelakon bagus2 belaka.

7. Boleh di dengar petang2 di bilik belakang, sambil berehat makan pulut. Duduk relek minum teh o lemong. Rasa tenang. Boleh buka tingkap, kalau jiran tak bakar sampahah (hobi dia).

8. Ketenangan adalah mahal, tapi mahal lagi sebuah kejujuran.

Titik.

Wednesday, July 21, 2021

Korban cinta, kek bodo dan berkirim salam

 

 









1. Semalam, sehingga pukul 2 pagi, saya buat kek sambil dengar lagu Ziana Zain. Korban Cinta. Saya ulangpusing banyak kali konon lagu ni relik dengan diri saya. He he he.

2. Lagu ini adalah lagu yang paling saya suka, Ziana Zain nyanyikan dengan baik dan tak keterlaluan jeritannya. Dan lirik dan muziknya bagus. Lagu-lahu lain zaina zain bukan tak sedap, tapi letih bila mendengarnya. He he he.

3. Mula-mula saya rasa tidak mahu raikan apa-apa, sebab tak ada pun orang akan datang. Tapi bila kawan-kawan dalam group wasap sibuk nyohol apa yang mereka masak, saya bingkas bangun...tinggalkan Nexflix, terus ke dapur.

4. Rumah orang bujang tak ada banyak bahan-bahan. Kek yang boleh dibuat adalah kek biasa. 5 biji telor ayang, 250 g tepung naik sendiri, 200 g gula kastor, 250 g mentega, sesudu besar omelet, sesudu kecil esing vanila. Bakar sehingga berbau masak.

5. Dalam dok kuca bahan-bahan...terfikir juga. Walau sebesar mana pun pengorbanan kita sehingga kita turut sama hangus terkorban, hidup mesti diteruskan. Wajib.

6. Raya aidil adha, sepenting adil fitri.

7. Pengorbanan adalah teras kehidupan. Jika tiada pengorbanan, tiadalah kehidupan...

8. Saya tak dapat bayangkan kalau semua orang atas planet bumi ini semua tak mahu berkorban, hanya pentingkan diri.

9. Saya juga buat bihun goreng dan goreng ayang...sempena raya.

10. Sempena Hari raya aidil adha ini saya tujukan sepatah dua kata kepada pekorban-pekorban dan diri sendiri (tak payah tepuk untuk diri sendiri, nampak pelik). Iaitu dalam bentuk mana pun pengorbanan ia adalah bermakna. Wang ringgit besar kecil bukan nilaiyannya, malah kadang-kadang kita berkorban masa... Sesuatu yang kita tak nampak.

11. Hari yang mulia hari raya, kita duduk merenung diri... Di hening subuh di pagi raya, doa dihulur buat yang tiada...

(Tiada di dunia, dan yang sudah tiada di dalam hati...)

12. Pada sahabat maya yang jauh, saya berkirim salam. Maaf zahir batin dari saya, semoga kita sentiasa sihat sejahtera... Amin.


Saturday, July 17, 2021

Tanpa milo, tanpa maggie, tanpa budu dan rokok

Bermula 1 januari 2021, sehingga ke hari ini masih berjaya tidak minum milo dan nescafe. Tidak makan maggie dan budu. Saya juga sudah tidak merokok.

Saya beli Huion

Semester ini saya mengajar satu kelas, jadi saya beli drawing pad untuk memudahkan saya menanda jawapan pelajar.

Penggunaannya tidak seefisen menanda menggunakan pen. Namun ia amat sesuai bila menanda untuk tujuan dalam file yang jawapannya terpapar di skrin komputer.

Semua berubah.

Semua ada pertama kalinya...





Wednesday, July 7, 2021

Saya terkelar jari semasa mengelar ikan

 

Semasa saya kelar ikan ini, saya dibawa kepada satu kenangan silam... ikan yang berdarah itu sudah saya buang.

Tetapi tidak kenangan-kenangan itu.


p/s: Kawan saya kata kalau ikan itu kecil, tak perlu beria mengelarnya...

Kalau boleh saya mahu tampar muka saya yang hodoh ini...he he he.

Saya rindu, saya sangat rindu...

Kawan baik saya beritahu jangan menulis sebarang kelemahan diri di blog. Nanti orang akan pandang kita lemah dan serba kekurangan...

Namun kadang-kadang saya tertekan...saya amat sedih dan rindu.

Dengan menulis, ia dapat tenangkan ombak di dada.

Saya mengaku saya lemah...

Kalau boleh saya tidak mahu jadi lelaki yang luar biasa, saya mahu jadi lelaki biasa yang dalam satu hari boleh banyak kali jatuh cinta, jatuh hati dan jatuh sayang.

Saya melawan perasaan dari masa hingga masa, dari tahun ke setahun...

Kalau boleh saya mahu jadi lelaki biasa, yang bisa disembuhkan dengan masa. Namun makin lama, makin berbisa apa yang saya rasai...

Namun saya rasa bertuah kerana saya mampu kelihatan gembira, walaupun semasa menyiran pokok-pokok bunga, air mata saya menitis.

Airmata kasih yang menitis, tiada harga taranya...

 

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home