Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 31, 2016

Yang kita akan hilang, yang kita akan sedar kemudian...

Semalam saya gagal lagi menguruskan kerja saya. pukul 6.30 petang baru saya pulang dari kerja. Saya bayangkan jika saya ada anak isteri, tentu kesian kepada mereka. balik lewat petang saya tidak sempat bersenam sebab lewat dan letih.

Emak saya yang pernah duduk sebulan di perumahan saya, pernah menyatakan kepada orang kampung bahawa kehidupan saya dan kawan-kawan saya benar-benar berkisarkan kerja sahaja. Turun pagi balik lewat petang.

Saya pensyarah biasa. bukan pensyarah kanan atau pensyarah yang miliki PHD. Jawatan saya pula hanya ketua unit subjek-subjek ekonomi. Namun saya dapati sudah terlalu banyak kerja yang saya kena lakukan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kawan-kawan saya yang berpangkat PHD dan berjawatan mengharungi kehidupan.

Mungkin setiap orang berbeza, ada yang tidak rasa tertekan dan dapat mengharunginya dengan baik. Maka saya tabik. Cuma...

Cuma saya pernah terfikir adalah agak sukar untuk bahagikan kehidupan antara keluarga dan kerjaya. Hampir mustahil bagi ramai orang dan mustahil bagi saya. 

Saya dapati ramai kawan saya mengutamakan kerjaya berbanding keluarga. Namun kalau tanya mereka, hidup balik mereka tak akan mengaku. Ya lah kan...tak ramai berani hadapi kenyataan hidup. 

Saya pernah mengutarakan isu ini, hasilnya saya menyesal seumur hidup. Kawan saya tersebut tidak mengaku walaupun akhirnya dia kata `apa yang kita buat sebenarnya iaitu kerja kita untuk keluarga kita juga..."

"Laaa bukan gitu caranya..." Terus hati kecil saya menjawab balas.

"Kita orang islam ini mengejar dunia siang malam, orang bukan islam dan orang barat dah lama tumpukan kepada keluarga dan kehidupan agar ada keseimbangan antara kerja dan kehidupan" Kata kawan saya yang suka balik awal. Maksud balik awal tersebut adalah balik pada tepat waktu, tetapi jadi balik awallah bila orang lain rata-rata balik lewat. He he he.


Ayah nak tambah budu?

Keluarga adalah harta yang sebenar... saya juga terlewat menyedarinya tetapi lebih baiklah terlewat menyedarinya daripada tak sedar-sedar langsung...

Suatu hari nanti apabila anak-anak tidak pedulikan kita, janganlah kita marah pula kerana kita sendiri gagal berada dengan anak-anak kita secara fizikal dan rohaniah semasa mereka perlukan kita. kita tidak ada dalam jiwa anak-anak kita, selain kerap kali berada di luar ruangan mata mereka.

Saya tergelak dalam hati bila kawan saya kata "Tak apa, bila dapat bonus saya bawa anak-abak makan angin...setiap tahun". Bagi saya ini bukan imbangan di atas sikap kita yang jarang bersama mereka, kita `upah' mereka, atau `bayar' mereka dengan pakage percutiaan. Saya rasa nak tergelak sebab kawan-kawan saya sebenarnya ada bodohnya juga. He he he.

Yang anak-anak kita perlukan adalah banyak masa dalam seharian dalam perjalanan hidup mereka, untuk kita berada di sisinya. Beri semangat dan panduan hidup...

Namun saya tidak akan menang bercakap, sebab kawan-kawan saya cerdik-cedik belaka, ada PHD. Tetapi mereka tidak sedar apa yang mereka akan hilang (kasih sayang). mereka akan sedar kemudian nanti bila mereka bersara, apabila mereka memerlukan kasih sayang anak-anak. Percayalah!.

Sekian...





Monday, May 30, 2016

How to set a proper table...(untuk mereka yang berkenaan...)




People have forgotten how to set a proper table. Teach your children.

I can see ghost 2016




Saya ke panggung lagi minggu lepas bersama dua orang anak saudara saya yang tidak pernah masuk panggung wayang. Anak saudara perempuan saya ini memang tidak pernah tengok wayang walaupun sudah besar. Kakaknya dah bersekolah menengah.

Seingat saya, saya sudah tengok wayang sebelum saya sekolah rendah lagi. Dan saya berterima kasih kepada emak dan ayah sebab bawa saya ke panggung wayang. Saya dapat lihat banyak kehidupan orang lain dari wayang. Saya dapat lihat banyak pengajaran dari wayang. Tidaklah hanya dari membaca buku dan melihat kisah rumahtangga kawan-kawan saya...he he he.

Mungkin ada pihak mempersoalkan kewajaran saya membawa anak-anak saudara saya mengenali dunia wayang. Namun saya tidak peduli.

Saya memilih cerita hantu. Dan akibatnya selain kami bertiga, hanya ada dua orang lain lagi yang tengok cerita tersebut. Tapi saya rasa dua orang lagi tersebut yang duduk di belakang `main wayang'; mereka sendiri... Saya rasa ini contoh terbaik orang yang tidak baik buat perkara yang tidak baik di panggong wayang.

Cerita ini tidak sedap. Mungkin ini jawapan kenapa tidak ramai menengoknya. Tidak ada apa-apa yang istimewa bagi saya. Jadi sila ambil perhatian bahawa bukan semua filem seram Thailand sedap. Namun kami terhibur jugalah sebab ada lawak-lawak bodoh sama seperti dalam filem-filem  Melayu kita yang bertemakan hantu. Cerita ini mungkin grene komidi seram. Entahlah...

Kisah sekumpulan anak muda mahu buat klip video dan menyewa rumah yang berhantu... Ada roh sesat, ada perempuan cantik, hero jambu, ada cinta dan tamat.

Saya teringat filem Nang Nak... antara filem seram terbaik pernah saya tengok... cerita ini mengajar saya banyak perkara terutama `cinta tidak semudah/semurah yang kita lafazkan'...(pulak)


Saya percaya cinta yang kuat ada mempunyai tenaga. Namun bila kita mati, tenaga itu ke mana yea?




Hanya ada satu cara sahaja untuk selamatkan rumahtangga dia...

PADA pendapat saya hanya satu cara sahaja jalan untuk selamatkan/mempertahankan rumahtangga kawan saya. Caranya ialah si isteri kena faham (buat pekak dan bodoh) dan terima suaminya yang tak faham-faham dan payah nak terima pendapat orang tersebut (walaupun pendapat isterinya sendiri).

Rupa-rupanya pada zaman sekarang menjadi seorang isteri lebih sukar secara praktikalnya walaupun sebenarnya secara teori menjadi suamilah lebih sukar tanggungjawabnya. Dengan kata lain dengan banyaknya lahir lelaki yang bodoh dan tidak bertanggungjawab menyebabkan hidup perempuan lebih sukar.

Kalau ada la wartawan gedik yang tanya saya apakah cabaran terbesar dalam kehidupan seseorang wanita dewasa ini? Saya akan jawab `Lelaki!".

Sudah 11 tahun saya kenal suami dia. Saya rasa suaminya `fail' dalam banyak perkara. Sebut saja perkara apa, tentu ukurannya `fail' atau kalau saya greadkan dia dapat `F'. Tetapi itu nasib malang kawan saya, saya tidak boleh masuk campur. Cuma saya bagi nasihat, sebab katanya saya ni memahami dan bijak... Emm...

Mungkin bagi perempuan lebih baik hidup tak bahagia daripada menjadi janda. Atau saja nak sedap cakap ...dia definasikan kebahagian itu adalah bila ada pasangan, biarlah dengan `beruk' pun.




Abang Jan: Dah tak ada jalan dah untuk kita bersatu...hu hu hu













Cantik tak?

Rekaan pakaian tema islamik yang sangat pelik

Hujung minggu lepas saya ke panggung wayang melihat filem `I can see ghost'. Namun posting ini bukannya mengenai filem Thailand tersebut tetapi mengenai sesuatu yang sedikit menganggu atau mengusik emosi saya.

Saya lihat sepasang dewasa memakai pakaian yang sedondong. Saya lihat pakaian si lelaki sangat pelik. Hendak dikatakan baju Melayu, bukan baju Melayu (sebab dalam buku sejarah melayu, baju Melayu dilonggarkan sehingga ke hujung lenggang), nak di katakan jubah, bukannya jubah. Baju tersebut potongannya mengikut `body' sasa si lelaki. Maksud saya seperti pakai baju Melayu tetapi potongannya nampak susuk badan. Nampak pinggang yang ramping. Nampak betis kaki...He

Saya rasa pelik tetapi saya tidak menceritakannya kepada kawan-kawan di sekeliling. Bimbang nanti mereka kata "Biarlah, lelaki boleh pakai apa sahaja...". Ramai juga kawan saya begitu, mereka tidak mahu berfikir panjang, mereka biarkan sahaja semuanya berlalu begitu. Mereka tidak peka terhadap perubahan masyarakat selagi tidak mengusik jumlah gaji mereka. 

Tetapi tak apalah, bukan semua kawan saya cerdik walaupun berpelajaran tinggi...

Berbalik kepada baju tersebut...baju itu sangat ketat sehingga saya nampak ia carik di bahagian ketiak. Tak lah nampak besar carikya tetapi sebagai pemerhati, saya dapat lihat carik tersebut kerana saya berjalan di belakangnya. saya sengaja ekori pasangan tersebut. Lagipun kaunter aiskrim Mek Donal tutup selama 15 minit. Boleh saya gi jalan-jalan dulu.

Di sebelah lelaki dewasa itu ada perempuan yang dewasa. Maaf cakap saya nampak tergedik-gedik sedikit. Tudung perempuan itu juga agak pelik, agak pelik berlapis-lapis dan besar macam pokok krismas. Boleh gantung kad raya...(tetapi raya lambat lagi...).

Baju perempuan tersebut seakan-akan jubah jubah juga tapi saya rasa ketat dan nampak seksi. Gelagat gediknya sangat mesra alam dengan lelaki tersebut. Saya lihat muka perempuan itu disolek tebal (tapi taklah cantik sangat). Mungkin mereka buat pertunjukan fesyen islamik sempena menyambut ramadan kot...he he he.

Saya tak dapat kata apa-apa apabila baju kononnya rekaan islamik sebegini menjadi bertambah aneh sejak akhir-akhir ini. Sebab nanti kawan-kawan saya kata `asal tutup aurat'. Namun bukankah menarik perhatian itu juga harus diambil kira selain menutup aurat?... Entahlah.

Abang Jan: Pakai jeans sahaja...baju T'shirt.



Ada juga fesyen jubah yang tak ketat tapi masih agak pelik bagi saya, adakah saya sudah ketinggalan fesyen?


Thursday, May 26, 2016

Langkah berjimat di bulan puasa...



Ramadhan semakin hampir, banyak azam saya menjelang ramadhan. Antaranya saya mahu berjimat dan bersederhana.

Saya sudah semakin berjimat pada ramadhan yang lalu, maka saya bercadang mahu teruskan berjimat di bulan ramadhan. mahu bersederhana. Oleh kerana sekarang saya tidak makan nasi, saya bercadang mahu berbuka dengan makanan ala kadar sahaja.

Sebenarnya berjimat juga bermaksud mengelakan kecuaian. Maksud berjimat saya itu contohnya jika kita terbeli barang tamat tarikh luput maka kita kena beli lagi untuk menggantikannya semula. Bermakna kecuaian kita tersebut terpaksa kita `bayar' dengan wang ringgit.

Jadi kita mesti elak dari terbeli berlebihan... Jika kita pandai membeli maknanya kita sudah dapat elak kecuaian ...elak berbelanja lebih. Kita beli cukup-cukup untuk anak-anak dan isteri.

Rata-rata berbuka mengikut nafsu, seolah tiada esok lagi. Sedangkan kita mahu rasai bagaimana orang yang tidak ada makanan merasai kehidupan ini... agar kita insaf. Tetapi kita apabila berbuka akan hilanglah ingatan...

Kalau hidup membazir tentulah tidak mendapat keberkatan tuhan, kita cuma bangga dapat berpuasa di bulan ramadhan tetapi nampak gayanya kita dapat lapar jealah...he he he.

Saya percaya ramai yang hanya dapat lapar sahaja...


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home