Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, November 2, 2016

Satu penghormatan : EFFA RIZAN - RASA HATI




Walaupun arwah Kak Pah adalah penyanyi nombor satu dalam hidup saya, saya tidak nafikan Malaysia sebenarnya mempunyai ramai lagi penyanyi wanita yang mempunyai tone suara yang baik. 

Namun mereka ini tidak meneruskan kerjaya nyanyian mereka. Antara sebab utama ialah menumpukan kepada kehidupan berkeluarga. Contohnya Effa Rizan mempunyai suara yang sangat unik dan sedap didengar. Lain benar dengan suara penyanyi wanita sekarang yang kebanyaknnya `sepesen' jea. Sekapal jea bunyinya.

Image result for effa rizan
Di samping Dahlan Zainuddin...

Nama asal beliau adalah Fauziah Buang. Sempat mengeluarkan tiga album dan berhenti menyanyi apabila telah berkahwin dengan Dahlan Zainuddin. Beliau berhenti menyanyi ketika di puncak popularitinya. Beliau juga diambil untuk berlakon filem.

Penyanyi-penyanyi tahun 70an memang berbakat-bakat orangnya. Maaf cakaplah penyanyi sekarang rata-rata  suara seperti yang saya kata di perenggan pertama tadi. Suara sekapal.

Memang tak leh lawanlah, itu belum lagi sebut Sanisah Huri, Rafeah Buang...

Tak banding lagi dengan Saloma dan Sharifah Aini...


1 Mile Happy Walk




Semalam entah dari mana datangnya motivasi, saya bersenam!. Saya pasang 1 mile happy walk tapi saya bersenam 5 miles! Punyalah motivasi.

Saya rasa 1 Miles happy walk ni lebih kepada berlari setempat. Cuma gerakan dipelbagaikan. Bila sampai miles ke dua, saya sudah berpeluh. Tapi saya teruskan jua.

Sebenarnya tak ada alasan untuk kita tak bersenam kecuali alasan malas. Dan saya selaluny amalas.       he he .

Saya alih meja depan sopa di ruang tamu supaya lapang sedikit dan mula bersenam. Sambil dengar lagu-lagu dari CD fauziah latih, saya terloncat-lancat dengan pelbagai gaya ikut gerakan di kaca LCD. Kalau ketua jabatan tengok gelagat saya tentu saya pengsan. Malu.

Suara Fauziah latih halus. Ada bahagian-bahagian terutama pada lagu `dari kaki tangga ke menara' tak berapa solid sebutannya. Tapi boleh dengar sebab ada lagu yang sedap dan mendayu. Saya suka lagu rancak beliau.

Saya terus bersenam sampai pukul 1 pagi...


Thursday, October 27, 2016

Rock leleh...: Kecewa versi lelaki...






Jangan pernah bina kebahagian 
atas penderitaan orang lain. 

Sebab dendam yang hebat 
muncul dari kasih sayang yang sejati...


Saya berpendapat di dalam dunia ini, bilangan lagu-lagu sedih jauh lebih banyak berbanding lagu gembira. Ini mungkin kerana banyak orang sedih. banyak orang dikecewakan.

Lagipun lagu-lagu sedih yang diballadakan memang sedap didengar berbanding lagu rancak sebab penyanyi bersungguh-sungguh menyanyikannya...

Lagu ini (di atas- Mahligai dari airmataku) sangat leleh (sedih sayu). Semasa pertama kali mendengar lagu ini saya rasa macam mengarut atau sangat `kampung' sifatnya. Rasa lucu pun ada... Mengapa begitu sedih apabila orang sudah tidak suka kepada kita?

Tapi melalui ia memberi makna kepada saya...terima kasih awak.

Saya miliki dendam yang paling TERhebat! Awak tak kan bahagia...

Positif menjadi negatif...

Image result for bad romance

APABILA seseorang itu banyak kali mengalami kegagalan dalam bercinta, dia akan buat banyak kesimpulan (bagi pertanyaan-pertanyaan yang datang secara bertubi-tubi...biasa la kan pada tahan pertama ini. Serabut perut).

Antaranya dia akan pernah membuat kesimpulan bahawa yang sebenarnya dialah punca perpisahan. dialah yang bersalah, bukannya `kekasih'nya tersebut. Maksudnya mereka mereka yang datang singgah sekejap dan jumpa kekurangan dirinya dan mereka berlalu pergi...he he he.

Tetapi masa  akan menyebab beliau menjadi keras...sukar untuk disayangi... Dan beberapa pandangannya terhadap kasih sayang berubah...

Dari positif menjadi negatif...

Sekian.

Thursday, October 20, 2016

Kuliah malam, kisah cinta dan "Suatu hari nanti pasti ada orang yang nak kan aku..."




Kawan saya menyuruh saya menulis pasal cinta. Saya terdiam sejenak. Hendak menulis apa mengenai cinta...ya?

Kuliah malam agak penat (sebab di pagi dan petangnya juga berkuliah). Balik kuliah malam, semasa sedang memandu terdengar pula lagu Ogy Ahmad Daud di radio, `Kisah Cinta'. Sedap pulak layan lagu lama ni, teringat kisah-kisah masa zaman persekolahan menengah. Di Sekolah Menengah Tengku Mahmud.

Semasa di persekolahan menengah, saya tidak terkenal. Sebabnya saya bukannya yang terpandai, apatahlagi bukan yang terhandsum. He he he. Tetapi pada masa tersebut saya sebagai insan remaja yang lain ada menaruh hati kepada seseorang. Dan pada masa itu (sebenarnya hingga masa sekarang pun) saya jenis tidak akan luahkan apa-apa. Sehinggalah rasa itu musnah.

Lagipun ada kawan lain yang juga meminati dia. Kawan yang segalanya lebih dari saya...

"Suatu hari mesti ada orang yang nak kan aku..." Saya pahat dalam-dalam di ingatan, sambil mengepit buku kerja Fizik- SPM ke dalam makmal. Biar rasa itu musnah!

Semasa saya disapa mesra oleh pegawai keselamatan (dia angkat tangan), semasa saya membelok masa ke kawasan perumahan saya, hati saya MASIH berbisik...:

"Suatu hari nanti mesti ada orang yang akan sayangi aku betul2, kuat2..."

Tuesday, October 18, 2016

Memori sepi: Gambar Abang di kedai buah...




Memori sepi - Moses Vadham

Aku rela bersama sepi
Asalkan kau bahagia
Aku sudi bersama mimpi
Walau hati terluka...

Masih segar di hatiku
Janji-janjimu dulu
Baru kini ku sedari
Janji-janji berduri

Kenyataan memilukan
Namun apa dayaku
Kau tercipta bukan untukku
Ku lahir bukan untukmu

C/o
Selamat jalan selamat berpisah
Walau bukan itu yang ku pinta
Tiada salah di antara kita
Mungkin jodoh tiada
Disember kelabu kenanganku

Musim kini telah berganti
Aku masih sendiri
Disember ini terkenang lagi
Satu memori yang sepi

XXX

Adik, orang India nyanyi lagu Melayu sedap bunyinya. Abang suka Allycats, Cris Vadham dan juga Ben Nathan. Mungkin orang India ni mereka nafas mereka panjang dan bila tarik jadi lembut.

Abang dengar lagu ni sejak Abang di sekolah menengah. Abang layan jea sebab ia sedap didengar. walaupun masa itu tidak ada pun orang sayangi Abang...

Kini Abang mendengarnya dengan hati yang sedih...he he he.

Rindu Abang...kpd mak


Kalau ada sayap Abang terbang...



Image result for longing for mother quotes

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home