Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, April 10, 2014

DPL: Saya akan peluk dia erat-erat untuk beri ketabahan hidup.

Sekarang saya tidaklah pula berada pada kedudukan paling kuat untuk menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan. Sebagai insan biasa, cubaan pada masa hadapan tidak dapat saya ramalkan, jangkakan.  Saya cuma dapat berharap saya akan tabah dan selalu bertenang diri.
 
Dalam banyak keadaan tidak akan ada orang mampu menolong diri kita, kecuali diri kita. Percayalah. 
 
Saya percaya bukan saya sahaja yang rasa teraniaya. Anehnya saya menyedari orang lain ada yang tidak bahagia pada saat-saat saya hilang bahagia. Maksud saya pada satu tahap saya sudah agak ke arah stabil. Bukan masa saya meraung di tengah jalan, marahkan tuhan.
 
Bila diingat kembali kehidupan saya pada masa itu, ianya amat teruk. Sehinggakan emak saya terpaksa berulang alik ke Muadzam menjaga saya. Saya menyusahkan banyak orang lain yang sayangi saya... Saya sepatutnya berdepan dengan lebih matang. Kini saya malu pada diri.
 
Lagipun sayalah yang bersalah kerana perasan atas apa yang telah saya lalui iaitu kononnya tuhan telah berikan saya seorang manusia yang jujur, bla-bla -bala. He he he. Rupanya satu ujian lagi...
 
Jauh di sudut hati saya, saya tetap merasa sedih bila mengenangkan hari itu. Pada hari itu di tepi jalan saya basah kuyup meraung-raung macam orang hilang akal. Macam dalam drama-drama swasta. Pada masa tersebut saya memang sudah hilang akal... barangkali akibat kepayahan yang tidak tertanggung. Di dalam hujan itu, di tepi jalan saya rasa saya sahaja tinggal di planet bumi ini. Saya rasa amat hina. (walaupun sebenarnya orang yang menjahanamkan saya itulah yang hina).
 
Saya masih ingat lagi di dalam hujan lebat itu saya bersumpah sambil airmata saya menitis laju bersama pilu-pilu, bersama hujan. Saya bersumpah "Demi allah dan sekalian rasull, dia akan merindui saya sepanjang hayat!"
 
Selepas itu saya terus menangis-menangis sehingga badan saya ketar kesejukan...
 
Kalau saya boleh berada lagi di tempat tersebut (kalaulah ada `mesen masa', saya akan ke sana semula). Saya akan peluk saya (saya pada masa tersebut) kuat-kuat supaya saya (saya pada masa tersebut) tabah dan percaya masih ada orang sayangkan saya (saya pada masa tersebut).
 
Orang itu yang sangat sayangi saya (saya pada masa tersebut)...sayalah!
 
Taraaa.....
 
 

Wednesday, April 9, 2014

DPL: Musim bunga di Muadzam?

"Saya nak tiga ekor ayam kecil, kerat 16. Saya tak mahu kaki dan pedal..."  Saya memberitahu jurujual ayam tersebut. Saya tercegat di depan penjual ayam tersebut sambil tersenyum memaniskan muka.

Dengan senyuman yang manis saya juga buat-buat tanya berapa RM sekilo? Bukannya saya tidak mampu tetapi alangkah elok bertanya supaya ada komunikasi antara insan. Saya sulami pertanyaan dengan senyuman. Saya harap penjual ayam tersebut tidak salah sangka, saya mahu membeli ayam, bukan menjual diri.
 
Setelah membayar RM42, saya melenggang ke kedai di hadapan untuk membeli santan pula.
 
"Saya nak santan sekilo" Sekali lagi saya tersenyum. Bukannya kerana saya nak dia tambah santan melebihi sekilo (saya mampu) tetapi alangkah manisnya kalau semua tersenyum. Penjual tersebut tidak tersenyum. Pelik.
 
Tetapi tidaklah pula saya mengharap senyuman saya dibalas...
 
Saya sudah beri beras RM30, dan juga rempah ratus dan barang mentah yang lain sebanyak RM50. Barang mentah tersebut juga meliputi bahan membuat agar-agar santan bermilo.
 
Saya memang mahu membuat sedikit jamuan kerana meraikan kenaikan gred saya. Sebenarnya saya malu kerana setelah sekian lama, barulah saya naik gred. Semuannya salah saya. Saya tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan. Mungkin saya tidak mempunyai rancangan kerjaya yang mantap dan mengejar pangkat dan segalanya.
 
Mungkin saya rasa saya sudah selesa, mungkin saya sudah patah hati dan tidak bermotivasi dan mungkin juga ada keperluan lain yang saya terlebih dahulu harus penuhi sebagai manusia bernama anak, abang dan pak saudara.

Saya harus menunaikan janji saya pada diri saya. Majlis yang kecil ini juga dikongsi oleh dua orang rakan yang lain.

Saya rasa lega majlis ringkas ini selesai dengan baik. Majlis saya sangat ringkas, tiada ucapan atau doa yang syahdu. Jemputan tidak ada kerja silalah ke pantry untuk menjamu selera.

Selepas sembahyang jumaat saya sendirian menyiapkan barang-barang untuk di angkat ke kereta. Saya pakir kereta di belakang bangunan. Saya melihat banyak bunga berterbangan seperti dalam filem korea.  Dalam kesendirian tersebut saya terasa sayu...






Semua gambar bunga adalah milik Puan Maimon


Sukar untuk saya terangkan di sini. Maka saya rasa tidak perlulah diterangkan. Saya tidak mahu memaksa diri.

Adakalanya saya tidak faham, nampaknya hanya tuhan yang tahu... Dan saya tidak perlu menangis...memang musim cinta itu telah berlalu. yang ada hanyalah kenangan.

Semoga yang manis-manis sahaja terpahat...

DPL: Saat hilang bahagia saya mula menganalisa...

Sangat lewat petang barulah pamiran `Jom Masuk U' selesai. Setelah memunggah alatan pamiran ke kenderaan, selepas bersalaman dan masing-masing mengucapkan terima kasih, saya ke tempat pakir. Dari jauh saya lihat Myvi kesayangan saya tersergam indah di kalangan kereta-kereta import lain. He.
 
Bila saya nak beli kereta baru?
 
Saya bawa kereta perlahan-lahan, saya tidak biasa dengan jalan-jalan di kawasan ini. Beberapa minit kemudian saya sudah meninggalkan Bandar Kuala Terengganu.
 
Perjalanan ini jauh... maka dalam perjalanan saya tidak dapat lari dari berfikir dan mengimbau perjalanan hidup saya yang saya katogerikan sebagai `tidak tentu arah', he he he.
 
Sampai satu tahap dalam hidup, saya sudah hilang rasa bahagia. Bila sudah hilang rasa bahagia, hilanglah semangat untuk hidup. Dan bila sudah hilang semangat untuk hidup tentulah tidak mudah bagi saya untuk merasa bahagia.
 
Namun saya sangat degil, saya tidak mudah menyerah kalah. Saya tetap juga berusaha untuk mewujudkan situasi yang membuat saya seronok. Walaupun tidak  100% berjaya saya terus mencuba. Tidak boleh saya berpendapat pintu kebahagian tertutup rapat. Kenalah berusaha walaupun hasilnya belum tentu lagi. Buat masa ini perbuatan berusaha adalah suatu perbuatan yang terbaik supaya tidak terus dirundung kemurungan. Orang lain juga sepatutnya begitu.
 
Kemurungan akan membahayakan bukan sahaja jiwa saya tetapi juga periuk nasi saya. Adalah tidak cerdik bagi orang cerdik seperti saya ini untuk berterusan mengikut perasaan dengan terus mendakap duka dan dendam. Duka dan dendam itu sepatutnya dipandu ke arah yang lebih positif.
 
Ya, dalam kemurungan ada juga positifnya. Semua perkara ada positifnya. Ada syaitan adalah syurga, ada kekecewaan adalah kekuatan dan kematangan hidup. Wah optimisnya saya kali ini. Saya beri kepada saya lima bintang. 
 
Dalam kemurungan saya lebih banyak berfikir dan memerhati. Menganalisa apa yang sedang berlaku di sekeliling saya. Termasuk perkara-perkara yang sebelumnya saya tidak nampak.

Hilang bahagia ada juga positifnya. Lorong hidup saya menjadi perlahan maka saya ada banyak masa memerhati...

 

Tuesday, April 8, 2014

DPL: Bahagian pemasaran di UMT

 
Pengalaman ber`marketing' di Universiti Malaysia Terengganu sangat menyeronokan. Walaupun sangat meletihkan dan berpeluh-peluh (kerana penyaman udara langsung tidak berkesan), saya tetap gembira. Dalam berpeluh luar dalam, saya tetap tersenyum.
 
Pelik kan? Seronok tapi letih. Banyak juga aktiviti lain yang seronok walaupun letih. Tanyalah ahli sukan atau kalau mahu lebih faham tanyalah mereka yang sudah kahwin yang suka bersetubuh.
 
Ini bukan khemah sarkes tetapi ada gerai-gerai pamiran di dalamnya

 
 
Kelihatan Encik Rosli agak sibuk ke hulu ke hilir
 
 
Ketua saya bernama En Rosli. Seorang pegawai pemasaran yang sangat rajin bekerja. Rajinnya beliau sehingga saya hanya berhenti untuk makan minum sahaja. Saya tidak sempat rehat. Dari mana datangnya tenaga beliau untuk bekerja saya tidak tahu, memang En Rosli komited dalam bekerja. Saya beri 5 bintang.
 
 
Din dan Ayie...
 
Saya juga dibantu oleh Din dan Ayie. Din juga adalah seorang pensyarah. Beliau masih muda dan masih handsum dan masih pemalu. Namun sekarang saya rasa dia sudah berisi sikit berbanding dulu, namun walaupun sedikit berisi dia tetap handsum macam saya zaman muda-muda dulu. (Lihat gambar masa saya muda di posting lain untuk mengesahkannya. Jika perlu).
 
Seorang lagi adalah Ayie. Saya terkejut sebab beliau tidak mengenali saya yang agak popular (kira perasanlah ni kot). Mungkin zaman kegemilangan saya sudah tidak ada langsung. Budak-budak baru memang langsung tidak mengenali saya. Tapi tak apalah...
 
Rupanya Ayie pekerja baru. Ayie juga bekerja dengan rajin sekali. Rambut cacaknya disikap rapi, sekali pandang seperti pelajar yang mahu minta borang permohonan. Mungkin diasuh oleh En Rosli supaya sentiasa kemas dan bekerja dengan serius.

Saya ada juga cuba buat lawak di gerai tersebut tetapi saya dapati lawak saya tidak berapa mendapat sambutan sebab En Rosli, Din dan Ayie serius bekerja. Jadi saya simpan lawak saya untuk masa hadapan.
 
Saya tanya adakah pelajar ini bersekolah agama, mereka kata tidak.
  
Walau bagaimanapun saya sempat juga singgah di gerai-gerai pameran lain kerana saya ada juga `curi tulang'. Saya singgah di gerai UNISZA, tengok-tengok kalau ada kerja kosong, he he he. Itu perangai saya.mungkingkah saya mahu balik negeri? Tetapi saya suka bekerja di Pahang.
 
Bagus juga peluang untuk bekerja luar dari kampus, melibatkan diri dengan bahagian pemasaran. Boleh dekat dengan masyarakat. Saya melihat peluang ini dengan positif. Malah saya selalu bertanya kepada En Rosli kalau saya boleh ber`marketing' lagi. Lain kali.
 
 
Eh, ni result UPSR! Aku salah bawa...
 
 
Entah mengapa ber`makerting' kali ini paling menyeronokan. Mungkin saya positifkan minda saya.
 
Ber`marketing' memanglah bukan suatu kerja hakiki seorang pensyarah namun banyak kebaikan yang dapat timbul darinya. Pensyarah boleh jawab beberapa perkara yang mungkin bahagian marketing agak keliru. Contohnya system penilaian pelajar.

Kerja ini menemukan kita dengan muka-muka baru yang `fresh'. Bukan muka-muka kawan sekerja kita yang agak sudah lama kita tatap semenjak kita berjaya dalam temuduga dulu. Dan muka kawan-kawan kita tersebut pula tidaklah semakin elok, melainkan menua.

Jan: Ramainya orang nak belajar, baguslah.
 
 

Friday, April 4, 2014

DPL: Larakah aku...? Yes!

"Cinta bersifat eksklusif. Hanya dirasai dgn org tertentu,pd saat tertentu, dan keadaan trtentu. Cinta boleh mekar dan layu. Cinta datang tanpa isyarat. Dan boleh pergi tanpa sebab..."
 


SEKARANG saya galak mencari kata-kata hikmat atau hikmah untuk memperkukuhkan diri saya di persada dunia nyata. Saya mahu memotivasikan diri, sudah lama saya terlalu lara. Salah satu dari kata hikmah adalah kata-kata hikmah di atas diberikan oleh pembaca setia blog saya, Vivacious O'light yang saya kira amat baik dari segi bentuk dan mutu, serta mesejnya.
 
dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari dari pada cinta. Saya tersengeh apabila mengingati saat ketika dia `mabuk'kan saya. saya akan cuba ingat antara yang termanis sahaja. saya akan cuba.

Saya harus syukur walaupun sekejap ia dating dan pergi meninggalkan luka yang dalam. Saya tetap pernah merasainya.

Kata O'light, cinta bersifat eksklusif sebab bukan semua memilikinya. Saya rasa ramai juga yang tidak memiliki tetapi sekadar perasan lebih dan letak dalam FB. Kononnnya cinta. Huh!.
 
Kata orang lama cinta bukannya barang buat berniaga, bukan untuk dijualbeli. Ada orang yang terlebih lama kata cinta bukan boleh ditukar ganti. Dan dalam lirik lagu 1000 Mawar nyanyian Kak Pah ada dinyatakan dengan tegas cinta bukannya harta, cinta adalah jiwa. Fullamak terangkat.
 
Cinta tidak berjadual apatah lagi berkuliah, dan cinta memerlukan keadaan tertentu untuk dirasai kehadirannya. Kata O'light juga cinta boleh mekar dan layu... bak bunga...Haaa pulak.
 
Tetapi baris akhir yang membuatkan saya rasa nak terjun dari bangunan akademik ini (acah aje, he heh ) ialah `Cinta datang tanpa sarat dan boleh pergi tanpa sebab'...Haaa...!
 
Ya, saya seorang pelara yang sensitive. Tiada salah untuk lara apabila kita patah hati dan kecewa. Bila kita patah hati dan kecewa kita tak makan biskut, main yoyo atau menari tango. Kita biasanya bersedih atau mengesat air mata dengan lengan baju.Yang salahnya?
 
Yang salahnya kita tidak `bangkit-bangkit' atau meratap hiba dalam jumlah waktu yang lama. Menyalah diri kononnya tak handsum, tak kaya, berkereta Myvi je dan sebagainya.

Dan untuk berubah kita haruslah terima kenyataan. Dan untuk menerima kenyataan adalah amat sukar, lebih payah. Hai ini  orang seluruh dunia tahu.
 
Tetapi kita mesti bangun!
 
Jan: Bangun sekerat, he he he...
 
 

Thursday, April 3, 2014

DPL: Tenunan sebuah hati...

" Nanti saya wasapkan ke encik" Jawab juru jual tersebut selamba.
 
Saya terkedu seketika, saya terus berpaling dan saya dapati timbalan dekan berada agak jauh dari saya. Nasib baik. Berdekatan dengan saya ada pensyarah lain. Malunya saya, mungkin agak pelik walaupun saya agak handsum tetapi tak ada handpon yang boleh berwasap.
 
Sebenarnya kejadian ini berlaku ketika saya bersama timbalan dekan dan pensyarah-pensyarah lain singgah di pusat tenunan di raja Pahang. Kami mahu membeli cenderahati untuk Tan Sri sempena majlis `luncheon talk III' di Kuantan.
 
Saya pula setelah berlegar-legar, berkenan dengan beberapa tenunan tetapi saya mahu kain tersebut ditenun berlainan sikit menikut kehendak hati saya. Saya mahu yang unik. Koleksi peribadi tenunan hati.
 
Selepas terkedu saya kelam kabut, dalam kelam kabut saya beritahu gadis penjual tersebut bahawasanya bulan depan kononnya saya akan beli handpun mahal dan bolehlah berwasap. (Bila dalam perjalanan pulang baru saya tahu yang saya sebenarnya tidak perlu terangkan apa-apa kepada jurujual itu. Mungkin gen ni saya dapat dari emak saya.)
 
Saya tidak sedar semua orang di sekeliling saya semakin ada wasap. pernah saya berasa/merasa hairan mengapa anak saudara saya kata dia terpaksa beli kad prepaid bila nak bersms dengan saya.
 
Nampaknya saya kena beli handpon baru yang boleh wasap, saya mesti ikut teknologi. Namun saya akan cari yang murah jea..he heh.
 
Ini gambar-gambar semasa di Galeri Tenunan Di Raja Pahang, Kuantan tempohari. Cantik kainnya.
 
Patung pun pandai menutup aurat...he he he







Kain yang depan tu RM1400!







Cantik dipakai dengan baju Melayu hitam




 
Jan: Kita kena tenun hati kita biar kejap, kukuh dan berwarna warni...haaa.
 
 

DPL: April bulan Cinta saya

Hari ini 1 hb April, saya daripada 7 pagi sampai pukul 7 petang berligar di Bangunan Wisma TNB, Kuantan. Saya bertugas di sana sempena persiapan program Luncheon Talk. Minggu lepas saya di UMT dua hari...
 
 
Tidak ada lagi orang yang datang, maka saya duduk minim di kantin, saya bermonolog. Bulan April adalah bulan CINTA saya. Bulan inilah saya dilahirkan, dan merana... He he he. Acah aje, semua orang pernah patah hati, maka tidaklah saya terlalu istimewa dalam bab ini.
 
Dunia semakin kejam, siapa yang tidak merana...he he he?
 
Dan bulan ini juga lahir insan yang paling saya sayangi. Saya tidak pandai menulisnya di sini, hanya saya yang tahu. Namun ia bukanlahlah kasih sayang dan cinta yang menjuruskan kepada seks, harta, pangkat dan sewaktu dengannya.
 
Saya mahu hidup saya di kelilingi dengan cinta. Depan belakang kiri dan kanan. Dan saya tahu  cinta-cinta itu bukanlah akan datang bergolek atau melayang. Saya mesti mencipta CINTA-CINTA itu agar mereka selalu berligar di sekeliling saya.
 
Saya dah mula letih mengeluh dan mencari cinta-cinta itu...
 
Jan: pernah tergolek kerana cinta...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home