Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, February 14, 2014

Dendam saya dan drama Korea

Minggu lepas mak saya dan kawannya (jiran kami di kampong) ada bertandang ke rumah saya. Duduk bermalam dua tiga hari. Berat saya naik 2 kilo.
 
Wah, mereka sungguh suka menonton drama Korea. Pagi petang, siang malam. Saya hanya menemani mak pada malam hari menonton bersama drama Korea (sebab saya tidak dapat tengok HBO). Mak saya pasang drama Korea tajuk `Your Lady'.
 
Kesimpulan dari melihat beberapa episode drama Korea: Saya dapati di mana-mana atas muka bumi ini ramai juga yang menderita kerana cinta dan kasih sayang. Baguslah, tidaklah saya terkontang kanting sorang diri di bumi ini, he he he.
 
Saya tidak faham jalur ceritanya sebab episode yang saya tengok tersebut  sudah yang ke seratus lebih! Mesti banyak konflik sebelumnya...
 
Namun saya tertarik dengan satu watak perempuan cantik yang jahat dan kejam. Saya tertanya-tanya mengapa dia begitu kejam. Apakah yang terjadi dalam hidupnya sebelum itu? Mengapa begitu kejam? Dia cantik dan berada.
 
Lantas saya teringat akan diri saya, setiap kali saya melihat matahari terbit saya akan bersumpah. Saya bersumpah demi allah dan sekalian rasul, dia akan merindui saya sepanjang hayat, dan saya akan tetap membalas dendam.! saya akan tetap membalas dendam!

Saya tidak akan biarkan hati saya itu hancur begitu sahaja...

Thursday, February 13, 2014

Kes pukul isteri/anak, kambing dan FB

KEBELAKANGAN ini kita sering dihidangkan dengan isu memukul isteri atau anak-anak. Saya percaya yang terdedah di dada-dada akhbar itu adalah kes terpencil. Banyak lagi kes yang tersembunyi dan tidak mendapat perhatian (mungkin kerana tidak berlaku di luar negeri, mungkin berlaku kat belakang rumah kita jeaa...).

Inya tersembunyi kerana antara sebabnya ia adalah kisah dalam kelambu. Kisah kononnya peribadi.

 "Saya tidak suka orang lain ajar saya bagaimana nak didik anak saya. Anak saya, saya tahulah. Itu cara saya, saya rasa memang kena makan penampar baru sedar".

Wah sombongnya kita yea. Tahniah!, kita beri 5 bintang bongok untuk kita.

Haaa...

Namun kita harus ingin kisah-kisah sebeginilah yang melahirkan masyarakat yang berada di sekeliling kita. Memanglah kisah peribadi tetapi ia bukanlah hal peribadi jika ia dibincangkan diperingkat nasional dan melibatkan hal kemanusiaan. Pukul-memukul ini nampaknya semakin jadi cara hidup masyarakat kita. Bukan setakat pukul di rumah tetapi tidak sabar-sabar memukul isteri dalam lif, ada yang membunuh anak-anaknya dengan niat. 

Adakah tindakan memukul itu sebagai suatu tindakan mengajar? Semasa memukul, adakah niat mahu mengajar atau kerana emosi. Maaf cakaplah...ada kemungkinan besar kerana emosi. Alaaa cuba lihat diri kita, semasa kita marah anak-anak kita, tentu beremosi. Itu bukan memukul lagi tu, haaa...

Memukul pun kena ada caranya. Pukul dengan lembut dan kasih sayang atas niat mengajar. Pelik bunyinya kan? Tapi tulah, manusia ni pelik, kambing taklah pelik sangat. Selamat datang ke planet bumi. 

Memanglah mendidik anak bukannya mudah. Kalau setakat beri makan, kambing pun boleh buat. Tetapi kita bukang kambing, kita ada FB, he he he

Kita yang tak bertamadun ini (tetapi mengaku bertamadun, ada FB lagi) terus pukul dengan perasaan sakit hati. Anak-anak jadi mangsa. Tidak cukup hangar kita guna kayu. Sampai anak-anak hidup dalam ketakutan... terpaksa kerajaan campurtangan.

Jan: Tiada perkara yang tidak perlu kita tak pelajari. Semua perkara perlu dipelajari...walaupun cara nak pukul... Haaaa....




Saturday, February 8, 2014

Kisah hantu kawan saya dan hantu saya...

Sukar untuk saya percaya bahawa hantu itu wujud. Saya dididik oleh ayah supaya tidak mempercayai kewujudan hantu. Dan saya selalu sinis apabila kawan-kawan saya di sekolah apabila mereka bercerita mengenai hantu.

"Kau tengok sendiri dengan mata kau ke?" Saya selalu bertanya. Dan sudah tentulah kawan-kawan saya hanya bercerita. Mereka yang bercerita tersebut tidak pernah pun berjumpa dengan hantu. Tentulah kewujudan hantu itu diragui sama seperti sesetengah orang meragui kewujudan tuhan.

Apa yang pasti rasa takut tetap wujud dalam diri saya. Saya pernah merasa takut dan ternampak sesuatu seolah lembaga. Saya memberitahu ayah saya akan hal ini. Ayah saya memberitahu otak saya yang menipudaya mata saya. Maka saya boleh lihat apa sahaja yang otak dan perasaan saya mahu. Emmm...

Mungkin sudah takdir saya banyak habiskan masa saya di muka bumi ini secara bersendirian. Maka kekosongan itu mungkin memberi ruang kepada hantu-hantu mendekati hidup saya. Namun setakat ini tiada apa-apa yang berlaku walaupun saya pernah diberitahu saya menyewa rumah berhantu. 

Dan apabila saya bertemu dengan kawan saya yang benar-benar terlibat dengan kejadian hantu, saya jadi ragu-ragu. Adakah hantu itu wujud...

"Sumpah demi allah, aku nampak di hujung kaki aku. Hantu wanita itu menarik-narik kaki aku. sebab itulah aku pindah" Kata kawan saya.

"Muka perempuan itu buruk, rambut panjang dan berbaju lusuh berwarna putih" Terang kawan saya lagi kepada saya bersungguh-sungguh semasa kami makan roti canai pisang.

"Stangderdlah tu, tak kan hantu perempun tu berambut pendek ala kumpulan Femining atau blonde. Takkanlah hantu nak pakai baju bunga-bunga atau skit atas paha...he he" Saya cuba buat bergurau... Namun saya lihat dia serius giler bak bimbang bini baca sms cinta sulit dalam telefon bimbit.

Sambil bersungguh-sungguh menghabiskan roti canai pisang itu, saya terus berfikir. Betul ke kepala otak kawan aku ni. Namun kawan saya ini jenis budiman. Lagipun, buat apa dia nak tipu saya?

Jan: teringat ke` hantu' saya, memang dia `hantu' betul!

Friday, February 7, 2014

Saya taklah hebat mana...pun

Semenjak semalam saya ditahniahi kawan-kawan kerana akhirnya saya berjaya dalam permohonan kenaikan gred gaji. Maka semalam saya rasa gembira sangat ketika memandu. Saya terus pasang lagu Kak Pah yang bertajuk `Tiba-tiba rindu'. 

Selepas membaca email tahniah dari dekan, terus saya meraikannya dengan makanan. Ya lah apa lagi yang dapat saya buat? Saya tiada kekasih.

Dalam bidang kerja saya untuk mendapat kenaikan gred kita kena mohon dan harus memenuhi beberapa syarat. Kalau kita berjaya penuhi syarat barulah kita akan mendapat kenaikan gred, kalau tak 10 tahunlah tak naik gred... Sebenarnya ini kali kedua saya pohon. Kali pertama dulu saya gagal dengan cemerlang dalam permohonan kenaikan gread sebab tidak cukup `raga'. Saya kurang dalam `produce paper' (bukan paper A4, tapi kajian penulisan ilmiah). Dan saya juga tidak cukup keahlian profesional dalam persatuan atau organisasi.

Saya memang tidak banyak membuat kajian dan penulisan, saya hanya gemar menulis blog sebab ianya lebih mudah dan menarik. Saya juga tidak banyak menjadi ahli mana-mana persatuan sebab saya jenis suka bersendirian, lagipun persatuan tersebut terlalu akademik. Saya cuma ada keahlian sebagai ahli Kelab Gila-gila (majalah gila-gila). Itu tidak dikira...

Dan selepas itu saya ada buat beberapa penambahan dalam penulisan ilmiah dan juga menjadi ahli dalam badan-badan profesional (termasuk yang antarabangsa). Hidup kenalah berubah walaupun sedikit sedaya kita. Dan saya permohonan kali ke dua inilah barulah berjaya.

Saya sangat rendah diri sebab kawan-kawan saya hebat belaka. Sebagai pensyarah, saya tidaklah hebat mana. Saya ada beritahu rakan pensyarah saya yang banyak produce paper dan bentang sana-sini. Namun kata beliau: " Man `hebat' tu adalah subjektif...".

jan: Saya terus tersenyum dan pulihkan harga diri...saya pandang dunia yang luas.



Wednesday, February 5, 2014

Saya sesumpah?

Seorang kawan rapat memberitahu saya seumpama sesumpah. Saya terus laju mengakuinya kerana ianya benar. Walaupun begitu saya menambah bahawa saya seekor sesumpah yang unik dan istimewa.



Secara purata, saya mempunyai lebih ramai kawan yang berpelajaran tinggi dan serius (dan dalam masa yang sama kadang-kadang membosankan). Mungkin keadaan dan tuntutan kerja saya begitu. Namun kawan-kawan di luar waktu kerja dan tiada kaitan dengan kerja saya amat mengujakan dan menarik. Mencabar.

Bila bersama kawan sekerja saya bertukar watak menjadi lebih serius, berpakaian skima, dan adakalanya merapikan rambut. Saya buat-buat (berpura) faham semua teori akademik yang kadang-kadang saya rasa mengarut sangat.

Namun dengan kawan-kawan saya di luar kerja saya lebih tidak terkawal. Saya lebih bebas. Seronok juga berkawan dengan orang yang tidak berpelajaran tinggi sebab hidup mereka kadang-kadang lebih `direct', ikhlas dan simple jea. Tiada persaingan... tiada KPI, he he he.

Salah seorang kawan baik saya hanya belajar di tingkatan 5 sahaja. Itu pun lingkup dalam SPMnya. Namun bila berada dengannya saya rasa dunia ini sangat simple. Mudah sangat.

Jan: terasa nak jadi burung...nak terbang jauh.

Sunday, February 2, 2014

Sejarah penindasan umat islam di Myanmar

SUDAH beberapa hari berita mengenai nasib anak-anak pasangan dan pasangan Malaysia di Swedeng menjadi hangat dan digembar gemburkan di media massa. Berita tersebut berjaya menyejukan dan mengatasi berita mengenai penindasan yang galak terjadi kepada umat islam di Myanmar (Burma) ketika ini. (yang kata setengah daripada kawan-kawan saya ianya sepatutnya memberi lebih banyak iktibar berbanding berita-berita lain...)

Adakah hidup kita benar-benar bebas? Kita tolak ke tepi mengenai agama (atau imej agama) atau bangsa, jantina, kaum, kecenderungan seks dan segala maknikanya. Kita terus melihat dari segi kemanusiaan di mana manusia seharusnya bebas untuk melakukan apa sahaja, memilih apa sahaja selagi tidak memburukan orang lain dan norma-norma nilai setempat yang diamalkan. Hidup seharusnya bebas. 

Namun ada pihak yang tidak dapat lari dari sentimen agama. Maka sebab itulah umat islam di Myanmar sentiasa ditindas.

Myanmar yang mempunyai penduduk lebih besar daripada kita iaitu 48 juta orang yang juga terdiri daripada 15%nya adalah beragama islam. Seperti sejarah kedatangan islam kita, agama islam di bawa ke sana juga oleh pedagang-pedagang Arab. 



Kaum muslim Myanmar ini terdiri daripada kaum Rohingya bertempat duduk di wilayah Arakan. Dan kita juga tahu wilayah ini berpotensi besar dari segi ekonomi kerana terdapatnya minyak, gas dan serba hasil bumi lain.

Mengikut sejarah dunia negara Arakan ini telah pun sedia wujud pada tahun 1430. Maknanya ia sudah wujud selama ratusan tahun dahulu sehinggalah pada tahun 1743 golongan agama Budhha menakluki seluruh Burma. Dan dari sinilah bermula cerita mengenai penindasan dan kekejaman umat islam Arakan.

Sampai sekarang keadaan penindasan tersebut berterusan (penindasan ke atas kaum islam Rohinya). Merujuk kepada beberapa faktor, mungkin payah untuk mereka selamat dan menjadi maju semula kerana ketika selamat dan maju dahulu, mereka mungkin terlupa beberapa perkara. Sebuah kerajaan yang besar dan berjaya boleh berakhir dengan menjadi kuasa kecil dan sengsara. Samalah mungkin dengan keadaan kita kini yang sedang berada dalam kemajuan dan keselesaan....yang membuat kita alpa. 

Saya berpendapat masyarakat kita mungkin adalah antara masyarakat dunia yang paling rapuh dan nipis. Kemajuan membuatkan kita banyak merungut dan membebel. Kita jenis masyarakat yang melahirkan anak yang merungut apabila makanan tak sedap.... Isteri meradang bila suami tak berikan hadiah, atau suami rasa rendah diri sebab sahabat baiknya kawin lagi satu. masyarakat kita menjadi semakin pelik krisis batinnya.

Kita spesis masyarakat yang rasa seolah hendak kiamat apabila harga barang naik (tetapi tidak melakukan satu pun tindakan berjimat). Kita tidak pernah terfikir apalagi rasa bersyukur...kerana orang lain bukannya menghadapi masalah harga barang naik tetapi menghadapi masalah ketiadaan barang!.

Sejarah sepatutnya menjadikan kita lebih dewasa tetapi kita mungkin memang jenis tak makan diajar. Semoga kita semakin celek mata dan lebarkan telinga mengambil ikhtibar mengenai isu Rohingya

Jan: Semoga kita tidak terus buta dan tuli...Amin.

Saturday, February 1, 2014

Rina Rahman-Ku Ingin Bahagia, Jan - aku pun...





Semalam saya masih terima sms daripadanya. Saya rasa sudah seminggu dia sms saya pada setiap hari. Dan semalam saya hampir jatuh katil apabila tergelak sorang diri atas tilam kerana antara smsnya dia bertanya saya sudah makan ke belum?
 
Macam penyanyi Malaysia jea..."Apa khabar semua? Dah makan ke belum?". Begitulah sebelum memulakan persembahan pentas...
 
Dan sebenarnya hanya mak saya dan ayah yang bertanya begitu...Saya bukan perasan tetapi saya rasa dia suka kat saya. Dan tentulah dia suka kat saya kerana saya seorang pensyarah yang kebetulan agak berupa. Kalau saya bukan pensyarah dan kehilangan rupa tentu dia tidak mesms saya hampir setiap hari.
 
Sampai satu tahap saya rasa bersalah pula, namun saya rasa tidaklah sesalah mana kerana saya tidak menaruhkan harapan saya pada dia dan saya tidak terniat nak biar dia jatuh hati pada saya. Kalau dia jatuh hati saya tak terkejut.
 
Saya tahu mustahil saya akan jatuh hati sebab sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh jatuh atau dihancurkan...(sila baca dengan perasaan trgis)
 
Tetapi saya layan juga smsnya pada larut-larut malam sebab kekadang saya sunyi, gatal dan mengada...
 
Jan: saya harap pembaca blog saya faham...
 
 
 
 
 
 

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home