Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, February 21, 2011

Datuk Sharifah Aini dan uji bakat Mentor






Saya sudah menjangkakan tidak ramai peserta yang hadir untuk menjalani uji bakat. Mereka tidak memilih Datuk Sharifah Aini kerana banyak sebab.
Kebanyakan mereka yang hadir adalah peserta yang benar-benar berbakat dan benar-benar mahu menyanyi. Suasana itu cukup berbeza berbanding sesi uji bakat bersama mentor lain, apabila kebanyakan peserta yang datang lebih kepada sekadar suka-suka.
Antara sebabnya mungkin peserta takut menyertai sesi uji bakat seterusnya menjadi protege di bawah First Lady of Malaysian Music ini. Maknanya jika hanya mahu mengejar glamour dan kerlipang lensa kamera iannya tidak berbaloi.
Saya berpendapat amat sukar untuk melahirkan seorang penyanyi yang bagus, ada identiti dan wawasan. Lebih sukar lagi untuk bertahan lama serta mempunyai ramai peminat. Untuk popular sekejap dan glamour memang ramai.
Tidak salah untuk bercita-cita menjadi seorang penyanyi terkenal. Tidak salah juga untuk memasuki uji bakat kerana bakat juga akan berlapuk jika tidak dapat dikesan atau di ketengahkan. Itulah kata-kata Sudirman yang berasal daripada Bintang RTM. Yang salahnya tidak bersungguh-sungguh dalam mengejar impian.
Jan: Tergelak tengok seorang peserta nyanyi lagu Kak Pah yang bertajuk `Maafkanlah'.

Suatu petang bersama adik perempuan...




" Ina, rambut abang ni napok konservetif ke? " Saya tanya adik saya semasa saya sedang memandu. Saya memang sikat betul-betul rambut saya, saya bubuh minyak rambut. Nampak lepeh...macam skima sangat

" Ok dah tu... kita ni dah tua, tok kan nak buat fesen macam landak, kita bukan muda lagi...Dulu lain." Adik saya jawap selamba...

Saya teringat dulu masa remaja kami kerap kunjungi saloon...

Jan: krisis pertengahan usia? Part 3?

Thursday, February 17, 2011

Orang tua...



Semalam saya `terjumpa' dengan bekas pelajar saya, sekarang dia sudah di semester akhir. Dia kelihatan sangat berbeza dengan semasa saya mengajarnya dahulu. Bukan lagi kurus keding dan lusuh. Mungkin dia sudah pandai bergaya. Atau...saya yang rabun?
Semalam saya tidur pukul 3 pagi. Saya ralit menatap gambar saya masa muda. Boleh tahan juga... he he he saya perasan. Saya bergeliat kiri kanan di atas katil bersaiz queeng tersebut. Saya tatap muka saya lama-lama di gambar-gambar tersebut...dan ada cermin muka di sebelah saya. Saya cuba bandingkan (eh penyakit baru ke ni?, orang malam-malam sembahyang taubat ke, tahjuk ke, ni menatap muka kat album! Huh! Apa nak jadi...).
Saya masih mudah kah? Atau saya tua? atau saya semakin tua? Mana ada orang semakin muda kan? Saya berdialog sendirian.
Rata-rata orang tua memiliki rupa bentuk fizikal yang berbeza daripada orang muda. Saya lihat mereka kelihatan kurus, memiliki kulit yang berkedut seribu, berambut putih atau perak. Mereka bongkok sedikit... Emmm mereka tidak menarik walaupun berduit.
Masa kita handsum duit tak ada, bila handsum kita dimamah waktu duit ada, pelik hidup ini...
Dahulu cikgu biologi tingkatan 5 saya beritahu orang tua badannya kurang menghasilkan sel-sel baru. Kalau dihasilkan pun berkualiti giffen (rendah).
Kalau saya tua apa yang tinggal yea?
Jan: sekeping hati yang suci baik dan mulia dan kedut seribu itu adalah seribu mawar! (sekadar menyedapkan hati le tu...)

Wednesday, February 16, 2011

Keli dua selubang...


Saya merasakan saya mungkin menghadapi krisis pertengahan usia. Emosi saya kadang-kadang tidak stabil dan akhir-akhir ini saya terlalu banyak berfikiran negatif.
Saya semakin kerap membandingkan kejayaan diri saya dengan kawan-kawan sekeliling... mereka jauh lebih hebat dan mencapai sesuatu dalam hidup...
Ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya... kadang-kadang saya rasakan kehidupan saya akan berakhir dengan menyedihkan dan tiada sebarang pencapaian besar yang saya raih sepanjang perjalanan ini...
Saya tahu...saya tidak patut menulis sebegini tragis...

LOST...

Saya cuba untuk menulis...

Monday, February 14, 2011

Bini Sawyer dan sebuah cinta!

Sawyer...



Setiap manusia yang bernyawa mahu mengenal dan merasa cinta. Dan rasa cinta itu tidak mengenal sesiapa dan apa-apa kerana ia merupakan perasaan abstrak yang lahir daripada jiwa. Bila kita lihat satu pasangan bagai pinang tersalah belah atau digelek steamroll, kita kena faham...yang...
yang kalau kita cinta kerana harta, harta mungkin akan susut, kalau kita cinta kerana kemantapan, ia akan kecut berut, kalau kita cinta kerana perangai elok, esok lusa dia mungkin bertukar jadi puaka...
Dan cinta Sawyer kepada Kumala adalah kerana cinta. Saya selalu beranggapan kalau kita handsum, kaya dan terkenal senang nak dapat perempuan yang macam patung Barbie. Ada paha dan betis macam pen kilometrikol tak pun paha macam liquekpaper.

Nak berjalan pun paparanzie sibuk pukul gambar. Eh bini Sawyer pakai aprong?

Bawak anak ke sana ke mari, bapa yang baik katakan...


Kumala ni orang Indonesia, kain batik Jawa tak tinggal...



Wartawan kata sawyer panggil bini dia `the love of my life". Di dalam internate ada tertulis ramai gadis jelita yang menangis bagai nak rak bila Sawyer kahwin dan berguni Kamala kena kutuk sebab muka tak cantik tapi kahwin dengan Sawyer... Kesian jugak Kumala tetapi dah rezeki dia kan? Mungkin Sawyer sahaja dapat melihat kelebihan Kumala.


Pernah saya terfikir pasal bini kawan saya (pulak dah). Maksud saya macam mana kawan saya boleh tahan dengan bininya yang pada pandangan saya bukan sahaja tidak menarik dan kasar, tetapi juga memboringkan. Saya ada tanya kawan saya, dia jawab "Entahlah Man, aku pun tak tahu..."


Jan: Saya rasa saya tahu jawapannya... Cinta!

Saya sakit hati!!!

Sudah lama saya tidak berblog. Saya tidak mahu jadikan `sibuk' sebagai alasan untuk tidak menulis (walaupun saya memang agak sibuk di Cyberjaya Selangor).

Saya ada juga menulis setiap hari, kata Alam menulis tersebut adalah jiwa saya. Cuma penulisan saya semakin berbentuk peribadi dan biarlah layaknya dipostingkan ke sudut dasar hati saya sahaja... Bukan semuanya perkara mesti dipublik kan?

Dalam beberapa minggu ini saya dan Safarina sibuk terkurung dalam studio milik KRU, Cyberjaya Selangor. Kami bekerja berhempas pulas merakamkan 3 buah lagu untuk album terbaru Mawi. Setakat ini kami berjaya merakamkan dua lagu, iaitu lagu 'Mengapa' dan ' Raja Puaka'. Cuma lagu ketiga amat mencabar sehingga terlintas difikiran saya Mawi mungkin tak mampu bawak lagu tersebut. Terlalu sukar untuknya.

" Awak keluar dulu! pergi isap rokok ke atau melompat-lompat! " Jerit saya pada Mawi. Saya memang tidak puas hati melihat persembahan Mawi dalam beberapa hari ini. Dia gagal. Seolah tidak membuat apa-apa persiapan sebelum masuk studio. Sudah hampir setengah jam, penghayatannya dan lontaran nada suara tidak sampai! Sangat ketara pada bahagian korus lagu.

Lagu ciptaan saya tersebut durasinya 6.08 minit. Agak panjang. Saya dapat melodinya semasa saya memandu pulang daripada tengok banjir di Kelantan tempohari. Liriknya ditulis oleh sahabat baik saya Habsah Hassan.

Sukar untuk saya menggambarkan lagu ni, ia bukan jenis lagu yang dicipta tangkap muat atau belang berak. Maksud saya bukan dicipta secara melepas batuk di tangga. Ia dicipta dengan penuh jiwa walaupun melodi asasnya terilham semasa saya sedang memandu.

Saya masukan juga satu part dalam lagu ini yang berunsurkan okestra dan sedikit saprono. Pendek kata tugas Mawi adalah mesti cepat menukar perasaan diri dan nada suara pada setiap rangkap lirik yang tertulis. Pendek kata dalam lebih kurang 6 minit tersebut dia kena ada 3 perasaan!

Bulan lepas saya taklah rasa tertekan sebegini, malah bahagia. Kompose lagu untuk Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza simple sahaja. Mereka amat selesa dalam studio menjiwai lagu. Saya tak perlu mengajar Datuk Sharifah Aini untuk `terjun' ke dalam lagu tersebut. Setiap patah sebutannya jelas. Memang dia diva!. Saya tak hendak mengajar itik berenang. Begitu juga Datuk Siti Nurhaliza memang sudah buat homeworknya. Saya amat yakin lagu " cara tudung berbeza jua" tersebut akan meletop.

Lain pula dengan Mawi. Mawi ada suara, cuma bahagian penghayatan kurang, key suaranya tak pelbagai teknik, tak sampai. Dan paling mengecewakan saya dia tak boleh bawa lagu yang bernada rendah, suaranya jadi bergetar semacam. Kalau bergetar macam Zaiton Sameon tak apa, ni macam getaran kerusi urut Ogawa yang kita beli (bayar bulan).

" Bahagian ini awak kena turunkan key awak, suara kena nada rendah tetapi mesti dikasarkan, guna pic falseto" Saya teringat apa yang saya beritahu Mawi"

Kadang-kadang saya rasa menyesal bila terpaksa memarahi Mawi. Saya tengok mukanya merah. Pic falsetom tu sebenarnya boleh kita dapat jika kita sering berlatih. Zaman dahulu kala penyanyi lelaki dikembirikan supaya pengawalan pic falseto tinggi rendah ini dapat dicapai dengan senang. Dan ada juga ahli muzik berpendapat menghisap rokok juga boleh membantu.

" Awak panggil Mawi masuk" Saya arahkan Safarina yang sedari tadi terangguk-angguk mengikut irama lagu, seolah dia pulak yang akan menyanyi.

Apabila pintu dibuka saya nampak Mawi macam tertekan sangat dah. Saya suruh dia duduk dahulu...saya hulur air mineral.

"Warna suara yang konsisten memang kurang penting bagi penyanyi jenis muzik ppopular tapi muzik ni ada unsur musikal dan okestra. Awak kena guna suara `dalam' yang keras atau penggunaan nota flageolet. Saya nak nada nyanyian berbisik di tahap tinggi". Saya beritahu Mawi berdasarkan apa yang saya belajar dengan guru vokal Safinaz dan Hazami.

" Saya mahu awak naik satu oktaf saja lagi, satu je lagi, awak kena capai!" Saya beritahu Mawi, saya bukannya saya minta 6 oktaf seperti yang dicapai oleh Adam Lopez Costa, atau 8 oktaf seperti Georgia Brown!.

" Saya minta satu oktaf lagi, bukannya saya nak awak capai 5 oktaf macam Mariah Cary" Saya sebut nama Mariah cary je, kalau saya sebut nama Adam Lopez Costa atau Georgia Brom, bimbang Mawi terberak untuk mencapai taraf oktaf seperti mereka.

" Sesebuah lagu adalah satu tanggungjawab besar. Cara awak nyanyi kemungkinan besar akan menentukan lagu ini akan jadi evergreen atau tidak. Popular atau tidak saya tidak peduli. Ya tanggungjawab awak untuk menghidupkannya!, ianya bukan satu kerja yang senang".

"Saya tak nak awak syok sendri, awak kena ingat yang membayar nak dengar lagu ini bukan awak" Saya berawak-awak dengan Mawi. Ya saya memang profesional bab-bab kerja. Kawan tetap kawan.

Sedang saya memarahi Mawi, tiba-tiba saya nampak Yusri KRU dan Maya Karim ada menjengok di cermin. Saya nampak Maya Karim melambai-lambai tergelak ke arah saya di sebalik cermin kaca tersebut. Saya naik malu dan tidak lagi memarahi Mawi.

Saya anggap Mawi bagai adik saya sendiri. Sebab itulah saya menolongnya. Saya tak mahu dia hilang terus dari dunia muzik kita. Saya mahu nama dia terus ada, saya mahu FELDA terus ternama. Sampai sekarang saya berpendapat selama ini lagu yang Mawi nyanyikan tak ada satu pun yang sesuai... Bukan saya nak lekehkan kebolehan M Nasir tapi lagu yang diberikan pada Mawi tersebut...alahai... no komeng.

" Dalam lagu ni ada tiga perasaan!" Saya ulang kata kepada Mawi yang terkebil-kebil bijik matanya".

" Kau campakaaannn, kau campakannn haaaaati ini..." Tiba tiba Mawi menadakan lirik yang ditulis dengan yakin.

" Out-out...Sumbang lagi!" Saya hempas botol air mineral dan terus meluru keluar dari bilik rakaman. Sempat saya lihat muka Mawi dan Safarina pucat lesi.

Saya keluar hisap rokok. Saya nak tenteramkan diri. Saya nampak Maya Karim dan Yusri dekat kereta saya. Kami memang nak gi pekena teh tarik sebenarnya. ` Tunggu jap 5 minit'. Saya sms Maya Karim. Saya lihat Maya angguk dari jauh.

Saya masuk ke bilik rakaman.

" Part bunyi piano ni awak kena bersuara `bersih", saya tak nak dengar suara garau awak yang seolah dibuat-buat, ni bukan lagu Arab!" saya beritahu Mawai sekali lagi. Saya masih panas rupanya.

" Kalau awak tak bersedia awak baliklah" Saya tak pandang langsung muka Mawi. Saya nampak Safarina saja tunduk. Dia memang tahu perangai saya bila saya mengamuk.

" Beginilah Wie, awak balik dulu, tenangkan diri dan hayati lirik lagu ni dan iramanya. Dua tiga-hari nanti kami hubungi awak" Saya beritahu Mawi. Dan dengan lembut Safarina menghulurkan sampul yang dah tersedia lirik dan disc irama lagu cuma kali ini penuh dengan nota kuliah muzik.

" Ingat dalam lagu ada cerita!" Sempat saya lemparkan suara sebelum Mawi keluar dari bilik rakaman.

Saya terduduk hampa, saya pandang muka Safarina yang sudah mula bertudung sejak balik dari Paris... kalau begini baik aku jadi penyanyi sahaja...bisik hati saya.

" You kontek Noor yea...beritahu next week kita start " kata saya.

Saya teringat pertemuan saya dengan Noorkumalasari di sebuah butik di jalan Ampang (sebulan lalu). Dia juga nak buat come back!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home