Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, June 10, 2020

Covid 19, 2020: Dunia tidak seperti dalam DVD


1.   Pada mulanya saya beranggapan Covid 19 adalah selsema biasa. Selsema yang secara semulajadi akan dapat ditangani. Beria mereka pakai `mask’, dan bersanitaizer bagai.

2. Saya juga berasa wargadunia melalui media seolah `berlebih-lebihan’ canang bahayanya Covid 19. Dan saya berpendapat tentulah akan ada vaksin dihasilkan dalam waktu terdekat. Manusia bijak. Saya lihat semua ini (kebijaksanaan manusia) dalam DVD.

3.   Kerajaan pada masa itu (pembangkang pada masa ini) pula memberitahu ianya (keadaan) tidak seteruk dan terkawal, di mana dan sektor perlancongan diteruskan (sambal gelak-gelak).

4. Namun apabila virus semakin merebak dan PKP1 dilanjutkan, saya sudah berubah fikiran. Saya tertanya-tanya adakah apa yang telah terjadi dalam cerita DVD (yang saya pernah tengok) akan berlaku di depan mata saya.

5.  Saya jadi takut.

6. filem Contagion (Virus nipah), Outbreak (virus Motaba seakan virus Ebola, dan The Flu (virus H5N1) mengisahkan penyebaran virus yang membawa kematian. Dan semua kolirasinya -kematian semakin meningkat kerana virus semakin merebak.

7.  Rupanya dunia nyata tidak seperti cerita dalam dunia DVD, manusia tidak maju seperti dalam DVD. Penghasilan vaksin mengambil masa yang lama…dan pengetahuan (ilmu manusia sangat terbatas). Dalam DVD sains dan teknologi lebih canggih dan manusia lebih berilmu.

8. Dalam DVD lain… Di dunia sebenar lain. Tidak ada cinta sesetia Titanic…Tidak ada virus yang vaksinnya mudah.

9.  Saya terpukul hidup di alam yang nyata.



No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home