"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 2, 2018

Jurassic World: Fallen Kingdom (2018): Kualiti cerita semakin menurun


Poster for the movie "Jurassic World: Fallen Kingdom"
Poster

Mungkinkah kerana faktor umur? Maksud saya, saya semakin sukar untuk dipuaskan? Atau mungkin kerana `cerita' tiada dalam cerita terbaru filem siri Jurassic Park ini? Saya dapati cerita ini tidak menarik. Jauh untuk kaguminya. Sekadar-kadar sahaja.

Jurasic Park pertama, 25 tahun dahulu saya lihat tiga kali!. Kali pertama saya terlalu duduk di hadapan screen, saya terpaksa mendongak. Kali kedua kerusi saya terlalu keterbelakang. Tengok kali ke tiga barulah dapat duduk di tengah-tengah. 

Cerita itu amat mengagumkan kami. Ia merupakan fenomena! Tahun 1993 dahulu.

Dan saya masih ingat apabila balik ke asrama seksyen 17 Universiti Malaya, kami mengupasnya dengan ghairah. Dan ada beberapa kawan saya mengatakan filem ini sangat megagumkan! sambil membunyikan `bunyi' Trex.


Hasil carian imej untuk jurassic world 2018 official poster
Hero dan heroing

Pelik. Pelik sebab dengan kos yang tinggi, filem ini tidak menjadi gah. Hero dan heroinnya handsome dan berbadan sado, heroinnya cantik tetapi itu tidak cukup.

Cantik sahaja tidak cukup! Mummy memang tidak happy!

Dulu hero dan heroin tidak ditonjolkan handsum dan cantik, tetapi ada cerita yang mencemaskan. Mungkin penulisan skrip yang longgar. Sangat longgar seolah hasil diet yang ketat diikuti dengan puasa enam. 

Saya beri dua bintang sahaja pada filem ini!.

Mungkin apabila duit terlalu banyak tetapi tiada idea, ginilah hasilnya. 

Saya juga dapati banyak watak yang tidak kuat dan boleh diramal peranan mereka. Malah ada watak yang tidak perlu ada dan sekadar watak sahaja. Teruk betul. 


Tak perlulah nak sambung-sambaung kalau gini jea ceritanya.

Pun begitu dinasor-dinasournya sedap dilihat, menarik. Cuma tidaklah saya kagumi. Mungkin sudah terlalu biasa lihat dinasor. 

Saya percaya cerita boleh dikuatkan lagi jika ada jalan cerita yang menarik. Dinasor hanya perlu muncul sekali-sekala sahaja. Ia mungkin lebih menakutkan.

Kualiti semakin menurun, dari segi cerita dan juga adengan. Semuanya hampir sudah ada di dalam cerita-cerita sebelumnya.

Saya harap benar cerita yang akan disambung nanti menarik. Menarik itu subjektif tetapi setidak-tidaknya ia berbalaoi untuk diperkatakan.

Atau saya perlukan ketakutan cerita jenis baru?



Hasil carian imej untuk Isabella Sermon
Budak ini pandai berlakon tetapi wataknya tidak diperlukan...

Lepas tengok wayang terus ke Kaison semula, sambar 2 biji bantal.

Malamnya saya dok main kulit bantal yang ada labuci tu. Kulit dia unik. bila kita sentuh ia bertukar warna. Lebih seronak dari filem Jurasic Park. He he he.


Bantal boleh bertukar warna...

No comments:

.