"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, December 28, 2017

Aku ni jenis cikgu yang macam mana?

Ketika hampir ke pintu pagar sekolah, saya berpaling. Saya memandang ke belakang saya. Saya lihat sekolah tempat saya mengajar buat kali terakhitr. Semuanya akan jadi sejarah dalam lipatan kehidupan saya. Saya tidak lagi menjadi seorang guru, saya akan jadi seorang pensyarah.

Ketika menjadi guru, saya ada hanya dua pilihan. Menjadi guru yang hanya masuk kelas untuk mengajar, atau guru yang mengajar juga di `luar' kelas. Mengajar mengenai dunia. Saya ingin bersama-sama mereka dalam mengejar cita-cita. Pemberi semangat, penunjuk cara dan jalan.

Pada masa tersebut saya masih muda. Darah muda. Dalam satu kes yang saya tidak dapat lupakan, saya menampar pelajar sebab saya gagal mengawal emosi. Kemudiannya saya menangis... Kerana saya sayangi dia. Saya mahu masa hadapannya cemerlang. Kemahuan itu menyebabkan saya hilang kawalan diri. Sehingga ke hari ini saya rasa bersalah...

Apabila kita terjun bersama-sama mereka, kita akan semakin merasai perjuangan kita, tanggungjawab kita sangat berat. Kita mahu mereka jadi orang yang berilmu. Jadi orang.

Saya tahu saya bukan guru yang bagus kerana saya tiada KPLI. Namun saya percaya seorang guru juga akan jadi bagus jika ia belajar dari pengalaman. Dan biasanya pengalamannya adalah mencabar.

Dan saya rasa saya adalh seorang yang penyayang. Orang yang ada banyak kasih sayang sesuai menjadi guru...

Ada banyak juga peristiwa yang membuat saya putus asa, tetapi saya teruskan juga... Saya tidak boleh ambil hati sangat sebab mereka adalah budak-budak lagi di mata saya (walaupun dah berbulu atas bawah).

Tidak dapat saya nak gambarkan rasa sayang saya kepada mereka. Mereka tidak faham. Malah ada juga segelintir melihat saya seolah menyusahkan dan cerewet. Namun saya teruskan juga dengan stail saya. Kerana saya tidak boleh menjadi seorang guru yang hanya masuk ke kelas untuk menghabiskan sukatan. Ini kerana sukatan dalam kehidupan sebenar adalah berganda sukarnya daripada sukatan pelajaran yang diberikan oleh kementerian tersebut.

Sehingga kini saya masih lagi berdoa untuk mereka. Walau di mana mereka berada, atau mungkin sudah lupakan saya... Saya bangga dengan mereka kerana semuanya berjaya menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat.

Kalau kita seorang cikgu, kita boleh tanya aku ni jenis cikgu yang macam mana?



Image result for sukiman ishak menulis ppyit



No comments:

.