Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, July 22, 2014

Ikan siakap masak sting

Saya juga membuat majlis berbuka tertutup di 1000 Mawar, rumah saya di Kuantan. Tidak ramai yang datang kerana tidak ramai yang dijemput...(he he he). Mungkin lain kali jika ramadhan ini bukan yang terakhir, insyaalah saya buat majlis berbuka dalam skala yang besar sedikit. Jemput lebih ramai orang.
 
Kebanyakan yang datang adalah yang tidak berkahwin...
 
Sebagai tuan rumah saya mahu menyediakan 2 juadah lauk iaitu ayam masak kari dan ikan masak stim. Buat kali ini saya akan menunjukan bagaimana cara menyediakan ikan siakap masak stim yang lazat!
 
 
Bahan-bahan:


2 ekor ikan siakap dara
Sink biasa (tidak perlu table top berharga sehingga RM8,000... pinjam duit Bank Rakyat)
Pisau pemotong IKEA
Pengalas papan pemotong (kayu)
Penapis
Dapur gas
Periuk belanga dan lain-lain
Bahan-bahan masakan lain yang perlu

Seorang kawan bernama Din
Seorang kawan bernama Mek zue


Cara membuatnya:

Dapatkan seorang kawan bernama Din yang boleh memberi kita akan ikan siakap. Biasanya kawan saya bernama Din ini tidak pernah menghampakan.
 
Kali ini beliau membawa dua ekor ikan siakap. Saya tidak perlu ke pasar atau mengeluarkan duit.


Ikan ini segar giler
 Saya letakan ikan di atas papan pemotong dan biarkan sekejap dengan suhu dapur. Sementara itu saya pergi tengok kain yang saya basuh di mesen basuh. Mesen basuh itu hadiah daripada kawan baik saya sempena masuk rumah baru lima tahun dulu.
 

Kita memerlukan pisau untuk membuang kulit

Pisau IKEA ini tidak tajam, ia sesuai untuk memotong atau membuang sisik ikan. Saya beli lima bilah dan dengan bekas letaknya sekali. Cantik. Sebenarnya saya beli dua set. Pelik juga saya.

Sisik ikan...(guna penapis supaya tak masuk dalam sink
Ini penapis yang saya gunakan untuk mengumpul sisik ikan. Apabila saya membuang sisik ikan, sisik-sisik itu berterbangan ke dinding dan sekitar sing (sink). Banyak juga yang melekat di badan saya kerana ketika saya membersihan ikan tersebut saya dalam keadaan separuh bogel. Hanya berunderware (RENOMA). Itulah stail saya bila memasak.
 
Gambar keadaan itu tidak dapat ditunjukan.


Ikan yang sudah dibuang sisik dukelar pula...

Bila ikan sudah siap dibersihkan, saya hanya perlukan seorang kawan lain yang bernama Mek Zue. Dia lah yang akan masak ikan ini. Beliau sangat pandai memasak. Buktinya? Lihatlah bentuk badan suaminya.
 
Sementara itu saya keluar ke Bandar Indra Mahkota, membeli belah sempena ramadhan... He he he. Jangan marah.
 
Apabila balik ke rumah...taraaa....ikan itu sudah siap dimasak oleh Mek Zue. (sila lihat ikan di bawah):


Hasilnya!!!

3 comments:

aima said...

kuning ke biru pisau pemotong ikea?....kheee

aima said...

kuning ke biru pisau pemotong ikea?....kheee

amilia said...

hehehe.. puan zue masak...
nampak sedap...;)

   

.

.

.