"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, April 16, 2013

1000 Mawar - Datuk Sharifah Aini


Album ini adalah album Datuk Sharifah Aini yang ke 72 yang diedarkan oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 2000. Saya beli Cd ini di Kuantan Pahang.

Keistimewaan album ini banyak. Kak Pah tidak merakamkan album untuk `hanya sebuah lagi rakaman album'. Ia lebih daripada itu. Bukan sekadar harus buat album bila album terdahulu dikeluarkan. Ia bukan kesinambungan bilangan album tetapi kesinambungan pembangunan seni di dunia seni suara negara kita. Malaysia.

Saya berani manyatakan dengan penuh yakin, tidak ada penyanyi di dunia ini boleh membawa lagu Inggeris, Arab dan Melayu dengan sempurnanya selain Kak Pah. Album ini membuktikan bahawa Kak Pah boleh menyanyikan lagu Arab klasik dan Arab moden dengan baik. Album ini menyuntik semangat romantik dalam diri saya...(pulak dah). Gemersik membuai perasaan, silap-silap perasan! He he he.

Teringat beberapa tahun lalu semasa jiwa saya maksima kacaunya, saya telah mencampakan cd-cd saya keluar daripada kereta semasa memandu dari Muadzam-Kuantan (kira beratus ringgit jugaklah kerugian...akibat ikut perasaan, he he he). 

Semasa itu saya memandu sambil mengesat airmata dengan lengan baju. Saya rasa seolah awam gemawang menghempap ke bahu saya (macam drama pulak, mungkin drama korea kot). Namun hanya satu cd sahaja yang saya tidak campak. Ya cd Seribu Mawar Kak Pah!. (dalam kereta itu hanya ada satu sahaja cd Kak Pah, yang lain-lain saya simpan kat rumah).

Cd ini mengandungi 10 lagu:

1. Nourelains 5.27
2. Seribu Mawar 5.24
3. Resah Bersalam 5.28
4. Sampaikan Impianku 4.41
5. Ishar 5.28
6. Siapakah milikku 5.28
7. Korban percintaan 5.14
8. Aku Sayang Padamu 5.54
9.Hati yang Terluka 4.57
10. Nary (Yahabeba) 4.44
11. CERITERA Sharifah Aini 15.00 (enhanced CD - Hanya boleh dinikmati melalui komputer peribadi)

Penerbit album: Ly, Ramli M.S dan Azmeer.

Saya berterusan mainkan lagu 1000 Mawar, sambil saya pecut sangat laju (ikut standard saya 70km sejam dah kira laju pada masa tu). Dan untuk meredakan tekanan perasaan saya mainkan lagu `Siapakah miliku' ,  lirikya menyentuh hati dan memberi kekuatan pada kehidupan saya. saya bukan nak perasan tetapi liriknya kena atas batang hidung saya sendiri, haaa. liriknya:


Rindu ini
ku kunci dalam hati
Biar berabad beracun terpaksa diam...

Bila masa berlalu
semakin berat mata memandang
Tertumpah bahagia
hingga tak bisa ku membendungnya...

Hadirlah rahmat dan azimat
Serikan hati
yang sering diluka

Pencipta abadi
kau yang satu
Gemerlapkanlah hari nanti
dari sepi dan rindu yang bertamu...

Aku yang tahu
pahitnya tasik madu
Perjanjianmu karam bersama semalam
Sendirian...

Kekasih abadi
gugurkanlah segala nestapaku
Dari dugaan yang penuh siratan

Aku yang tahu
siapakah milikku
Sejauh mana sampai bila cinta dapat menahan 
kesilapan...

Andai nati
kukecap nikmat setia
Ku semaat hingga abadi
jiwa yang luhur...

Aku yang tahu
pahitnya tasik madu
Perjanjiamu karam bersama semalam

Aku yang tahu
siapakah miliku
Sejauhmana sampai bila cinta dapat menahan
kesilapan...

Aku yang tahu....


Jan: Memang terpaksa kudiam...bila semakin lama ia menjadi beracun...

4 comments:

Adie Achim said...

kombinasi nostalgic dan tragic!

Adie Achim said...

Saya akan meluangkan masa utnuk baca semua entri yang belum sempat dibaca. Saya tertarik pada tajuk entri 'ketulahan' dan sungguh tidak menyangka ia merupakan entri khas. Terima kasih!

Anonymous said...

Saya tak pernah meminati Sharifah Aini. Tapi lagu Seribu Mawar melekat dijiwa saya. Kebetulan tahun 2000, lagu ciptaan LY/Baiduri memang meadapat perhatian radio. Lagu nour el ain, takkan melayu hilang di dunia, yayadan dan sabarlah sayang juga pun best didengar.

MuzikKita said...

Salam, saya dah lama cari album ni untuk dengar. Agak2 tuan boleh share?
muzikkitamalaysia@gmail.com

.