Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 5, 2025

Tumpuan kesihatan lelaki berumur 55 tahun

Saya ada buat pencarian di internate. Saya jumpa diet yang sesuai untuk lelaki berumur 55 tahun. Mereka yang berumur 55 tahun bukan lagi tergolong dalam umur yang muda. Sudah dapat diskaun jika naik bas dan pergi tengok wayang.

Mereka perlu menumpukan pada 

1. Kesihatan jantung, 

2. Kestabilan gula dalam darah, 

3. Kekuatan tulang dan otot, 

4. Pengawalan berat badan


Pada usia sebegini, metabolisme semakin perlahan dan risiko penyakit kronik meningkat, jadi diet perlu seimbang dan berkhasiat.


Makanan Yang Perlu Dikurangkan atau Dielakkan

  • Makanan diproses (nugget, sosej, makanan segera)
  • Gula berlebihan (air manis, kuih-muih manis, kek)
  • Garam berlebihan (perosak tekanan darah)
  • Lemak trans (makanan bergoreng berulang kali, marjerin tertentu)

Muka orang 55 tahun



Thursday, April 17, 2025

Raya 2025 yang sederhana

Saya (pakai baju Melayu merah), dan di sebelahnya emak saya.
Belakang dari kanan Syafiq, Najihah, Noriza, Najib dan Sazawan


Kita meraikan hari raya ikut kemampuan dan cara kita. Tidak ada isu berlebihan rai kerana ada orang keluarganya memang besar dan besarlah jumlah keraiannya. Ada orang punyai nama dan kedudukan dalam masyarakat, mereka beraya sakan dan meraikan sakan. Kita yang tidak ada kedudukan lagi hodoh ini jangan meroyan dan dengki. Jangan cakap yang bukan-bukan, dahlah miskin  mulut hodoh.

Saya sekeluarga raikan Hari Raya 2025 secara sederhana sahaja. Kami hanya beraya 5 hari. Selepas 5 hari masing-masing pulang ke sarang. Kita raikan jea, asal sangat bermakna dan penuh keberkatan. Tak semestinya perlu meriah atau mahal untuk terasa indah. 

Berikut hari raya secara sederhana saya tapi tetap hangat, seksi dan berkesan:

1. Nilai dan makna hari raya

Hari rayalah masa untuk kita sekeluarga berkumpul. Yang duduk jauh akan balik beraya. Saya dan emak balik kampong. Alhamdulillah Najib dapat bercuti panjang. Najihah pula sudah ada di kampung. Sazawan juga datang sebelum raya lagi. 

Kami dapat berkumpul dan menyiapkan sambutan satu syawal. Hari raya boleh memohon maaf dengan ahli keluarga. Perkara yang kita jarang buat.

 2. Masak sendiri roti berlauk.

Boleh saja kita tempah makanan. Namun kalau kita terlibat sama menyediakan juadah, ia lebih beri banyak kenangan. Masaklah sedikit walaupun dalam kuantiti kecil.

Masak ramai-ramai boleh libatkan ahli keluarga, jadi lebih seronok selain menjimatkan. Mesti akan ada adegan-adegan lucu. Contohnya tak masak atau hangus makanan tersebut. Saya gembira bila dapat buat roti berlauk bersama keluarga. Semua orang terlibat dari emak hinggalah ke cucu.

3. Hias rumah sikit-sikit

Sebulan sebelum puasa saya sudah balik kampong sebanyak dua kali. Balik hantar barang dan kemas rumah. Atur ini itu. Tidak berdaya kalau semuanya buat seminggu sekaligus sebelum raya.

Saya ada beli karpet murah di Shoppe, sya beli juga garpu dan sudu. dan benda-benda lin yang biasa seperti pinggan plastik dan cawang polistrine tu. Saya ada beli hiasan DIY untuk dekorasi tetapi tidak sempat, mungkin tahun depan. Kalau umur panjang.

4. Pakaian rayai ikut kemampuan

Saya hanya beli sehelai seluar raya untuk hari raya. Seluar jeans putih. Namun tak sempat pakai. Saya sangat santai berpakaian, sehingga ada tetamu berkata mengapa begitu? Malaslah saya nak jawab. Saya jawab di lain posting. Yang penting saya sangat gembira dan suka berada di belakang tabir.  Biarlah saya selesa di belakang tabir, saya dah berusia. Saya bukan lagi berada pada zaman kegemilangan saya. Dulu baju sahaja 5 helai.

Dan kami sekeluarga juga tidaklah sedangdong, zaman sedongdong (angkasawan) mungkin telah berlalu. Saya pakai baju raya 10 tahun dulu. Merah sangat mak ngah.

5. Beri duit raya ikut kemampuan

Saya beri duit raya tidak banyak, sekadar tanda ingatan. Dan bagi orang yang tidak mampu, ucapan doa dan kata-kata baik pun dah cukup menyentuh hati. Jangan dok sibuk  tanya perkara yang sensitif. Hari raya  kita nak gembira.

Dan tolong ajar anak-anak jangan mintak duit raya. orang beri ambik, orang tak beri diam. Kita kena ajar anak-anak kita, jangan pandai beranak jea. Gituew...

6. Abadikan kenangan

Ambil gambar keluarga, bukanlah untuk pamer di FB, tapi untuk simpan memori. Kalau ada kesempatan boleh buat buat album digital atau cetak bila ada rezeki nanti.

Sekali lagi setiap keluarga rai ikut cara masing-masing. Kita tak payahlah membesarkan isu membazir sahaja. Kadang-kadang raya itulah sahaja bawa kebahagian padanya. lain-lain hari sengsara. He he he.

Saya harap raya 2025 lebih meriah dan bermakna.

Friday, March 21, 2025

Mungkin RM500K sudah mencukupi

Jika saya banyak duit, sudah tentu saya berhenti kerja. Saya perlukan RM500K. RM500K sudah sangat mencukupi buat orang seperti saya hidup. Saya secara puratanya `low maintenance'. 

Duit RM500k boleh membawa saya ke umur 75.

Makan pakai saya biasa sahaja. Tidak terlalu mahal, kebanyakannya murah sahaja. Bukannya saya tidak suka barang mahal, namun saya hanya membeli sekadar mampu. 

Jika tiada duit saya tidak membeli. Contohnya sudah masuk 7 tahun saya tidak membeli perfume yang mahal... Saya biasakan diri dengan perfume dupes jea. Beli di Shopee.

Jika hutang rumah dan kereta habis bayar, tidaklah  banyak pembayaran yang akan dibuat dalam tempoh masa sebulan. Saya rasa RM2,500 sebulan sudah mencukupi. Mungkin ada lebih.

Jika sudah berusia seperti saya, kerjar duit untuk hidup lebih senang sudah tidak menjadi keutamaan. Duit sekadar ada sudah mencukupi bersama sedikit duit untuk tujuan awasan. 

Namun duit sebanyak itu, saya tiada...



Friday, March 14, 2025

Mengadai 1 dinar Public Gold

Sebagai orang biasa yang tidaklah selalu rasional, dan tak banyak ilmu ekonomi... saya adakalanya berhadapan dengan tidak cukup duit apabila keperluan terdesak menjelma. Maka saya perlu cairkan simpanan saya ke dalam bentuk duit.

Biasanya saya ke pajak gadai Ar Rahnu. Saya selalu ke situ. Dulu malu juga sebab selalu ke sana gadai barang. Sudah kenal sangat saya pada staf-staf di kaunter tersebut. Namun lama-lama hilang rasa malu. Sebab nak gadai barang ni kena ada barang. Dan orang yang ada barang adalah orang yang bernasib baik. Kalu dok nok cekok mana?

Ada orang nak gadai barang pun tak ada. Nak gadai tubuh pun mungkin tak laku, he he he. Jadi bersyukurlah kita boleh mengadai. Dan gimari salah kita juga tidak ada wang tunai yang mencukupi sebagai awasan.

Mudah sangat berurusan dengan opis Public Gold. Tidak menunggu lama dan tak banyak borang yang mesti kita tandatangan. Kalau mengadai di Bank Rakyat, ya allah banyak helai kena tandatangan bagai kita ni penjenayah, takut lari ke luar negara kot. He he he.


Ini gadaian pertama saya


Kenaikan harga barang ECO kepada RM2.60

 




Saya kerap juga ke ECO, beli barang plastik terutama pasu. Namun kena lihat juga adakah berbaloi. Kadang-kadang barang tersebut agak mahal untuk berharga RM2.40. Tengok barang juga kan.

Pun begitu majoriti barang ECO murah. Berpadanam dengan kualiti. Nak jimat pergilah beli di situ. saya dapati ramai yang bertumpu di sini.

Dan baru-baru ini saya terima wasap dari kawan menyatakan dah naik kepada RM2.60. Saya fikir tidaklah melampau. Semua perkara sudah dikira. Kenaikan tersebut tidaklah tinggi. Tapi naik juga kan.

Harga barang naik sudah tidak menghairankan pada zaman ini. yang hairannya janji nak turunkan harga minyak tinggal janji sahaja...he he he.

Warna-warna ternoda: Pencarian seluar jeans putih untuk raya

 


Sebenarnya nafsu nak melawa ni sudah tidak ada. Tidak ada semangat sudah mahu berlawa-lawa macam zaman muda. Asal nampak kemas sahaja. 

Sekarang, mungkin perlu motivasi yang kuat untuk melawa. Sebab sekarang saya tak kisah jika saya tak lawa. Nak lawa setara mana gok kalau dah tua. He he he.

Namun perangai waktu muda dulu, suka pakai seluar jeans putih. Sejak zaman persekolahan hingga zaman now. Seluar jeans putih nampak lawa bila pakai baju kemeja tertentu, terutama yang corak batik gelap. Ini pendapat saya, rangsangan diri.

Jadi Ramadhan 2025 ini hati terdetik. Saya mungkin ke ECM untuk dapatkan seluar tersebut. Boleh saja beli melalui Shopee tapi pengalaman buruk yang lalu membuatkan hati was-was. Tak muat.

Saya tahu ia agak sukar untuk mencarinya sebab warnanya putih. Orang kata warna putih suci...so warna lain ternoda?

Thursday, March 13, 2025

Menikam Tom Yam: Tom Yam kaki ayam...

 


Semalam saya pulang lewat dari opis. Saya siapakan kerja yang banyak, dan akhirnya tidak siap juga. 

Saya terus menuju tempat jual makanan. Saya tidak ke bazzar Ramadhan. Saya elak orang ramai. Ketika ini saya elak orang ramai, saya serabut sangat.

Saya tidak memasak untuk berbuka sebab emak sekarang tinggal di rumah kakak. Sunyi emak tiada. Sekarang sudah hampir empat bualan emak timggal bersama saya.

Namun posting ini bukanlah untuk menceritakan hal emak tetapi ceritakan hal tom yam yang saya beli. Saya beli nasi dan tom yam sahaja. Dan saya goreng telor dadar.

Bila sampai waktu berbuka, saya terkejut apabila buka plastik tom yam tersebut ada banyak kaki ayam. Hanya dua ketul dadu sahaja daging ayam. Saya tidak makan kaki ayam, jadi saya makan dua ketul ayam sangat kecil itu.

Tom yam itu dibungkus dengan plastik yang tidak cerah. Jadi saya tidak nampak kaki-kaki tersebut masa membelinya. Saya tidak tahu adakah saya bersalah atau penjual yang bersalah. Niat saya hanya mahu makan tom yam ayam.

Sekarang membeli makanan seolah menikam agaknya, kena elok, eloklah kena tak elok, tak eloklah.

Saya buang sahaja kaki-kaki ayam tersebut.





Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home