| Saya (pakai baju Melayu merah), dan di sebelahnya emak saya. Belakang dari kanan Syafiq, Najihah, Noriza, Najib dan Sazawan |
Kita meraikan hari raya ikut kemampuan dan cara kita. Tidak ada isu berlebihan rai kerana ada orang keluarganya memang besar dan besarlah jumlah keraiannya. Ada orang punyai nama dan kedudukan dalam masyarakat, mereka beraya sakan dan meraikan sakan. Kita yang tidak ada kedudukan lagi hodoh ini jangan meroyan dan dengki. Jangan cakap yang bukan-bukan, dahlah miskin mulut hodoh.
Saya sekeluarga raikan Hari Raya 2025 secara sederhana sahaja. Kami hanya beraya 5 hari. Selepas 5 hari masing-masing pulang ke sarang. Kita raikan jea, asal sangat bermakna dan penuh keberkatan. Tak semestinya perlu meriah atau mahal untuk terasa indah.
Berikut hari raya secara sederhana saya tapi tetap hangat, seksi dan berkesan:
1. Nilai dan makna hari raya
Hari rayalah masa untuk kita sekeluarga berkumpul. Yang duduk jauh akan balik beraya. Saya dan emak balik kampong. Alhamdulillah Najib dapat bercuti panjang. Najihah pula sudah ada di kampung. Sazawan juga datang sebelum raya lagi.
Kami dapat berkumpul dan menyiapkan sambutan satu syawal. Hari raya boleh memohon maaf dengan ahli keluarga. Perkara yang kita jarang buat.
2. Masak sendiri roti berlauk.
Boleh saja kita tempah makanan. Namun kalau kita terlibat sama menyediakan juadah, ia lebih beri banyak kenangan. Masaklah sedikit walaupun dalam kuantiti kecil.
Masak ramai-ramai boleh libatkan ahli keluarga, jadi lebih seronok selain menjimatkan. Mesti akan ada adegan-adegan lucu. Contohnya tak masak atau hangus makanan tersebut. Saya gembira bila dapat buat roti berlauk bersama keluarga. Semua orang terlibat dari emak hinggalah ke cucu.
3. Hias rumah sikit-sikit
Sebulan sebelum puasa saya sudah balik kampong sebanyak dua kali. Balik hantar barang dan kemas rumah. Atur ini itu. Tidak berdaya kalau semuanya buat seminggu sekaligus sebelum raya.
Saya ada beli karpet murah di Shoppe, sya beli juga garpu dan sudu. dan benda-benda lin yang biasa seperti pinggan plastik dan cawang polistrine tu. Saya ada beli hiasan DIY untuk dekorasi tetapi tidak sempat, mungkin tahun depan. Kalau umur panjang.
4. Pakaian rayai ikut kemampuan
Saya hanya beli sehelai seluar raya untuk hari raya. Seluar jeans putih. Namun tak sempat pakai. Saya sangat santai berpakaian, sehingga ada tetamu berkata mengapa begitu? Malaslah saya nak jawab. Saya jawab di lain posting. Yang penting saya sangat gembira dan suka berada di belakang tabir. Biarlah saya selesa di belakang tabir, saya dah berusia. Saya bukan lagi berada pada zaman kegemilangan saya. Dulu baju sahaja 5 helai.
Dan kami sekeluarga juga tidaklah sedangdong, zaman sedongdong (angkasawan) mungkin telah berlalu. Saya pakai baju raya 10 tahun dulu. Merah sangat mak ngah.
5. Beri duit raya ikut kemampuan
Saya beri duit raya tidak banyak, sekadar tanda ingatan. Dan bagi orang yang tidak mampu, ucapan doa dan kata-kata baik pun dah cukup menyentuh hati. Jangan dok sibuk tanya perkara yang sensitif. Hari raya kita nak gembira.
Dan tolong ajar anak-anak jangan mintak duit raya. orang beri ambik, orang tak beri diam. Kita kena ajar anak-anak kita, jangan pandai beranak jea. Gituew...
6. Abadikan kenangan
Ambil gambar keluarga, bukanlah untuk pamer di FB, tapi untuk simpan memori. Kalau ada kesempatan boleh buat buat album digital atau cetak bila ada rezeki nanti.
Sekali lagi setiap keluarga rai ikut cara masing-masing. Kita tak payahlah membesarkan isu membazir sahaja. Kadang-kadang raya itulah sahaja bawa kebahagian padanya. lain-lain hari sengsara. He he he.
Saya harap raya 2025 lebih meriah dan bermakna.
No comments:
Post a Comment