Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, March 11, 2013

Ulasan Buku: Tuntutan Filipina Terhadap Sabah (Buku untuk dibaca semula)

Kulit hadapan 


Tajuk buku: Tuntutan Filipina terhadap Sabah: Implikasi dari segi sejarah, Undang-undang dan politik  ( terjemahan daripada The Philippines Claim to Sabah)
Katogeri: Sejarah
Oleh: Mohd Ariff bin Dato Hj Othman  (seorang peguam)
Prakata: Tan Sri Haji Abdul Kadir bin Yusof
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: pertama (1988)
Bil m/s: 146.
Usia buku: 25 tahun. (2013) 


Istimewa untuk rakyat Sabah


Kandungan

1 LATARBELAKANG PERTIKAIAN (M/S:1)
2. HAKMILIK BRITISH TERHADAP SABAH BERASASKAN DOKUMEN  (M/S:9)
3. TUNTUTAN BRITISH TERHADAP SABAH: DARI SEGI UNDANG-UNDANG  (M/S:30)
4. TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH: DARI SEGI UNDANG-UNDANG  (M/S: 62)
5. PEMILIKAN DAN PENGUKUHAN ASAS HAKMILIK BRITISH TERHADAP SABAH (M/S:93)
6. ASAS KEMERDEKAAN DAN INTERGARSI SABAH DALAM MALAYSIA (M/S: 107)
7. ALTERNATIF CARA PENYELESAIAN (M/S:125)

POST -SKRIP (M/S:134)

Triti, Pemberian, penyerahan, Statut, perjanjian, perisytiharan dan Resolusi (M/S:127)

Bibniografi (M/S: 144)

Peta:

i. Borneo: Menunjukan tanah yang diserahkan  oleh Sultan Brunai dan Sulu kepada syarikat Utara British, 1881 (146a)
ii.  Peta Borneo Utara british, 1886 (146b)
iii. Peta Borneo Utara British, 1894 (146c)
iv. Peta Borneo Utara, 1919 (146d)
v. Negeri sabah, 1962 (146d)



Di belakang buku ada peta-peta dilekatkan (sila guna kata pembesar)

Peta yang sangat terperinci...(sila guna kata pembesar)

Bila terjadi sesuatu isu, iaitu isu semasa, pelajar saya asyik bertanyakan saya mengenainya. Maka moleklah saya membaca semula isu ini. Dengan sedikit pengetahuan bolehlah saya memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Dok gitu?

Riwayat buku ini. Buku ini saya beli semasa saya dalam `proses' berkawan dengan seorang budak Sabah (semasa di UM dahulu). Pastilah saya kena tahu asal-usul dan sejarah negerinya. Kita kena selidik dahulu sebelum berkawan. Dia sangat baik hati. Contoh 1: Semasa saya bermalam di asramanya (Kolej Kediaman ke 8) dia rela tidur di atas simen sebab saya tidor di atas katilnya. Haaa.. Dan kemudiannya beliau menjadi sahabat baik saya. Nama dia Fauzi. Saya panggil dia Fauzi Sabah sebab ada lagi kawan saya bernama Fauzi (saya panggil dia Fauzi Kelantan. Pandai-pandai saja kan?). Contoh 2: Dia selalu taya saya dah makan ke belum?

Mungkin dia nampak saya kurus? Sebab itu dia tanya? Tetapi sekarang kalau jumpa tentu dia akan beritahu "kamu berhentilah makan-makan", he he he. Saya harap kalau dia terbaca posting ini, dia hubungi saya. Dah lama benar terputus hubungan. harap dapat berjumpa sebelum tutup mata, timbus pasir.

Buku lama ini saya letak di bahagian `Red Spok', yang bermakna buku yang saya sendiri tidak boleh keluarkan daripada bilik (library mini saya). peliki kan? Sepatutnya saya boleh keluarkan kan? Maka saya keluarkanlah sehingga ke pejabat saya. Haaa.

Saya cuba membaca semula dan ia amat memeningkan kepala sebab banyak sangat informasi dan rujukan. Kira sehelai kena baca dalam 20 minit sebab kena betul-betul faham (dan sebab otak saya lembab, lemak berkrim). Kalau helaian nak diselak, kena pastikan helaian terdahulu difahami. Haaa... saya pula bukannya muda lagi, cuma handsum jea lebih.

Sekarang ni bila kawan-kawan bercakap pasal Sabah, saya diam sahaja buat-buat tak tahu (jahat saya kan?). Saya fikir betul ke fakta yang dia orang cakap. Kot-kot pandai hembus jea. Saya bandingkan dengan apa yang saya baca.

Saya juga masih tidak berani menulis mengenai tuntutan/isu negari Sabah. Saya tak mahulah nanti menulis tidak berdasarkan fakta dan main sedap sahaja. Saya tahu ramai yang tak tahu menahu pun peristiwa penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Sabah tersebut tetapi bila bercakap berdegar-degar kononnya tahu sangat. Gitu.

Jadi baiklah kita sama-sama cari ilmu melalui pembacaan buku yang bersifat akademik. Prof di UKM juga ada mengeluarkan buku pasal tuntutan ini. 

Boleh cari baca atau nak lebih senang tutup mulut. He he he.

Jan: Tertutup hatiku untuk bercinta lagi... demi allah (aku bersumpah) dia akan merinduiku di sepanjang hayat...(pulak dah)

Friday, March 8, 2013

Peristiwa di Lahad Datu dan peristiwa di FB

"Bukan main awak tadi  depan orang nak tunjuk berani lawan cakap saya!"
Petang semalam saya buka FB. Saya jarang buka FB. Sekali seminggu sahaja. Itupun nak tahu perkembangan Datuk Sharifah Aini dan anak saudara saya yang belajar di Mesir. Kalau tak, memang jarang saya buka. Saya selalu buka blog saya, he he he.

Pada masa ini FB dipenuhi dengan paparan `keberanian' rakyat Malaysia, tua muda. Berani betul mereka nak angkat senapang dan berjuang di Lahad Datu. Saya sangat kagum tetapi lama-lama saya rasa nak tergelak sorang-sorang. Nak duduk gelak bawah meja. Biar pelajar tidak nampak.

Memanglah kalau di FB, berdegar-degar, bertempik-tempik keberanian. Kononnya rela, tak takut mati dan sebagainya demi negara. Saya kagum tapi saya masih lagi nak tergelak.

Perjuangan untuk memelihara maruh tanah air, bukan sembarangan perjuangan. Kalau kita sendiri tak ada maruah macam mana? He he he. Lawak.

Kat `keybok' memanglah boleh tulis apa sahaja. Tapi hakikatnya jauh panggang dari api. Bolehkah mereka berak merata-rata? Duduk diam tak bergerak, tak bercakap selama 5 jam? Boleh kah makan tak tentu, tidur atas daun dan rumput? Bolehkah menerima arahan? Bolehkah berlari dengan tangkas ratusan meter? Bolehkah berada dalam tekanan dalam jangka masa yang panjang? Kalau setakat menulis di FB kononnya boleh. Saya rasa memang nak tergelak.

Askar kita terlatih hebat.

Namun askar kita pun ada rasa ketakutan dalam diri, rasa keresahan dan kebimbangan inikan kita pula. Namun mereka telah diajar, diasuh dan dibentuk ke arah bersifat keberanian. Dan proses itu (pogram) memakan masa dan belanja yang bukan sikit. Jangan senang nak jadi askar, jangan ingat dengan keberanian bodoh macam kita ni, kita boleh senang menenang!

Jan:  senang kalah ada la kan. He he he.

Thursday, March 7, 2013

Pesanan ringkas dari Johnny Deep




Jan: ooo!

Sumbangan Suruhanjaya Cobbold (1962)

Kata orang kalau tidak tahu sejarah, jangan cakap banyak. Nanti orang tahu kebodohan kita. Haa... Kalau tak tahu tanya. Saya antara orang yang tak berapa tahu dan samar-samar bayangan. Maka saya carilah maklumat sana-sini untuk saya hadam dan khas untuk pembaca blog jankaulu. Maklumat dari buku sejarah tingkatan 5 pun ada, dari akib negara ada dan sebagainya.

Kita kena tahu yang mengikut skala di peringkat antarabangsa, salah satu syarat penubuhan sesebuah negara ialah persetujuan penduduk untuk menyertai dan menyokong penubuhannya. Tiada kekerasan dan keterpaksaan digunapakai. Oleh itu perkara ini (pensepakkatan persetujuan) diterima pakai la dalam proses penubuhan negara Malaysia. Kalau nak tubuh Malaysia pun pihak British kena tahu kedudukan `persetujuan' dan ini akan disahkan di peringkat antarabangsa (PBB).

Lord Cobbold (handsum jugak orangnya). Sumber.www.telegraf.co.uk
Untuk tujuan ini maka pada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhan, diketuai oleh Lord Cobbold. Kita terhutang budi kepada beliau dengan kerja kerasnya dan kumpulannya untuk menyiasat dan menyediakan laporan dan cadangan. Lihat gambar di atas, beliau sedang posing dengan gaya tradisi iaitu memegang pen dan memandang ke arah kamera. Nampak macam serius tetapi naluri saya menyatakan beliau adalah seorang yang kelakar dan ada unsur humur yang tinggi.

Sumber:www.arkib.gov.com

Ia turut diaanggotai oleh oleh Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie. Tan Sri Ghazali Shafie ini adalah sejarawan ulung negara kita.


Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a)    Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b)    Membuat syor-syor perlembagaan.

Antara tugas lain:

• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertbuhan.



Ketibaan di Kuching. Sumber: www.mysarawak.org.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.

Bersalam dengan orang-orang kampung. Sumber: www.mysarawak.org.

http://www.epubbud.com

Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a)    1/3 menyokong kuat Malaysia
b)    1/3 menyokong dengan syarat
c)    1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a)    Nama persekutuan baru – Malaysia.
b)    Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c)    Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d)    Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e)    Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
f)     Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g)    Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.

Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia

Namun begitu mengapa Malaysia ditubuhkan pada 16 seotember 1963? Haa...ada jawapannya tu...

Jan: Sejarah mengajar aku untuk tidak bercinta lagi...Hu hu hu.

Wednesday, March 6, 2013

Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara *



1. Penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada September 1963 tidak dapat diterima oleh Filipina yang menganggap Sabah sebahagian daripada wilayahnya. 

2.Penyertaan Sabah adalah atas pilihan rakyatnya yang diperakui oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

3.Sabah bukan sahaja menjadi tuntutan Filipina tetapi juga oleh waris Sultan Sulu semenjak sebelum Perang Dunia Kedua. 

4.Pada 1961 isu ini bangkit semula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia yang termasuk Borneo Utara. 

5.Kerajaan Filipina di bawa kepimpinan Macapagal mempersoalkan kesahihan hak milik British ke atas Borneo Utara pada 22 Jun 1962. 

6. Malah pada Oktober dan November 1962 Macapagal membawa kes tuntutan ini ke PBB dan kemudian berbaik dengan Soekarno serta Azahari (pemimpin parti rakyat Brunei) untuk menentang pembentukan Malaysia. 

7.Satu Sidang Kemuncak diadakan di Manila pada akhir Julai 1963 oleh Tunku Abdul Rahman, Soekarno dan Macapagal untuk menyelesaikan pertikian tentang pembentukan Malaysia dan kes Borneo Utara. 

8.Kerajaan Filipina dan Indonesia bersetuju untuk menyokong pembentukan Malaysia sekiranya terbukti mendapat sokongan penduduk terbabit dan disahkan oleh PBB. 

9.Persetujuan dicapai pada 9 Julai 1963 antara kerajaan British dan Tanah Melayu tentang penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963. 

10.Walaupun hubungan Malaysia dengan Filipina telah pulih tetapi Kerajaan Filipina masih belum menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.

Jan: * 1999, 1999. ISBN 967-942-533-9. 123 hlm. Nik Anuar Nik Mahmud. source http://www.penerbit.ukm.my/f533-9.html

Kanak-kanak Autism



Sejak saya tengok filem Snow Cake, saya galak mencari maklumat tentang penyakit ini. Banyak rupanya informasi di dalam internate yang boleh beri makanan kepada otak kita. 

Kalau kita berkahwin dan beranak pinak, terdapat kebarangkalian anak-anak kita mengidap Autism (selisih malaikat 44). Sebabnya ia bukan akibat atau berkaitan dengan keturunan. Maka kita yang segar mega ni, tidak terlepas dari risiko. Kalau Allah nak uji kita dengan memiliki anak Autisme, diujilah kita. Kita tidak boleh melawan takdir.(unsur agama dalam penulisan).

Autisme adalah kecacatan perkembangan otak. Ia melibatkan fungsi otak yang menyebabkan perubahan atau perbedaan tingkahlaku. Jangan pula kita ingat mereka ni ada gangguan jiwa/sakit jiwa sebab ia bukan sejenis penyakit kecacatan psikologi macam jiran kita tu. Ia adalah kecacatan neurologi (saraf).

Antara singtongnya ialah:

1. Tak reti nak main mainan yang kita beli.
Contohnya kita beli pedang plastik tetapi dia guna pedang itu untuk sapu sampah. Kita beli anak patung dan hulurkan kepadanya dengan muka buat-buat gembira tetapi dia ambik anak patung tersebut dan terus simpan dalam kotak. Atau kita beli mainan kereta-kereta kecil dia tidak main dengan betul tetapi dia susun pulak dah. Kalau budak lain siap dengan berlumpa lagi dan ada bunyi broommm-broommm... Haaa.

Katanya salah satu tanda autisme ialah suka menyusun barang.

2. Tak reti nak main dengan orang lain.
Bila kita suruh main dengan anak jiran atau ada budak-budak lain di sekitar, dia buat dek sahaja. Dia sukar nak bergaul tak macam kita ni bila jumpa jiran habis setaman kita cerita sampai hal dalam kain. Baru jumpa dan kenal setengah jam habis cerita buruk laki kita kita jaja. Haa...

3. Cara ketawa dan menangis yang pelik.
Saya tak ada anak tetapi saya memang tak suka budak menangis. kalau anak jiran menangis saya memang tension. Tapi tidak pelik kalau budak menangis, yang peliknya umur 43 tahun tetapi menangis tersedu seorang diri sambil bawak kereta... Kita kembali ke tajuk posting. Mereka ketawa berdekah-dekah dengan tone yang ganjil. Begitu juga kalau menangis bunyinya ganjil. Ini kena tanya orang beranak ramai macam mana bunyi menangis yang normal.

4. Tahaf keaktifan yang ganjil.
Mereka ini sangat hiperaktif atau sangat pendiam/menyendiri. Yang hiperaktif tu tak sah cakaplah. Almari perhiasan mereka merangkak panjat dengan kadar kecekapan taraf monyet. Gula dalam tabung dia makan selamba. Dan yang pasif pula sangat pasif hingga ada yang duduk diam di bawak kerusi. Diulangi- di bawah kerusi. Haaa...

5. Kepekaan terhadap bunyi
Mereka selalunya tidak boleh dengar suara yang kuat atau bunyi yang kuat. Mereka akan berubah perangai tidak terkawal kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Atau pun mereka mungkin tak peka langsung pada bunyi.

6. Ada jea yang pelik baginya.
Tingkah laku mereka memelikkan kita. Dan bagi mereka objek di sekeliling adalah pelik. Mereka melihat/berfikir tidak seperti kita. Kalau jumpa tahi cicak mungkin mereka makan kerana disangka makanan.

Mereka mungkin main telefon bimbit kita dengan membukanya satu persatu. Mereka mungkin tanggalkan key board kita. Atau berak atas lap top kita. Mungkin hilangkan kad astro kita. Haaa.

7. Mereka kurang bercakap dan tidak pandai menuturkan kata untuk menyampai maksud hati.
Tak macam kita ni yang bila bercakap mulut tak mahu berhenti. Lawan mak ayah, lawan suami, lawan guru, lawan kerajaan dan lawan apa yang boleh dilawan. Haa....



8. Payah nak sesuaikan keadaan bila berlaku perubahan.
Mereka sukar menerima keadaan kalau berlaku perubahan. Contohnya mereka hanya boleh tidur dengan bantal yang sama, saiz yang sama hatta warna yang sama. Kalau tak jangan la harap mereka boleh lelap.

Pastikan mainan adalah sama. Kalau hilang kena beli yang sama kalau tidak kena usaha keras menjelmakan yang baru dalam hidupnya. Mereka bukannya tak boleh terima perubahan langsung, cuma kita kena beri lebih perhatian kalau mahu buat perubahan.

9. Mereka tidak takut
Mereka tidak peka kepada bahaya. Termasuk rasa panas dan perubahan di sekelilingnya yang berbentuk bahaya. Mungkin mereka lihat rimau dalam objek kucing je di perasaan mereka. Sifat tidak takut bahaya ini bahaya sebenarnya. Kereta biung-biung di jalanraya pun mereka tidak takut.

Kalau nak bawa ke KFC kenalah jaga elok-elok. Dia boleh selamba jea sambar KFC kat meja sebelah (meja orang lain). Kita kena kepung dia kalau dia melarikan diri. Sebab mereka lari laju.

Sekian sahaja buat masa ini. Saya menulis mengikuit kefaham saya. Mungkin ada yang tidak tepat, harap perbetulkan. Penulisan saya seolah mereka ini sangat tidak ada masa depan tetapi sebenarnya perlu diingat mereka bukannya sakit jiwa tetapi sakit saraf. Kita boleh bantu mereka kerana mereka bukannya sakit jiwa. Sedangkan sakit jiwa pun boleh dibantu.

Jan: tetapi jiwaku...? (pulak dah)

Tuesday, March 5, 2013

Kot-kot kita paling jahanam!

Cerita Snow Cake ini mengisahkan seorang lelaki (Alan Rickman) yang menumpangkan seorang remaja perempuan yang mahu menemui ibunya (Sigourney Weaver). Dalam perjalanan tersebut berlaku kemalangan yang menyebabkan remaja perempuan itu terbunuh. Maka lelaki ini pergilah ke rumah emak perempuan remaja tersebut untuk memulangkan barang yang remaja perempuan itu beli khas untuk emaknya.

Dan cerita bermula apabila lelaki tersebut tinggal bersama emak si remaja perempuan itu buat seketika. Apa yang menarik ialah antara babak awal di mana emak remaja perempuan itu selamba badak jea dengan ikhlas hati menerima kematian anaknya tersebut tersebut. Dan siap tanya lagi kenapa sedih sangat sebab awak (pemandu kereta) itu tidak mengenali pun remaja tersebut. Haaa...

Cerita ini bagi saya berkisarkan apa itu yang kita panggil `normal person'?.  Ada `normal person' yang berguna dan ada yang tidak berguna. Mungkin kita orang biasa yang kita anggap diri adalah `normal person'. Bila orang berbeza daripada kita kita terus kata orang lain pelik, salah, bengong dan berdosa. Padahal tidak normal tersebut bermakna mereka hanya tidak sama dengan orang lain. Atau memang tidak mengikuti kebiasaan orang lain. Pada hakikatnya manusia yang tidak mengikut normaliti mungkin juga betul anggapan dan tindakannya (walaupun mereka tidak menerima perilaku dan pemikiran majoriti sebagai betul). Haaa...

Dalam hidup kita sebelum kita sampai ke kubur. Kita akan jumpa ramai orang dan pelbagai ragam. Orang di sekeliling kita ada yang menarik dan ada yang boring nak mampus (bila berkawan dengannya). Bukan semua orang mempunyai personaliti yang menarik ada yang lahir tanpa personaliti. Ada manusia yang terlalu biasa dan tidak menarik di mata dan hati kita. Ada pula yang kita kena `gali' dulu dirinya barulah kita nampak kemenarikannya. Haaa... Dan mungkin pada pandangan mata orang lain juga kot-kot kita juga sebenarnya tidak menarik untuk dijadikan kawan, malah paling sesat dan jahanam.

Kita tak sedar...(tak kadar ke diri kata kawan saya..., Adnan)

Sebenarnya emak remaja perempuan itu mengidap autisme. Sebab tulah peel perangainya pelik lagi memelikkan kita (yang kita anggap kita ni normal).



Jan: Apa pulak autisme? Pangkat mak saudara ke?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home