Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 21, 2024

Menulis setiap hari, puasa ganti... dan makanan untuk berberbuka.

Sekiranya seseorang itu mampu untuk mengqadha’kan puasa yang ditinggalkan sama ada sebab uzur ataupun tidak, namun tidak diqadha’kan sehingga dia mati, adapun mazhab al-Qadim (dan ia adalah yang rajih dan disahihkan oleh golongan muhaqqiq), dalam keadaan begini dibolehkan bagi wali untuk berpuasa bagi pihak si mati namun tidaklah dilazimi (wajib) akan perbuatan tersebut. Ini berdasarkan hadis `Aisyah R.Anha yang mana Nabi SAW telah bersabda:

 

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ

Maksudnya: Siapa yang mati dan padanya terdapat puasa yang belum digantikan, maka berpuasa bagi pihak (si mati) walinya.

Riwayat al-Bukhari (1952) & Muslim (1147)

 

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Minhaj menyebutkan bahawa bagi mereka yang berbuka puasa kerana uzur dan berpanjangan uzur atau sakitnya itu sehinggalah mati, maka tidak ada puasa keatasnya, dan tidak perlu membayar fidyah baginya dan tidak pula orang lain berpuasa baginya.


XXX


Dalam satu hari, kita mesti menulis. Malah Sudirman ada meninggalkan pesan, menulislah walau sepotong ayat pada setiap hari. Lebih kurang gitu katanya.

Saya tidak mempunyai gagasan besar dalam menulis. Saya tidak mahu merubah dunia atau masyarakat. Ia sesuatu yang mustahil. Cuma kadang-kala saya berharap dunia dan masyarakat bertoleransi sedikit dengan keadaan-keadaan yang terjadi dalam hidup saya. Saya ada sedikit berharap, supaya saya tidak kecewa.

Sudah  banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling saya sudah tidak memberi kesan yang mendalam. Saya terus buat kesimpulan. Dan benamkan di dalam hati. Saya tidak cuba menulis untuk dibaca atau dipanjangkan kepada orang ramai.

Contohnya apabila Fazura dan Fatah bercerai. Saya hanya ambil kesimpulan, khawinlah dengan orang yang sekufu. Mungkin penceraian dapat dikurangkan. Entahlah... Buat masa ini malas nak kata apa.

Hari ini saya ingin menulis juga perihal kawan-kawan saya beri makanan apabila tahu saya berpuasa. Julia Anis beli lauk2 supaya bila balik kerja nanti saya  hanya perlu masak nasi. Mek zue juga beri nasi goreng, teh o ais dan biskut. Saya ambil sahaja. Hati saya senang.

Saya akan cuba berpuasa sebanyak mungkin, secepat mungkin.

Saya tidak tahu bila saya pula akan dijemput. Dengan keadaan kesihatan sekarang...mungkin tidak lama dah. He he he.




2 comments:

Anonymous said...

Lama saya menunggu tulisan cik man.. hampir2 saya menerjah ke muadzam.. ok gurau je..
Semoga cik man sihat-sihat hendaknya.

~Rzzz~

Jankaulu said...

Terima kasih

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home