Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, October 8, 2021

Berjumpa orang yang salah...MR WRONG

Gambar hanya hiasan, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati

Semasa saya menyiram pokok lidah buaya, saya terdengar video yang ditonton oleh anak saudara saya. Dari luar rumah saya mendengar suara perempuan `letih dah, letih berjumpa dengan orang yang salah.". Saya terus tanya anak saudara saya, apa yang berlaku.

Berjumpa dengan orang yang salah dalam kehidupan ini adalah satu proses biasa. Sebermula dengan menghadiri kelas tadika, kita akan mempunyai kecenderungan untuk mendapat kawan yang kita sukai. Dan ada kawan yang tidak menjadi kawan kita. Begitu juga dunia sekolah, dunia IPT dan dunia pekerjaan. Kita akan berjumpa dengan orang yang salah, mungkin setiap hari.

Namun dalam video itu seorang perempuan sudah hilang akal kerana selalu berjumpa dengan orang yang salah dalam mencari pasangan hidup. Pendek kata dia mahu mencari suami. Dia terjerit dan melolong nak berlaki.

Mencari suami boleh menjadi satu proses yang mudah, dan juga mungkin menjadi proses yang amat payah. Menjadi mudah apabila keluarga carikan pasangan untuk kita, atau kawan kita tolong carikan, atau jumpa di pasar malam jea. Dan bila berkawin bernasib baik pula kerana lelaki itu baik budi perketi dan setia. Bahagialah perkahwinan tersebut sebab suami tidak bermain kayu tiga, emat atau lima. Pendek kata suami tidak main kayu-kayu. Bahagia dalam perkawinan dengan anak-anak, ada cucu dan mati. Tamat.

Namun zaman sekarang semua sudah semakin sukar, bukan sahaja graduan pun sukar mencari kerja, wahima seorang perempuan juga semakin mencabar dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan suami. Di pasaran kalau kita perhati purata lelaki yang ada adalah suka bergaya, kelihatan mewah, manja, dan tidak tahu tanggungjawab.

Adalah lebih baik putus banyak kali daripada terkawin dan baru menyedari bahawa itu bukanlah Mr Right. Dan untuk perempuan di luar sana, kamu memang akan hadapi cabaran yang hebat. Mungkin lelaki yang ke 17 barulah sesuai dan menepati Mr Right. Itupun kalau tak serik-serik. Atau bila sampai 7 kali terus tutup buku dan guna konsep KAATAS. (Kalau ada, Kalau tak ada sudah!)

Golongan KATAS ni bukan tidak mahu berumahtangga tetapi mereka sudah tidak galak berusaha dan dalam hati mereka mula terima saja keadaan kalau ada jodoh kawin, kalau tak ada tidak kawin. Mereka berfikiran boleh tumpukan hidup untuk cabang-cabang lain lagi.

Mencari orang yang mencintai kita sampai ke tulang dan bertanggungjawab sesukar ibarat mencari bara dalam air. Namun ia juga boleh jadi senang seperti yang saya terangkan di atas tadi. Berbahagia selamanya dan mati. (Kubur sebelah menyebelah).

Namun atas apa-apa alasan (termasuk alasan cari follower untuk marketing ke), menjerit-jerit menceritakan kegagalan mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan laki adalah tidak diterima akal oleh generasi ABC.




No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home