Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, April 5, 2018

Seronok juga berlari rupanya...




Padamulanya saya sangka larian tersebut sejauh 5 kilometer sahaja. Jadi saya berlatih berlari untuk hanya 5 kilometer. Sehinggalah beberapa hari larian akan bermula, barulah saya sedar ia adalah sejauh 7 kilometer bukannya 5 kilometer.

Larian ini bukanlah satu perlumbaan, jadi saya berani masuk. Sahabat Adnan memberitahu iannya hanya untuk suka-suka sahaja. Untuk seronok sahaja.

Walaupun begitu, saya harus bersedia dan berlatih. Jika pada hari larian itu baru hendak mula berlari, ia adalah suatu yang mustahil.

Saya berlari dan berhenti, saya berlari dan berhenti. Adakalanya saya pecut sedikit. Namun saya rasa sepatutnya saya berlari hanya untuk bersantai. Mungkin kerana ianya baru pertama kali, saya perlu lakukan beberapa perubahan apabila saya masuk untuk kali ke dua. Entah bila tu? He he he.

Apa yang pasti saya seronok semasa berlari. Dan bila mengenangkannya, saya masih lagi seronok...

Sekian.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home