"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 8, 2017

Bank Islam, kisah hujan dan baki hutang kereta…

47. Bank Islam, kisah hujan dan baki hutang…

Akibat daripada hujan yang turun renyai, saya terkandas di tepi bangunan rumah kedai. Tadi memang saya parking kereta di sebelah jalan bangunan kerena parking di tepi dan hadapan bangunan telah penuh. Agak jauh juga jika saya mahu merantas hujan yang lebat ini. Hujan begini renyai pasti lama lagi baru berhenti.

Kata orang tua-tua jika hujan lebat ia akan cepat berhenti, jika hujan renyai-renyai lambat perhenti. Dari pemerhatian dan pengalam saya orang tua-tua tersebut betul!. Jadi saya fikir baiklah saya menuju ke Bank Islam berteduh. Nanti bolehlah saya buat-buat tanya berapa baki akaun kereta dan akaun perumahan saya.

Apabila pintu bank islam itu dibuka saya terus duduk di meja hadapan dan ada seorang pegawai perempuan yang sudah biasa dengan saya. Sudah biasa kerana saya selalu menyusahkan dia apabila saya tak ingat nombor akaun perumahan saya, bila saya nak bayar pinjaman perumahan... He he he.

Saya beritahu saya mahu tahu berapa baki hutang kereta saya. Dan setelah dia periksa dia beritahu ada dalam RM3500 lagi.

“Bulan tiga tahun depan kereta ni habis bayar” Beritahu perempuan itu.

“Kalau encik berminat nak langsaikan semuannya, ada rebat kami sediakan” Kata perempuan itu seolah-olah kami dalam satu agedan drama sawsta. Ayat tersusun rapi dan tidak `real’. Tetapi jelas dan mudah difahami.

Saya mendengar dengan teliti walaupun saya memang tak akan bayar sekaligus. Itulah detik hati saya pada masa tersebut.

Setiap bulan saya akan bayar kereta Myvi  sebanyak RM525. Cara pembayarannya ialah saya on linekan sahaja ke akaun pinjaman.

Alhamdulillah setakat ini tidak pernah tertunggak satu bulan pun… Cuma kelakarnya pada satu bulan tertentu saya terlupa bayar. (Sebab itulah pada bulan tersebut saya rasa gaji saya lambat habis… He he he.)

Saya selalu ingat kata-kata ahli ekonomi yang saya tak ingat namanya, bahawasanya:

“Bayaran pinjaman kereta jangan melebihi dari 15% daripada gaji kita. Bayaran perumahan pula jangan melebihi 30% dari gaji kita.”

Saya turuti nasihat itu…


Bila hujan berhenti, saya keluar dari bank itu dengan tekad, saya akan bayar ansuran juga… hingga habis tahun depan, he he he.

No comments:

.