Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 20, 2014

Pesta Buku Antarabangsa 2014: Hari kedua, Fatimah Busu dan Tan Sri P Ramlee

Pada belah malamnya, bahu saya sakit. Saya menunjukan kepada adik perempuan saya kesan lebam di atas bahu saya akibat menggalas buku.
 
Beg merah ini sudah berumur lapan tahun, harganya RM10.
 
Esoknya saya bawa beg pakaian saya, mudah memasukan buku dan majalah. Saya meminta abang ipar saya menghantar saya ke stesyen Komuter Batang Kali. Dari Batang Kali komuter ini tidak terus pergi ke Stesyen komuter Hentian Putra, ia berhenti di Rawang. Di Rawang saya terpaksa bertukar gerabak ke Stesyen Hentian Putra. Leceh betul.


Di dalam gerabak saya dapati ramai warga asing. Saya juga ada melihat kanak-kanak melompat-lompat di atas tempat duduk tanpa menanggalkan selipar. Ibubapa mereka pula buat tak tahu sahaja, malah tersenyum pulak melihat gelagat anak mereka. Sepatutnya tidaklah boleh pakai selipar atau kasut atas tempat duduk tersebut. Kotor. Kasut selipar itu entah dari mana... Entah apa dipijaknya.

 

Bila sampai saya terus merayau-rayau lagi dari gerai ke gerai. Saya beli buku Fatimah Busu yang klasik tersebut. Saya telah lama mendengar kehebatan penulisan Dr Fatimah Busu. Saya harap dapat membaca buku beliau ini. Bahagian satu dan bahagian 2. Novel ini tebal...








Saya juga terbeli beberapa buah novel lain...he he he. saya juga beli buku tulisan Kasim Ahmad.





Akhirnya hari ke 2...
 
 
 
 
 
Hari kedua...



Buku mengenai P Ramlee ini memuatkan banyak bahagian dari hidup P Ramlee, manusia yang hebat.


Dan saya terpaksa memikul bag yang penuh dengan buku. Esok mungkin saya beli sedikit sahaja buku lagi...

1 comment:

Mama4Aqil said...

saya minat seorang penulis juga..tapi saya rahsiakan dulu siapa penulisnya..ya, en sukiman kalau baca tulisan beliau, pasti akan suka juga. simboliknya mmg makan hati.tapi..penuh pengisian & pengertian yg tersendiri.

saya rahsikan sebab dia tak kahwin lagi. takut nanti ada yg salah sangka.

cukup cukupla kalau org kata saya macamtak kahwin lagi.. saya dh tak sanggup lagi.

wakakakakkaka

   

.

.

.