"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, September 4, 2008

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri II: Ibadat dan akhlak

INI penulisan kedua saya mengenai buku yang ditulis oleh Pendita Zaaba. Kandungan cerita kali ini ada hubung-kaitnya dengan buku tersebut. Saya memang tertarik pada buku tersebut, sudah membacanya berulang kali, banyak bahagian yang saya tak faham, mungkin ia agak `tinggi' dan di luar daya penakulan saya. Pun begitu saya tetap akan membacanya selalu kerana manalah tau suatu hari nanti saya akan memahaminya.



Sebenarnya buku ni bukanlah sebuah buku agama secara total tetapi buku pemikiran dan falsafah. Saya beli ketika menuntut di UM dulu, pas tu buku ni hilang...bila saya jumpa buku tu kat kedai saya beli semula...dan beberapa lama kemudian kawan saya memulangkannya sambil bersungguh-sungguh minta maaf kerana pinjam lama2, saya terus hadiahkan buku tu kepada dia...he he he.




Saya teringatkan antara kandungan buku ini apabila suatu peristiwa berlaku di tangga masjid malam semalam...





Semalam seorang kawan memberitahu saya sepatutnya sembahayang terawih 21 rakaat, kononya saya tak ada anak bini, kerja pun tak berat mana bukannya letih, bukannya buat rumah batu... dan pelbagai alasan lagi diberikan. Saya hairan bila bertemu dengan `pandangan' manusia begini. Saya cuba menjadi positif tetapi gagal. Mungkin niat dia betul tetapi cara penyampaiannya sedikit tidak bijak...




Malas saya nak layan bila dia mula menceritakan pahala-pahala yang kita dapat pada malam pertama, malam kedua, malam ketiga dan seterusnya. Saya memberitahunya kadang-kadang saya ada kelas yang hendak dibuat, tanggungjawab saya pada majikan. Tapi saya jawab dengan ringkas je kerana bagi saya, kita tak perlu beritahu siapa diri kita dan betapa kita sibuk sebenarnya.





Seperti biasa saya tidak mempertahankan diri saya dengan hebat, saya senyap je, sebab saya percaya manusia begini memang memegang satu pendapat dan pandangannya sendiri dengan kuat. Dan...saya tau manusia pelbagai ragam dan manusia akan semakin rancak dan membuat penghakiman ke atas orang lain, bukan kepada diri sendiri. Saya kata saya akan cuba usahakan, he he he.

Pun begitu dalam masa yang sama saya terharu apabila mendapat SMS daripada sahabat dari Shahputra, beliau berpesan walaupun berapa sibuk buatlah sembahyang terawih, kalau sibuk sangat buat 8 pun tak apa katanya. SMs sebegini menyejukkan (ke `mensejukan?') hati saya dan memberikan semangat untuk saya mengerjakannya.


Banyak fahaman yang sempit di dalam pemikiran masyarakat kita. Fahaman ini bukan sahaja di fikiran masing-masing tetapi sudah `dibuahkan' dalam bentuk tindakan dan `diluahkan' juga dengan kata-kata yang saya sekali-sekala saya jumpa dalam menjalani kehidupan. Saya anggap ia satu pandangan yang sempit dan tidak selesakan saya.

Bagi saya ahli agama (yang sebenarnya bukan ahli kot...) yang berfikiran sempit ini berfahaman sempit jika mengatakan kerja kebajikan, amal ibadat dan menyuruh sempurnakan suruhan tuhan untuk menghadap mati atau akhirat semata-mata. Sepatutnya ia ada kena mengena dengan membaiki perangai, budi perketi, dan kelakuan kita dalam menjalani kehidupan ini.

Perbuatan yang baik dan amal ibadah jangan disempitkan sangat. Kita sebolehnya berusaha membaiki diri dengan mempunyai akhlak yang baik seperti benar, amanah, menepati janji, ada kadar belas kasihan yang tinggi (tengok orang miskin rasa nak tolong dan terus tolong...), jaga perangai depan kawan dan lain-lain mestilah dititik beratkan. Sepatutnya sembahyang kita puasa kita tulah kita jadikannya/perhalusi agar ia memberi impak ke atas akhlak kita kan...tapi yang biasa manusia fokuskannya adalah kepada bagaimana rupabentuk, berapa kali kena buat (lagi banyak-lagi dapat pahala supaya mati senang, he hehe), dan cara kaedah amalan-amalan yang mesti kita kerjakan yang dianggap betul dan sah oleh tuhan, supaya dapat balasan syurga di akhirat.

Kalu boleh sama-sama kita perluaskan erti ibadat dan amalan baik kita kan. Kita selalu melihat kesalahan manusia lain yang tidak mengerjakan suruhan tuhan seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain (kita nampak je kan, he he he). Sekali-sekali highlightkanlah juga betapa nikmatnya jika suruhan-suruhan itu dilakukan dengan baik dan betul akan membuahkan sifat akhlak yang baik sesama manusia. So nampaklah kolerasi antara sembahyang, puasa, zakat dan yg lain-lain tu dengan akhlak, kan.

Jankaulu: Sebab tulah rasanya umat islam gagal jadi contoh yang baik kot...pas tu agama yang dihina....

2 comments:

danny said...

dulu masa kat sekolah TAHAP dulu memang buat 21. Tapi sekarang buat 8 je, 11 kalau campur witir. Tak tau kenapa... sibuk atau malas?

Kadang2 pulak terpikir tentang quality sembahyang tersebut. Timbul persoalan di kepala mana lebih baik, 21 tapi tak berquality atau 8 tapi berkuality penuh khusyuk.

Tetapi sebenarnya sebagai hamba, kita kena la berusaha untuk mendapat pahala yang lebih. Kena la pasang juga niat nak sembahyang tarawih dengan banyak rakaat (cam gaji gak kan, musti nak lebih...hehehe).

Ambik kesempatan di bulan mulia ini untuk kita mencari sebanyak mungkin bekalan ke 'sana' nanti.

setakat semalam... aku masih lagi berjaya 8 rakaat... hehehe

jankaulu said...

aku pun 8 rakaat je, he he he. (nak jugak?)

Aku doakan agar kita semua berusaha buat dengan berkualiti dan penuh khusuk,

dan jangan mempertikaikan kuantiti org lain buat, he he he.

.