"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, September 9, 2008

Geram gitu...

Pernah tak terfikir nak rakamkan perbualan-perbualan yang kita buat? Perbualan dengan kawan-kawan, dengan suami/isteri, dengan keluarga atau dengan kekasih lama (yang dah beranak pinak)?. Lepas kita rakamkannya kita bawak balik ke rumah dan kita dengar sorang diri (sambil tunggu waktu buka puasa).



Sebenarnya kalau kita halusi rakaman perbualan yang kita buat di rumah, di pejabat atau di kedai (masa kita lepak-lepak minum atau `mengulor'), kemungkinan besar kita akan sedar apa yang kita/mereka tuturkan itu adalah tidak tepat atau salah sama sekali. Namun oleh sebab kita/mereka tidak merakamkannya, maka kita/mereka tak tahu salah kita/mereka, kita/mereka tak sedar-sedar, he he he.



Situasi 1: Beberapa orang pekerja sedang berbincang untuk mengadakan satu mesyurat. Namun perbincangan menemui jalan buntu bila ramai pekerja tidak setuju waktu mesyuarat itu di buat sebelah petang, tiba-tiba:



Aznizon: "kalau susah-susah sangat kita datanglah ari sabtu ni ramai-ramai, projek ni besar, penting untuk pembangunan kolej kita, berkorbanlah sikit...".



Kita: "tak setuju la hari sabtu, susoh. Dia takpe la orang bujang senang nak datang. Kita orang ada anak bini ni susah nak datang".



Kalau kita halusi perbualan di atas, hentaman yang dibuat adalah kepada peribadi Aznizon, bukannya mengkritik idea yang dia cadangkan. Sepatutnya kita ceritakan hari sabtu ramai rakan-rakan kita mungkin mahu berehat dengan keluarga, nak gi East Kost ke, ceritalah pasal apa-apa pun tapi janganlah sebut status tu...



Situasi 2: Sekelompok sekawan sedang cerita mengenai banjir yang berlaku di Sungai Isap...



Adibon: "Saya cadangkan kita kutip derma sikit-sikit sorang, dapat kita ringankan beban mangsa banjir kat sungai Isap tu" .



Si Polan: "Saya tak setuju dengan cadangan Adibon tu, dia tak apalah orang senang, laki dia kerja besar".



Ni kira lagi parah, kita tidak membincangkan cadangan Adibon, kita tidak letakkan kemurahan hatinya di tempat sewajarnya, malah kita turut `menghereeeet' suaminya dalam soal banjir ni. Sepatutnya, setidaknya kita hargai kesanggupan Adibon untuk menghulurkan derma dan mengajak kawan-kawan turut menderma, (ala kalu tak ada banyak seposen je tak pa, asal ikhlas, ingat kan dulu ustad kata gitu).



Kita cenderung untuk tolak cadangan orang, tolak bukan kerana cadangan mereka tidak bagus tapi kita tolak sebab faktor peribadi, he he he (mungkin sebenarnya siapa yang tolak itu jauh dari sudut hatinya tahu idea itu betul tetapi dia tetap tak mahu menerimanya). Dan tujuan hentaman itu supaya dapat mengurangkan wibawa diri orang itu dengan beranggapan dapatlah dikurangkan wibawa idea yang dibawaknya jugak, he he he. Teruk!



Dalam kes yang lebih berat dan berdaya dengki, perbualan yang tajam dan berbisa akan terkeluar, contoh:



Sukimon: "Saya cadangkan kita tubuhkan satu pasukan, kelab bola ke? mungkin ada yang boleh main bola kat sini?"



Si Polan: "Ala jangan buat lawak Sukimon, apa yang awok tahu tentang bola? awak pun kaki bangku, pernah sumat gol? kalau kelab goreng jemput pisang boleh la, he he he."



Sekarang kita lihat Si Polan bukan membincangkan cadangan En Sukimon tetapi sebaliknya mempersoalkan peribadinya (dan turut mengajak kawan-kawan lain menjadikan Sukimon seolah badut).



Contoh lagi...



Adenon: "Macam mana kalu kita tubuhkan kelab kecil, kita-kita je?. Boleh buat aktiviti. Gi keloh ke, lawatan ke, boleh erat silaturahim".



Si Polan: "Saya tak setuju dengan pendapat Adenon, dia selalu pentingkan aktiviti nak berhibur je, melawat sana sini, berkelah. Dia tak mementingkan aktiviti yang ala-ala islamik semepena ramadhan ni".



Kesilapan dalam dialog di atas adalah pada perkataan `dia'. Cadangan tu sebenarnya bagus dan boleh dipertimbangkan, kan.





Jankaulu: Bila mereka tidak setuju dengan idea kita, mereka kritik dan hentam diri kita, bukan idea kita tu. Huh geram gitu!...

2 comments:

Eja said...

kadang2 wpun xde rakaman, ada juga berlaku pengulangan peristiwa yg kita lalui sama ada best,x best, salah kata, x salah kata, membanggakan, x bggakan dlm minda kita selepas peristiwa tu berlaku. Sampai naik bosan duk ulang dlm fikiran dan dpn mata.

Kdg2 masa ni baru kita pk apa yg kita ckp tu salah, apa yg kita bangkang tu betul (wpun org x setuju), apa yg kita wat tu x betul Maka kita berharap kita dpt peluang betulkn smula, kita ada ruang utk tegakkan kptsn/pndpt kita atau apa2 yg kita dah pk betul..tp jgr atau xde masa dan peluang lagi...sian..

Eja said...

**ralat

jgr - jarang (jrg)

.