Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 29, 2014

The Swimmers (2014): Review


 
Semoga setiap manusia curang akan dihukum di atas dunia ini terus, biar mereka rasa! Huh!!!.
 
Hujung minggu lalu saya tengok wayang cerita seram The Swimmers. Selamba saya tanya budak penjual tiket kat kaunter cerita mana yang sedap. Dia beritahu cerita Swimmers. Saya tanya sebab saya tidak pernah dengar tentang filem ini.
 
Cerita seram ini berkisarkan cerita cinta tiga segi yang akhirnya membawa malapetaka kepada ke tiga-tiga segi tersebut (tiga orang). Seperti biasa pada beberapa adegan cerita saya tutup mata kerana seram sangat.
 
Cerita seram ini cerita serius, bukan macam cerita seram kita yang kebanyakannya jenaka. Emmm...
 
Cerita berkisarkan tiga remaja yang bernama Tan, Ice dan Perth. Jangan terkejut, kebanyakan adengan, mereka berpakaian renang di kolam renang ( tak kan di pasaraya atau sawah padi pulak). Cerita ini diklasifikasikan 18X.
 
Perth, Ice dan Tan
 
Tan adalah pemuda renang yang tersohor dan glamer di sekolahnya. Tan ni ada kekasih bernama Ice yang cantik jelita yang bukannya perenang. Tetapi Ice ini akhirnya curang di belakang Tan sebab asyik digoda oleh Perth (kawan Tan sendiri) yang juga perenang popular di sekolah tersebut. Cerita mula menyeramkan apabila Ice terjun ke dalam kolam yang kering dan mati. Disyaki bunuh diri...
 
Sebenarnya saya sudah syak mesti Ice bunuh diri kerana hamil anak Perth. Rupanya memang Ice hamil tetapi ceritanya lebih kompleks. Perth ni memang handsume dan tidor dengan perempuan adalah makanannya. Tidak hairanlah Ice meninggalkan Tan yang asyik berlatih renang jea 24 jam. Hati perempuan macam daun kayu...
 
 
Perth tak senang duduk sejak hari tu...
 
 
Seram sejuk dan `panas' saya melihat filem ini. Bila Ice hamil, kelam kabut jadinya...Perth beli ubat untuk keluarkan janin. Saya rasa ngeri sangat bila Perth letak janin yang masih bernyawa dalam kain dan perenyetkannya (atau ramaskan/tindihkan/hempap?) hingga mati... Eeee...
 
Tetapi pelik, sepanjang cerita saya kesian kepada Perth yang mendapat tekanan dan hukuman. Dan saya tak kesiankan langsung kepada Tan (sedangkan saya senasib dengan Tan...).
 
Akhirnya Perth belah perut dia sendiri untuk keluarkan janin yang makin membesar. Rupanya Ice telah bersumpah kepada Perth untuk merasai bagaimana rasanya mengandung dan terpaksa sembunyikan kandungan tersebut. Kesian Perth sampai pakai bekung...kawan-kawan ejek perut dia bulat. He he he.
 
Moral dan pengajaran cerita dari filem ini. Pada saya la...
 
1. Perempuan janganlah murah sangat.
 
2. Berlatihlah renang waktu siang kerana bila malam seram semacam jea.
 
3. Jangan bunuh diri di pintu, sukar orang nak lalu lalang.
 
4. Dalam bercinta kena curiga, kawan baik sendiri pun kita kena berwaspada.
 
5. Bila kita buat salah tentulah kita rasa berdosa.
 
6. Jangan guna password computer kita nama atau tarikh lahir kekasih kita.
 
 
Sekian...

Thursday, September 25, 2014

Majlis Pelancaran Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam [AKTA 672] : Pahang Tenggara

Dengan kata yang ringkas dan tepat Akta adalah undang-undang yang dibuat dan dilulusakan oleh parlimen. Bukannya undang-undang yang kerajaan negeri atau kerajaan tempatan yang buat. Bukan juga undang-undang mak bapak kita buat. Haaa..
 
Dan memanglah hidup ini perlukan undang-undang sebab bukan semua manusia bijaksana, waras dan setia.
 
 
Selepas meroticanaikan diri, pagi tadi saya dan Adnan ke tapak pelancaran Majlis Pelancaran Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kami luang masa sekejap sahaja melawat tapak gerai.
 






Belon

Adnan terjumpa kawannya
 
Bagus juga Bandar Muadzam ini, ada la juga aktiviti yang memeriahkan suasana bandar sambil menyalurkan maklumat untuk masyarakat setempat.

Wednesday, September 24, 2014

Aku, dia dan lagu...

Semalam itu kami asyik bercinta
mengira satu matahari, satu bulan dan beribu bintang
Kami tidak tahu berapa penuh jumlahnya
kerana hati kami penuh
setidaknya hati saya...(dipenuhi bunga)

Dia hanya perlu senyum dan setia...
dan dunia ini saya yang punya
dengarlah lagu apa-apa pun
kerana resah itu saya
kerana rindu itu kami
Dia hanya perlu tersenyum dan tiada lagi Megamoll dan Kuantan Perade. Pasu-pasu.

Kami tiada lagu cinta...
Kerana ketika kami bercinta kami tidak sedar...(kerana kami bercinta)
Semua lagu adalah cinta
Tanpa cinta tidak akan ada satu pun lagu...percayalah
Semua lagu indah...(walaupun Nd La la yang nyanyi, he he he)

Cuma pada malam itu aku menujukan sebuah lagu padanya;
Lagu `Jangan ada benci" nyanyian Cassey.
Dia tidak puas hati kerana tidak akan ada perpisahan antara kami...(dia sangat yakin)
Dia memulangkan lagu itu dan aku melemparkannya dari jendela kereta...
Aku tidak akan membenciimu atas segala sebab...(aku sangat yakin)

Tetapi semalam itu telah lama aku tinggalkan, sudah bertahun abab
dan dia entah mana menghilang...

Yang hanya ada lagu sumpah-sumpah yang tegar
"Pabila dia menyentuh sekumtun bunga...
bunga itu akan terus hitam!"

Have a nice day... Bon Jovi (2005)

Semalam selepas memeriksa kertas jawapan, saya duduk sebentar merokok dan mendengar lagu Bon Jovi. Album ini sudah lama saya beli. Saya jarang mendengarnya walaupun ada beberapa lagu saya suka.

 
 
 
Saya jarang membeli album inggeris berbanding dengan album Melayu. Bukan kerana lagu inggeris tidak sedap di telinga saya (banyak lagu yang sedap didengar) tetapi lagu Melayu lebih dekat di jiwa saya. Haaa...
 
 
Zamang muda
 
 
Banyak lagu inggeris yang sedap didengar. Saya mula minat Bon Jovi semasa saya berada di UM. Apabila saya mendengar lagu `Always', saya terus jatuh cinta dengan lagu tersebut dan menjadi lagu kegemaran saya di walkan saya. Saya juga suka lagu `Its my life" dan "Livin on a prayer",
 
Salah satu album yang saya miliki adalah album `Have a nice day' keluaran tahun 2005. Tempo lagu ni cepat. Sangat sesuai di dengar pada pagi hari bila nak gi kerja.
 
ini Cd nya
 
 
belakang cd

 
Sekarang mereka sudah berumur tetapi masih mantap...




Kalau kita beli Cd ini kita dapat juga DVDnya.

Siap dengan buku kecil ada lirik...


Cover

Secara keseluruhan saya beri 8/10 untuk album ini. Tidak rugi membelinya sebab memang kebanyakan lagu sedap didengar membuatkan kita rasa muda dan banyak perkara yang kita belum terokai di dunia ini...Adanya.


Tuesday, September 23, 2014

Operasi penyediaan dan pengendalian soalan UPSR

Kebocoran soalan peperiksaan boleh berlaku di mana-mana, di semua peringkat jika manusia tidak amanah. Kewujudan sistem dan alatan yang canggih tidak dapat melawan sifat manusia yang tidak amanah, pentingkan diri dan menyusahkan orang. Golongan ini akan kebal pada mana-mana sistem.
 
Buatlah sistem atau aliran kerja gajah rimau pun, ia sesen tidak berguna jika kepala otak manusia sudah korap.
 
 
 
 
 
Abang Jan percaya dengan sistem yang ringkas dan alatan yang kuno tetapi dengan sifat amanah yang tinggi, peristiwa kebocoran yang memalukan ini tidak akan terjadi. Kita semua patut rasa malu dan terduduk. Kita patut rasa malu kerana wujudnya segolongan masyarakat yang bukan sahaja tidak dapat menyenangkan masyarakat lain tetapi menyusahkan pula.
 
Dengan hanya membaiki dan mengemaskinikan sistem tanpa `membaiki' manusia, ia adalah usaha yang jangka pendek dan tidak akan berjaya untuk selamanya.
 
Persoalan yang lebih besar bukannya sistem tetapi bagaimanakah mahu memupuk dan mewujudkan sifat amanah pada rakyat Malaysia? Pada peringkat mana dan dalam bentuk apa?
 
Abang Jan: Suka tengok monyet dekat Pantai Teluk Cempedak
 
 
 
 


Monday, September 22, 2014

Bukan semua cikgu teruk...

Seperti juga bidang kerjaya yang lain, bidang perguruan juga berkemungkinan memiliki pekerja yang negatif. Adalah suatu yang tidak rasional untuk menuduh guru sekarang tidak berintergriti.

Tentulah dalam hampir setengah juta jumlah guru tersebut (yang kita miliki) ada yang tidak amanah, sakit jiwa, cuai dan sebagainya. Begitu juga dalam bidang lain...

Bilangan Sekolah

RendahMenengahJumlah
7,7332,33310,066

Bilangan Murid (Enrolmen)

Prasekolah188,192
Rendah2,814,681
Menengah2,301,328
Jumlah5,304,201

Bilangan Guru

 LelakiPerempuan
Rendah72,266164,047
Menengah55,155121,252
Jumlah127,421285,299
Data dikemaskini pada 26 Dec 2012 (dari Laman web KPM)


Entah mengapa bila para guru dikecam, saya terasa hati. Saya pernah menjadi guru. Mengajar pelajar SPM dan STPM. Saya pernah berkawan dengan ramai guru. Hampir kesemuanya saya senangi dan kagumi. Bukan senang hendak mengajar orang yang tidak mahu belajar dan tak sedar diri (dalam sesetengah kes la, he he he).

Untuk mencari guru yang sempurna amatlah sukar (samalah juga mencari pasangan yang sempurna, rujuk pasangan kita. he he he), sama juga dengan mencarinya dalam bidang lain. Pendek kata kalau kita sendiri haprak, apa saja kerja akan tidak menjadi.

Cikgu sekolah rendah ada yang basuh berak muridnya, cikgu sekolah menengah selalu juga bergegas ke klinik jika ada muridnya sakit. Seolah-olah keluarga melepaskan kepada guru pula. He he he.

Setelah soalan UPSR bocor, ramai yang meragui para guru. Namun pesan saya hanya pendek dan ringkas sahaja. Guru yang baik tetap baik...guru yang tak baik tak baiklah perbuatannya.

Abang Jan: Bak bapak murid baik sangat ke? huh!





 

Thursday, September 18, 2014

Kertas UPSR bocor: Kesan buruk daripada KPI?

Dahulu saya pernah berfikir negatif  adakah selama ini kecemerlangan keputusan di kalangan pelajar kita (yang selalu dicanang akhbar) saban tahun adalah hasil daripada `pandai'nya guru mereka `menggambarkan', dan `meneka'  soalan yang akan mucul, dan bukannya bersedianya pelajar kita ke atas segala bentuk soalan yang akan muncul. Emm...
 
Namun sekarang terfikir pula adakah selama ini soalan tersebut  memang bocor tetapi pada tahap ciput,  terkawal dan dirahsiakan di kalangan pihak tertentu. Maksud `tertentu' saya mereka adalah guru-guru atau sekolah-sekolah yang mendapat soalan. Ini bukan satu tuduhan tetapi hanya menyatakan suatu kemungkinan.
 
Yang nyata masyarakat menjadi semakin punah. Sistem yang selalu diperbaharui rupanya mewujudkan lompang yang besar untuk individu meraih keuntungan diri atau pihak sendiri. Guru dan pihak sekolah terdesak untuk muncul sebagai sekolah cemerlang dengan memiliki pelajar yang memiliki banyak A dalam setiap subjek. Banyak A dan cemerlang adalah penting supaya sekolah menerima status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) manakala bagi guru pula ianya penting untuk memenuhi KPI peribadi agar mendapat habuan kenaikan pangkat.
 
Baguskah kita bila berkiblatkan KPI semata-mata?
 
 
 


 
 Abang Jan: Masyarakat jenis apakah yang kita mahu lahirkan? Huh!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home