Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 20, 2013

Perihal Isteri kena belasah dalam lif

Semasa saya menonton berita perdana di TV3, saya terkedu apabila melihat seorang lelaki dengan komitednya membelasah isterinya di dalam sebuah lif. Terkejut benar saya kerana kesiankan perempuan tersebut. Walaupun bukan ada pertalian darah dengan saya, saya tetap belas.

dan seingat saya, terdapat kes begini dirakamkan juga dtetapi bukan di dalam lif, di rumah mereka. Di mana si suami membelasah si isteri di ruang tamu.

Beginikah lagak gaya keluarga di Malaysia? Saya tidak tahu dan memang tidak mahu tahu apa punca kesalahan si isteri. Bagi saya sebesar mana kesalahan tersebut, bukan begitu cara hukumannya. 

Orang kata kita tidak boleh campur urusan rumahtangga orang. Dalam banyak kejadian memang pihak perempuan sendiri tidak melakukan tindakan yang sepatutnya apabila menjadi mangsa penderaan. Namun itu juga satu isu lain...


Jangan kita beranggapan isu ini remeh, kecil dan tidak mewakili keluarga di Malaysia secara keseluruhan. Kerana sebenarnya kita tidak tahu adakah ianya kes terpencil atau sebenarnya kes tersembunyi? Haaa.. Kita tidak tahu puluhan ribu atau ratusan ribu isteri memang didera fizikal. Emosi tak payah cakaplah...

Jan: Tidak pernah memahari isteri apatahlagi memukul isteri. Isteri seharusnya disayangi, dibelai manja walaupun perangai mereka mengada-ngada.

Monday, August 19, 2013

Sad cat... Padam muka!

An affair born in betrayal will end in ashes!! 

Kisah selimut kecil kita...dan kehidupan orang dulu-dulu...

Dengan gaji yang kecil dan inflasi yang tinggi, mungkin ada yang berkata bagaimana nak berjimat? Bagaimanan nak merancang kerana hanya ada kain selimut kecil? Iaitu di tarik ke atas dada kaki yang sejuk. Ditarik ke menutupi kaki dada pula yang sejuk? (termasuk buah dada sekali).

Perumpamaan ekonomi tersebut memanglah benar tetapi kenapa kita memiliki selimut yang kecil? haaaa, sila jawab. Jawapannya kerana kita gagal menguruskan rumahtangga. Titik.




" Ala sir, zaman dulu lain dulu barang-barang murah" beritahu pelajar saya yang rajin baca buku teks tetapi tak rajin baca bahan-bahan rujukan lain yang sepatutnya menolong pengembangan daya fikir. 

Jangan kata zaman dahulu hidup senang dan tidak tertekan sebab harga barang murah. Jangan kata, jangan kata dan jangan kata. Zaman dahulu juga orang susah sebab duit tidak banyak berlegar di pasaran (bekalan wang ciput). Walaupun zaman dahulu barang murah, duit tidak ada juga. Ramai orang tak mampu bina rumah batu, tak ramai miliki kereta mewah. Sebabnya duit sukar tidak seperti sekarang, sekarang penawaran wang dalam pasaran berbilliong!. Dan logiklah barang naik harga.

Namun orang zaman dahulu mereka sedar dan berusaha ubah cara hidup. Mereka ada cara hidup yang berbeza dengan kita (yang tentulah tidak glamour dan tak ada niat nak menyeleberitikan hidup). Mereka sedar diri duit tidak mencukupi. Mereka lakukan banyak perkara. Mereka bertindak membawa bekal (bangun pukul lima pagi sedia masakan), mereka bawa bocong (flask atau bekas isi air panas), dan mereka menabung. Kita! Haram...(haram tak, he he he).

"Makan elok-elok, jangan tumpah walaupun sebutir nasi". Ini adalah dialog rasmi orang dahulu apabila membentuk nilai ekonomi anak-anak di meja makan. Haaaa...

Bocong zaman sekarang 

"Tidaklah patut kita hidup berumahtangga dengan senang jika kita tidak mengurus rumahtangga dengan baik."
- Jankaulu, 18/8/2013


Cuba kita perhatikan ketidakrasional lain yang kita lakukan dek mahu berubah mengikut zaman (konon urban la gitu...urban la sangat). Kalau kita tidak mampu belikan ipad atau playstation kepada anak-anak, usahlah dibeli.  Tak jadi bodohnya kalau anak kita tak ada gajet-gajet tu. Tetapi kita tetap jugak membelinya sorang satu atas nama kesian.

Maka kita tidak usahlah sebut pasal ketidakcukupan duit kita. Tolonglah jangan...

Jan:  Sapa kata mengurus rumahtangga senang? Siapa kata mengurus rumahtangga susah?

Lepas belanja raya, belanja buka sekolah pulak...haaa

Kawan saya dengan bangganya men`sms' beritahu saya dia berbelanja lebih RM5K untuk sambutan hari raya 2013 ini. Dan dengan bangangnya (foolish) pula ia beritahu RM5K tersebut adalah dia perolehi daripada berhutang!.

MENGURUS rumahtangga akan semakin mencabar apabila kita gagal menguruskan perilaku kita di musim perayaan. Kita membeli biskut dengan banyaknya macamlah kita seleberiti, padal jiran pun tak hingin datang rumah kita. Dan kita sengaja mengetemakan warna baju kita (kegiatan wajib masyarakat Melaku terkini yang mula merebak pada pertengahan tahun 80an berkemungkinan pengaruh dunia hiburan). Perilaku mengetemakan baju keluarga agar sedondong ini memakan belanja yang besar dan tidaklah patut kita lakukan jika angka di slip gaji adalah tidak menyokong. saya ulangi jika angka gaji kita tidak menyokong.

Setelah beraya sakan, kita harus ingat pada akhir tahun kita memerlukan wang untuk persekolahan anak-anak. Kita kena beli itu ini bagi anak-anak kita. Dan anak-anak sekarang amboi bukannya pandai nak pakai barangan yang tak berjenama? Salah sapa? Sapa yang ajar dari kecil...haaa... He he he. Salah kita ke? Tak apalah, kita salahkan UMNO atau PKR.

Sebijaknya kita berjimat dan mengumpul. Ini tidak, kita berbelanja macam Diva!.




Kos untuk menyekolahkan anak-anak kita kian meningkat. Dan sepatutnya baju dan seluar anak-anaklah yang patut diutamakan, begitu juga bukan biskut raya tetapi kasut sekolah anak-anak. Bila suami mengharap isteri sediakan dan isteri mengharap suami menyediakan (mereka tidak merangcang), akhirnya terpaksa berhutang...

Jan: bila la hutang nak habis yea? he he he saya pun berhutang.



Sebenarnya siapa yang bersalah?

KADANG-KADANG saya merasakan, dewasa ini di dalam menguruskan rumahtangga kita jadi `mangsa' kerana ketidakupayaan kita sendiri. Kita gagal menepis perubahan pesat gaya hidup yang tidak bersesuaian dengan kita. Atas nama kemodenan kita turut terikut dengan keadaan di sekeliling kita.

Bila kita sudah terantuk, mulalah kita menyalahkan orang lain atau sistem gread gaji kita. Kita juga salahkan jurujual dan sebagainya.

Kita gagal mengambil tindakan di mana memperlihatkan kepandaian kita memilih keperluan berbanding kehendak. Contoh lagi, kita sepatutnya menyewa rumah tetapi kita membeli rumah teres, atau kita sepatutnya membeli rumah teres tetapi bini kita ego mahu beli rumah semi D, kita  mampu beli rumah semi D tetapi dek perangai ipai dua dan mak mertua yang gila prestage kita terpaksa beli rumah banglo. Haaa... akhirnya siapa yang susah? Susah sampai bila? Susah sepanjang hidup.



Gitulah juga yang sepatutnya kita pakai myvi saja tetapi gatal nak pakai vioss, dan yang sepatautnya hanya pakai vioss gatal pulak beli Honda Civik. Ambik kau!.

Proton Suprima 

Maksud saya jenis rumah dan kenderaan yang kita beli berada di dalam lingkungan kemampuan slip gaji kita. Jika terlebih kita akan `menderita' buat sekelian waktu yang lama menanggung beban hutang berpanjangan. Sejauhmanakah kepakaran kita dalam mentadbirkan hutang kita? Haaa..

Melihat kepada parten penggunaan isirumah semenjak perang dunia ke dua, kita dapati ia telah berubah. Berubah dengan lebih mendadak bermula pada tahun-tahun 1980an. Gaya hidup isirumah berubah kepada membeli barang keperluan kepada membeli barang kehendak di luar kemampuan yang menyebabkan hutang isi rumah berganda gitu. (sebenarnya barang keperluan juga berganda naik harga)

Dan dengan adanya manipulasi dan syaitanisasi pengiklanan, kita selalunya tertipu dalam sedar. Tahniah sekali lagi untuk kita. Kita berbelanja untuk membayar hutang lebih daripada separuh gaji kita. Dan apabila ditolak itu-ini tinggal jea beberapa ratus ringgit sementara menunggu akhir bulan (atau dalam sesetengah kes awal bulan?)

Dan akhirnya kita mengurus rumahtangga kita dengan teruknya. Pas tu mulalah kita mengeluh-ngeluh salahkan orang di sekeliling kita. Termasuk juga kerajaan, jiran dan sistem pendidikan Malaysia.


Memang umat di akhir zaman tidak dapat lari daripada berhutang. Kita berhutang untuk kahwin, untuk beli rumah, untuk beli kereta, hutang pelajaran, hutang kad kredit dan sebagainya. Itu tidak termasuk lagi dengan bil-bil yang mesra menjenguk kita. Haaa...semuanya memerlukan kebijaksanaan kita, kita harus berbelanja dengan bijak. Tetapi kita keras hati, cuai dan lemah.

Jan: Akhirnya kita salahkan gabenor bank negara dan sistem kewangan dunia. 

Maksud asal ekonomi adalah `mengurus rumahtangga'

Perkataan `ekonomi' berasal daripada bahasa Greek kuno yang merujuk kepada `mengurus rumahtangga'. Pun begitu pelajaran mengurus rumahtangga tidaklah pula saya pelajari di Universiti Malaya dalam mengejar segulong ijazah ekonomi (malah sampai sekarang saya masih tidak berumahtangga, he he he). Pelajaran yang saya perolehi adalah lebih berkisar mengenai ekonomi oprasi kilang berskala kecil hinggalah skala ekonomi negara yang besar di mana ianya mencakupi pelbagaian bidang operasi, ianya bukannya sesenang menguruskan rumahtangga.



Bangsa Greek

Bangsa Greek adalah satu bangsa yang maju terlebih dahulu berbanding dengan bangsa-bangsa lain. 2,500 tahun dahulu ( di mana bangsa kita mungkin masih lagi duduk dalam gua) mereka sudah mempunyai tamadun yang mencipta kemajuan bagi keselesaan hidup, mereka berjaya dalam pelbagai bidang dan hidup dengan berfalsafah tinggi. Bangsa-bangsa lain di Eropah dan juga di Tanah Arab ada mempelajari ilmu tersebut bagi melengkapi kemajuan mereka. 



Namun orang Greek bijak. Jika kita amati dan fikirkan adalah suatu perkara yang logik `mengurus rumahtangga' dengan betul adalah kunci kepada kejayaan dan kesenangan individu/rakyat. Dan bila individu/isirumah/rakyat tidak susah, senanglah negara. Haaa... Individu unit yang terkecillah membentuk negara.

Mengurus kewangan rumahtangga

Mengurus rumahtangga adalah suatu disiplin yang mesti dipelajari. Bukannya datang secara semulajadi. Ia mesti dibentuk dan dirancang, disuburkan. Untuk mengurus kita memerlukan perancangan yang rapi. Dan kita sebagai pengurus harus tahu ilmu mengurus terdiri pula daripada langkah-langkah tertentu yang perlu dilakukan. Contohnya mengurus belanjawan dengan betul.

Dalam penulisan saya yang terdahulu yang berkaitan dengan ekonomi rumahtangga, saya sering merujuk kepada konsep `menatap slip gaji' dan hidup berdasarkan kepada angka yang tertera di atas kertas tersebut. Bukan apa jika kita tergelincir terutama dari segi kewangan dan kesetiaan, rumahtangga kita akan tonggang terbalik, tak terurus malah ia boleh membawa impak yang buruk iaitu kes perceraian. Siapa yang boleh tahan jika hidup dengan isteri/suami yang kaki boros/kikis? Tidak pandai merangcang? atau kaki curang? Haaa...



Faktor ekonomi adalah antara faktor yang membawa kepada kes penceraian. Membesarkan anak memerlukan kos yang besar. Seorang anak yang dibesarkan di Malaysia sehingga ke universiti melebihi RM400K. Dan kalau lima orang anak? Haaa..

Kita mungkin hanya kerani, askar, peguam, cikgu, doktor atau pelacur tua. Tetapi kita tetap mempunyai persamaan iaitu harus merencanakan kewangan rumahtangga kita dengan betul dan bijaksana. Semua golongan berpeluang hidup bahagia apabila hidup berpaksikan jumlah pendapatan mereka.

Milly Cooper  (Pelacur tua, 98 tahun, RM4000 semalaman, kena tempah dulu)

Apabila kita sudah berumahntannga barulah kita tahu bukan cinta yang melancarkan, menutuhkan (utuh) atau mengeuatkan (kuat) perhubungan rumahtangga kita tetapi ianya wang. Haa... Masa bercinta memangla rela susah payah, tak ada wwang pun tak apa, hidup seadanya dan sewaktu dengannya tetapi untuk menguruskan rumahtangga memang memerlukan wang...

Jan: ... wang merupakan simbol keamanan atau simbol kebahgiaan. Dan dalam beberapa keadaan wang membawa kedua-dua simbol.

Thursday, August 15, 2013

Keseimbangan pembacaan saya yang tidak seimbang... (3.26 am)

Saya bukanlah pakar ekonomi, dan saya juga bukanlah ahli politik. Politik dan ekonomi saling berkaitan kerana ia berlandaskan pengagihan kuasa/sumber. Kalau kita amati definisi politik dan ekonomi, ia tidak banyak berbeza. Ia berkisarkan kepada keperluan manusia untuk mencapai objektif kecekapan dalam kehidupan.

Seringkali saya ditanya mengenai keadaan ekonomi negara Malaysia. Dan ada kalanya dapat saya rasai kebanyakannya seolah mahu mendengar cerita yang buruk. Mereka mempunyai agenda tersendiri yang saya percayai tidak lain tidak bukan adalah juga bermotifkan politik. Memang semenjak dahulu manusia mengunakan politik untuk mencapai ekonomi adakalanya manusia menggunakan ekonomi untuk mencapai tujuan politik. Selamat datang ke planet bumi.

Namun saya selalu menyokong dasar ekonomi yang dibentuk kerana saya berjaya melihat kerasionalan pada setiap dasar ekonomi yang dibentuk oleh kerajaan. Terutamanya yang berkaitan dengan usaha mahu meningkatkan kemajuan ekonomi kaum bumiputra. 

Dasar terbentuk daripada masalah yang muncul. Ia adalah suatu perkara yang lumrah kerana dalam mewujudkan sesuatu dasar maka langkah pertama ialah mengenalpasti masalah. Bukannya membesar-besarkan masalah tanpa mewujudkan tindakan khusus.

Kepada saya menjadi seorang pensyarah ekonomi hanyalah suatu kebetulan. Saya juga mungkin boleh berkerja dalam bidang lain, yang lebih saya minati. He he he. Sebagai seorang yang ada sedikit ilmu ekonomi, saya sering diajukan soalan yang berkaitan dengan ekonomi di mana terdapat juga soalan-soalan yang saya sendiri kurang pasti akan jawapan penyelesaiannya. tetapi mereka tetap menunggu jawapannya.

Seperti seorang pakar bahasa yang boleh mengesan percakapan kita sama ada mengikut nahu yang betul atau sebaliknya, begitulah saya terkadang terkejut dengan kedangkalan khalayak apabila membicarakan hal ekonomi. Contoh pertama ialah ekonomi bukannya bermakna jimat cermat dan modal tidak merujuk kepada duit semata-mata.

Teringat saya kepada suatu peristiwa serius dan akademik yang berlaku dalam hidup daya. Semasa makan tengahari bersama beberapa pensyarah lain (yang terdiri daripada bidang lain), saya terdengar satu konsep ekonomi yang diterangkan dengan salah sekali. Pensyarah teknologi maklumat tersebut berdegar-degar menerangkan konsep inflasi sambil makan di meja tersebut. Konsep inflasi yang diterangkan tersebut adalah salah 100% seolah menerangkan kegitan ekspot merujuk kepada aktivitti impot. Haaa... Atau nak tragis lagi ialah seolah kita ke kedai beritahu nak beli daging ekspot (padahal daging import).

Untuk mengelakan pensyarah tersebut terus berada di dalam kesesatan, saya dengan ala sopan membetulkan kefahaman beliau. Beliau masih lagi mahu memenangkan dirinya sehinggalah saya beritahu saya adalah pensyarah ekonomi. Ekonomi Malasyia. Barulah beliau bersetuju dan mengakui kesilapan beliau. Dan jam-jam seterusnya dipenuhi dengan syarahan saya mengenai keadaan ekonomi dan inflasi di Malasyia termasuk dengan jenis-jenisnya sekali.

Saya tidaklah pakar, saya hanya ada sedikit ilmu yang saya carigali dan ditunjuk ajar berpandukan silibus-silibus yang direka oleh profesor-profesor di Universiti Malaya. Sudah tentulah saya harus membaca dengan banyaknya, tuhan sahajalah tahu betapa boringnya saya ketika zaman remaja saya itu. saya penuhin zaman remaja saya dengan membaca, tidak seperti remaja sekarang yang dipenuhi gajet-gejet, he he he. 

Pembacaan seorang awam berbeza dengan pembacaan seorang siswazah universiti. Pendapat seorang awam juga berbeza dengan pendapat ahli atau seorang pakar bidang. Pembacaan dan pengetahuan siswazah adalah lebih seimbang. Macam mana yea saya mahu menerangkan konsep seimbang ini?

Saya cuba. Di sekolah kita banyak belajar mengenai asas subjek contohnya, ekonomi, sains, sejarah, ilmu hisap atau sastera. Tetapi di universiti kita akan belajar dengan lebih terperinci, meluas dan terkini. Saya tidak tahu mengenai cabang bidang lain. Maka saya cuba membawa pembaca blog saya kepada pengalaman saya. Manalah tahu boleh dijadikan rujukan kepada pihak yang mahu belajar ekonomi. Tidak kiralah anak kita ke atau sesiapa sahaja.

Di universiti saya belajar subjek mikroekonomi dan makroekonomi dengan lebih mendalam. Saya juga didedahkan dengan meluas dengan pelbagai cabang ilmu ekonomi yang lain. Saya belajar bukan sahaja teori-teori ekonomi, malah sejarah ekonomi  juga. Saya diajar dengan ekonomi pembangunan, sama ada di negara maju atau membangun. Saya juga belajar ekonomi antarabangsa, kewangan negara, wang dan bank (sekadar menyebut bebarpa nama subjek). Begitu juga tentang pentadbiran perniagaan bersama subjek-subjek ekonomi yang lain kerana ianya berkaitan dengan ekonomi.

Dalam masa empat tahun, dan tambah pula master selama dua tahun, saya banyak diajar mengenai bidang ekonomi yang saya rasa amat sukar tersebut (sebab saya bukannya jenis pandai, he he.). Ia meliputi banyak bidang yang disampingkan supaya pengetahuan mahasiswa itu adalah seimbang apabila membicarakan hal ekonomi. Supaya mereka akan mengemukakan pendapat setelah membuat pertimbangan yang saksama berdasarkan ilmu yang terkumpul...Haaa.

Orang awan pula membaca buku-buku yang mereka suka sahaha. Dan ini membawa mereka mengeluarkan pendapat yang tidak tepat, tidak seimbang, ada kepentingan dan beremosi.

Pun begitu saya tidaklah pula boleh mendabik dada mengaku bahawa pendapat saya atau saranan saya 100% betul dan tepat sebab ilmu ekonomi amat luas. Seperti juga cabang ilmu lain sebenarnya. dalam memberi jawapan saya tidak memaksa-maksa pendengar menerima jawapan saya. saya lebih suka memberi ilmu pengetahuan.

Apa yang pasti ilmu ekonomi saya masih sedikit, dan saya jauh ketinggalan dalam bidang lain contohnya agama dan teknologi maklumat. Sebab itulah apabila mereka buka mulut terus saya tadah telinga mencari ilmu mereka. Selain itu terdapat banyak buku yang kita boleh baca dan rujuk jika kita benar-benar mahu belajar. 



Buku-buku lain? Sejujurnya saya tidaklah merasa selesa dengan pembacaan buku-buku ekonomi kerana ia memenatkan minda saya. Saya lebih gembira membaca buku yang agak ringan dan mengembirakan jiwa. Sebab itulah saya berharap sangat 24 jam saya berlalu dengan perlahan supaya saya ada banyak masa untuk membaca buku di luar bidang saya. Saya percaya kita mesti membaca buku dari banyak bidang untuk membantu kita membuat keputusan dalam menjalani hidup yang terbaik. Kalu kita memfokuskan kepada satu bidang sahaja ia membawa kesan yang buruk. Contohnya jika kita asyik membaca buku atau novel berunsur cinta yang lucah tentu kita akan jadi stim memanjang sebab selalu memikirkannya. Mungkin akan sakit jiwa atau gila seks sekaligus, he he he. (saya tak cakap pula saya tak pernah baca buku sebegitu, he he he).

Kesimpulannya keseimbangan pembacaan seseorang hanya berlaku dalam bidang mereka sahaja dan dalam kes saya ia mungkin berlaku dalam bidang ekonomi sahaja. Maka tidak salahlah jika ada orang bertanya mengenai hal ekonomi kepada saya. Namun sekali lagi saya ingi ulangi bukan semua soalan ekonomi saya boleh selesaikannya, ilmu ekonomi bertambah setiap saat.

Saya mungkin hanya boleh memberi pendapat dan jawapan secara lebih seimbang dan teratur. Contohnya mengenai isu hutang negara. Ramai orang mengecam kerajaan berhutang. Malah fenomena ini berlaku di hampir ke semua buah negara yang membangun. Hutang memanglah tidak baik kalau tidak terkawal termasuk hutang isirumah kita juga, he he he. Tetapi kepada orang yang mempelajari ekonomi secara teratur dan dengan seimbang mereka tidak `takes side' kerana mereka tahu berhutang untuk pembangunan negara itu lebih banyak baik berbanding buruknya.

Akhir kata, saya tidaklah pula bermaksud untuk melahirkan pendapat dan idea yang baik kita mesti masuk universiti. Cuma apa yang saya nak terangkan kepentingan belajar secara formal, seimbang dan teratur adalah membentuk kita kepada keseimbangan subjek atau bidang yang mahu kita perkatakan.  Maksud saya ilmu pengetahuan kebanyakannya datang dari pembacaan yang teratur dan seimbang sama ada dalam bidang agama, geografi, kedaktoran dan sebagainya.

Dan sebenarnya bukan berapa jumlah buku yang penting kita baca. Yang penting ialah sejauhmana kita dapat menggunakan pengetahuan daripada buku-buku tersebut untuk menanfaatkan diri, keluarga dan masyarakat. Haaa...

Jan: i wish i have more time to read. i do love books...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home