Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, January 2, 2025

ASB 5.7% dan kadar inflasi yang sedang menunggu kita

1. 84% rakyat Malaysia tiada simpanan tetap setiap bulan. Data ini diperolehi dari hasil kajian yang dilakukan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan Malaysia (FEN) pada tahun 2023.

2. Simpanan tetap setiap bulan merujuk kepada sebilangan kecil pendapatan kita yang kita sisihkan secara tetap ke dalam tabungan. Ia tidak termasuk KWSP. KWSP adalah simpanan untuk hari tua kita. Tak aci kira.

3. Jadi ASB adalah tabungan yang paling digemari. Kita boleh mendapat pulangan saban tahun. Dan untuk kebanyakan kita, tabungan itu akan digunakan pada waktu terdesak pada zaman terdesak ini.

3 (a). Tetapi bila kita berhempas pulas menabung, pulangannya pulak tidak seberapa. Salah siapa? Salah pemimpinkah yang tak pandai urus kewangan negara? (pernah dengar tak ayat tu?, he he he). 

3 (b). Kalau tanya pemimpin, habis serba maknika dikaitkan termasuk tekanan global dari luar negara. kaitkan sekali dengan dasar di bawah Donald Trump. kalau boleh Mariah Carey pun nak dilibatkan.

4. Simpanan tetap bulanan ini penting pada waktu kita benar-benar perlukan duit. Waktu dan tarikh yang kita tidak boleh kawal. Contohnya kita tidak boleh kawal tarikh jatuhya hari raya, buka cuti persekolahan dan tarikh bini kita nak beranak kali ke 7. Mereka boleh datang serentak! Misalnya...

5. Kita nak pinjam duit kawan. Kawan kata "Gaji RM1500, siapa suruh kawin?" Haaa...

6. Tahun 2025 adalah tahun yang mencabar (selalu kita dengar ayat ini tahun demi tahun). Tahun  ini inflasi akan meningkat berikutan dengan dasar rasionalisasi subsidi RON95, dan skop cukai jualan, dan perkhidmatan SST yang diperluaskan.

7. Apa inflasi boleh buat pada kita? Dia boleh buat macam-macam bukan saja dari segi kos sara hidup, tetapi termasuk hilangkan nilai kemanusian. Kasarkan tutur kata manusia.

8 (a). Kenaikan harga keseluruhan terjadi kepada semua barangan (inflasi). Namun saya pilih ayam (sebab ayam banyak kita makan. Hampir setiap hari. Kanak-kanak suka makan ayam. Anak jiran saya pun dah macam ayam saya tengok)

8 (b). Saya tidak suka anak-anak jiran saya buat bising di depan rumah saya. Titik. Tapi saya tidak melarang...tak kanlah mereka nak bermain guna bahasa isyarat. 

9. Inflasi makanan (ayam) amat ketara. Kenaikan harga sebanyak 4.8% bagi ayam, membawa purata harga RM10.41 sekilo!. Saya kita purata yea.

10. Kalau kita biasa pergi kedai makan kita dapati saiz ayam semakin kecil, ataupun harga semakin mahal. 

11. Dalam satu kejadian saya terpingga, soup ayam saya beli ada 8 ketul ayam yang saiz lebih kecil dari dadu (RM8). Selebihnya penuh dengan bawang. Saya oder soup ayam, bukan soup bawang. 

12. Dan kepada yang menabung di ASB,  dividen mereka adalah 5.7%.






No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home