Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 10, 2022

Selamat hari raya 2022, Alhamdulillah...



Raya tahun ini paling sederhana... 

Saya rasa bersyukur dapat balik kampong beraya dengan mak dan ayah. Adik beradik lain beraya di rumah mertua masing-masing. Jadi sunyilah keadaannya pada pagi hari raya. Hanya kami bertiga.

Tidak pernah terjadi begini. Ini mungkin gambaran awal di mana pada masa akan datang saya akan beraya seorang diri.

Namun sangat alhamdulillah, saya menjalani Ramadhan dengan jayanya. Diberi kesihatan untuk mampu berpuasa sepanjang ramadhan adalah satu pemberian besar kepada diri saya. Saya sangat bersyukur tekanan darah jinak sepanjang ramadhan.

Hari raya pertama jiran-jiran ada hantar makanan, kami tidak buat apa-apa sajian. Segala tempahan yang dibuat akan diterima pada hari selasa. Tarikh raya di luar minda, agak terkejut, tetapi yang penting keberkatan. Tiadalah yang lebih besar dari kesabaran atas dugaan, iaitu keberkatan.

Sempena raya 2022. saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada saudara-saudara saya, juga kawan-kawan, rakan sekerja dan bekas-bekas pelajar saya. Yang telah mengenali diri saya sama ada sekejap atau lama. Maaf dipinta jika ketika sekejap atau lama tersebut saya/cikgu ada membuat kesalahan dan kesilapan. Saya akui saya kadang-kadang `over acting', atau melampau. Maafkan saya. Ada orang kata saya lebih sesuai kerja di sarkas. (Saya maafkan orang itu).

Syukur, melalui FB kita dapat melihat dan tahu khabar masing-masing. Dapat melihat dari jauh dan dari dekat. Ada banyak gambar yang meriah dan gembira. Kadang-kadang kita tidak `like' bukanlah bermakna kita tidak suka. Kita tidak menyapatulis bukanlah makna kita tidak membacanya. Saya juga agak jarang buka FB... Tekoh rajin bukalah, menulislah...

Hidup bukan mudah, bukan semua ada sifirnya, bukan semua diajar di sekolah, wahima di universiti. Saya ada tidak menerima `request' seseorang yang sangat saya sayangi (pernah) dalam hidup. Ia bukan bermakna saya tidak mahu berkawan, membenci atau telah lupakannya. Tetapi keadaan sudah lain benar, soal hati ia tidak dapat saya tuliskan gema rasanya di sini... Tidaklah saya pandai menulisnya.

Cinta tidak semestinya bersatu... (pun begitu saya doakan cinta-cinta orang lain akan bersatu, teguh bertahan selamanya...). Biarlah dia bahagia. Mungkin masing-masing telah ditakdirkan ada kebahagian masing-masing. Terasing. (baca dengan nada sedikit sayu)

Sempena raya, saya ada membeli dua helai tshirt. Satu biru pakai masa raya, satu putih pakai masa pergi tengok Dr Strange (3/5) dan KNN Desa Penari (4/5). Tidak seperti dulu bila raya mesti beli baju Melayu baru, dua helai seluar jeans, kasut dan beberapa helai tshirt (tak berkolar)..

Tshirst 2 helai yang dibeli ini unik. Tshirt ini sangat istimewa sebab saya mahu memakainya semenjak  tingkatan tiga lagi. Namun ada sahaja halangannya sehinggalah saya sudah tua dan rasa malu untuk memakainya. Dengan perot yang boroi ianya tentulah tidak sesegak Remy Ishak. Pun begitu kerana masa semakin suntuk saya penuhi juga hajat saya. Saya mengayakan tshirt Superman ini apabila beraya ke Supermas (supermaket).

Kemeriahan raya saya semakin terasa apabila anak-anak saudara bertandang. Dan kemudiannya kakak saya balik beraya. Kami seperti keluarga lain juga, sangat gembira apabila dapat bersama, dapat makan bersama-sama, usik mengusik dan buat kelakar (susah juga nak buat kelakar raya, tak nak la risaikel kelakar-kelakar lepas, he he he).

Saya perhatikan semua orang, semua ahli keluarga.... dan saya simpulmatikan bahawa kita sebagai ahli keluarga memerlukan antara satu sama lain. Tiadalah seseorang boleh bahagia dan berganda ceria kalau duduk sebatang kara. Kalau dia kata dia tetap bahagia...(tampar tiga kali).

Alhamdulillah raya kali ini walaupun sederhana kita masih ada satu sama lain. Alhamdulillah di FB ini dapat kita lihat kegembiraan dan kecerian (yang kita selalu doakan untuk diri dan satu sama lain). 

Yang penting, alhamdulillah...alahamdulillah dan alhamdulillah.






No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home