Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, January 5, 2021

Selamat datang masa tua!



Kemudaan adalah suatu harta yang tidak ternilai.

Saya menyedarinya baru kelmarin. Saya menyedarinya setelah jatuh tergolek dan terlentang di Medan Selera Leban Chondong. Saya tergelincir di tangga ketika mahu turun ke bangunan Tandas. Beberapa orang yang sedang makan meluru mengangkat saya. Ramai orang melihat kejadian tersebut.




Dalam hidup saya, saya tidak pernah jatuh begitu teruk. Jatuh-jatuh biasa tu hampir setiap bulan sebab saya jenis lolar.  Pernah dalam satu hari, dua kali jatuh. 😁

Perjalanan makan masa 3 jam. Dan apabila sampai di Muadzam Shah saya mulai rasa lenguh badan dan tidak selesa di beberapa bahagian yang terhentak. Nasib baik tidak terhantuk kepala di lantai. Maka saya keluar beli panadol extand di Seven11. Saya telan 2 biji.

Saya bimbang saya akan sakit atau ada patah kecil, atau saya sesak nafas. Sepanjang malam saya memikirkannya. Saya bimbang akan melarat. Saya wasap kepada seorang kawan saya yang saya rasa boleh menolong, saya ceritakan apa yang terjadi. Saya beritahu kalau saya melarat sakitnya saya akan minta tolong dia bawa saya ke hospital.

Sebenarnya saya dalam perjalanan balik ke Muadzam Shah dari Kuantan. Oleh kerana laluan Lebuhraya Tun Razak ditutup akibat tanah runtuh (sekali dengan jalan raya runtuh juga), maka saya terpaksa menggunakan jalan Kuantan - Rompin. 

Jalan Kuantan Rompin agak jauh dan banyak lubang. Jadi akibat perjalanan yang lama kerana hujan lebat (saya tidak berani bawa laju dalam hujan). Saya singgah untuk hirup kopi di sana. SDaya nak rehat sekejap.

Dan semasa saya mahu ke bilik airlah saya terjatuh teruk. Sepatutnya saya lebih berhati-hati kerana saya sudah berumur lebih 50 tahun!

Atau kerana saya memang lolar... Apa itu lolar?  (Lolar = gopoh gapah).

Saya sedari saya makin kerap jatuh dan semakin letih apabila memandu lama. Namun keinginan mahu memandu ke sana dan kemari tetap ada, dan ia mengikut keperluan.

Saya rasa saya terperangkap dalam badan orang tua...(pulak dah...he he he)





Apa itu gopoh gapah? Ia bukan sejenis makanan tradisi...😄




2 comments:

Anonymous said...

Org kedah kata 'loqlaq' 😄

Jankaulu said...

keluarga saya ramai yang loqlaq...he he

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home