"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 20, 2018

Siri Bintang Pujaan: Julie Remie (2016)

Cover album
Semalam saya beli album ini. Ini adalah album Julie Remie yang pertama saya beli. Sebelum itu saya ada dengar beberapa lagu beliau di radio. Lagu beliau yang paling popular adalah `Korban Percintaan'. Katanya pada suatu masa dulu, sekitar 70an, beliau antara penyanyi yang laris di pertunjukan pentas.

Lirik Korban Percintaan - Julie Remie

Duhai kanda rayuan hati
Rayuan kasih cinta abadi
Tiga tahun peristiwa berlalu
Batin tersiksa dipasung rindu

Tapi kini apa 'kan daya
Aku hanya insan biasa
Pada Tuhan aku berserah
Menyerah diri di atas sejadah

Aku tahu kau tak bersalah
Takdir Tuhan tiada terduga
Hanya doa dan air mata
Mengiringi perpisahan kita

Padamu kasih aku berpesan
Kira jasadku meninggalkan badan
Di atas nisan tolong tuliskan
Inilah kubur korban percintaan

Lagu ciptaan: Hasnin Hassan

Related image

Nama sebenar beliau ialah Juriah Haji Juraimi. Album pertama beliau diterbitkan pada tahun 1976. Dan beliau bersara pada tahun 1977 apabila berumahtangga. album beliau adalah Julie Remie (EP), Perasaan Remaja (LP) dan yang terakhir Engkaulah Sinar Hidupku (LP). (Sumber: Kulit belakang album).

Suara beliau lembut dan tersendiri. Saya hairan penyanyi dulu suaranya berbeza-beza. Penyanyi sekarang suaranya lebih kurang sahaja bunyinya. Entahlah.

Banyak lagu-lagu dalam album ini saya tidak pernah dengar. Namun mendengar lagu-lagu 70an mendamaikan. Rasa simple sahaja kehidupan. Saya bukan anti lagu zaman ini. ada yang bagus tetapi lagu lama lebih nolstalgia. lebih sentimental sifatnya.

Saya membeli album ini kerana memang sukar mendapatkan album -album penyanyi lama. saya juga semakin `lama', he he he.

Saya suka lagu Korban percintaan sebab ia bersifat universal. 

Abang Jan: "Intipati percintaan adalah kejujuran, tanpanya ia hanyalah penipuan..." 






No comments:

.