Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, November 4, 2024

Saya akan bersara umur 60?






Saya semakin menghampiri umur persaraan, 60. Gituw.

Saya akan bersara pada umur 60 tahun. Itu bukan pilihan saya tetapi kerana masih banyak bayaran pinjaman yang belum selesai. 

Kalau boleh mahu bersara awal.

Rata-rata pinjaman yang saya buat, tempoh tamatnya pada umur 60 tahun. Pada masa saya membuat pinjaman, saya hanya fokus kepada jumlah bulanan yang akan dibayar, lebih tempoh masa lebih rendah bayaran bulanan.

Saya tidak merancang kewangan dengan baik, dan tiada sesiapa yang memberi nasihat kewangan kepada saya. Mungkin mereka juga tidak berpengetahuan.

Perlukan ada plan persaraan? Maksud saya yang kita buat sendiri, bukannya plan dari ejan insuran.

Bedebar-debar juga saya menunggu umur 60. Berdebar kerana hidup akan berubah hampir 100%. Saya akan menjadi orang baru dalam kehidupan baru selama 15 tahun. Berdebar juga kerana nilai simpanan semakin menyusut akibat daripada inflasi yang semakin meningkat.

Tetapi tidakkah apa yang mendebarkan itu mengujai kita?



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home