Nokia 3310 adalah telefon bimbit saya yang pertama, saya membelinya di Pekan pada tahun 2001. Saya membelinya dengan menyertai skim simpanan primium BSN. Saya sudah tidak ingat kaedahnya macam mana, namun saya memang dapat telefon bimbit ini setelah menyertai skim tersebut dengan menjalani `tempoh' tidak menjual sijil tersebut untuk beberapa laman...
Sekarang saya masih lagi menggunakan jenama Nokia, Nokia X2 yang ringkas sahaja. Saya menggunakan telefon bimbit secara kerapnya bukanlah untuk memangil atau sms. Saya menggunakannya sebagai untuk melihat jam. Pada bila-bila masa pun saya mengeluarkan telefon bimbit dari seluar saya untuk melihat waktu. Saya pula jenis tidak suka memakai jam tangan (cuma setahun dua ini saya kerap memakai jam tangan), jadi telefon bimbit saya adalah jam.
Saya juga menggunakan telefon bimbit setiap hari sebagai `kejutkan saya' dari tidor. Ia seolah jam penggera kepada saya. Saya sengaja bunyikan tone yang hebat dan bingit supaya saya terbangun daripada tidor. Namun adakalanya saya tidak sedar langsung. He he he.
Selain itu saya guna telefon bimbit untuk membuat panggilan. Namun saya jarang membuat panggilan. Entah kenapa... Pada kebiasannya saya menerima panggilan. Boleh dikatakan seminggu saya hanya buat dua, tiga panggilan sahaja. Kadang-kadang dalam seminggu tak ada langsung pun.
Saya lebih suka bersms kerana ia jimat dan ringkas. Lagipun saya tidak pandai berkata-kata panjang. Atau nanti kata-kata saya disalah tafsirkan.
Sekian sahaja perihal telefon bimbit saya. Oh yea saya ada sekali berpindah kepada Sumsung, harganya ribuan juga tetapi saya dapati ia tidak senang digunakan berbanding dengan Nokia. Bagi saya Nokia aplikasinya senang dan ringkas untuk orang old skol macam saya.
Dalam hidup saya daripada tahun 2001 hingga 2012 saya telah bertukar telefon bimbit sebanyak 6 kali. Pertukaran tersebut adalah disebabkan telefon bimbit tersebut sudah rosak atau kemalangan, he he he. Saya bukan jenis saja-saja nak tukar telefon bimbit.
Saya harap suatu hari nanti akan tercipta telefon bimbit yang kita perlu beli sekali sahaja dalam hidup. Ianya tahan lama dan ringkas. Namun puak kapitalis tentu tidak setuju sebab memang kerja mereka mengeluarkan duit kita dari poket...huh!
Saya sudah tidak mahu menulis pasal telefon bimbit saya ini, nanti ianya akan jadi posting yang panjang...
Jan: Sekian...
3 comments:
saya penah campak handset 3310 saya daripada tingkat ketiga. Memang bila jatuh, bahagiannya semua berderai. tapi bila disambung semula satu persatu, bila on, elok sahaja. Handset zaman dulu, lasak, tak manja macam zaman sekarang :P
saya masih ingat betapa bangganya aya memiliki 3310. Ia betul2 comel dan banyak kelebihan. Saya ada terhutang budi kepadanya. Dipendekkan cerita tanpa sedar ia telah low batt dan mati, saya mengecasnya namun terlupa untuk on suis. Esok paginya ia tetap mbunyikan alarm walaupun dlm keadaan x batt. Saya kena fly pagi itu dan sungguh ia myelamatkan saya!
saya rasa tak patut betul handset dijadikan barang gaya oleh syarikat berkenaan dan orang perseorangan. Untuk gaya, ada individu yang selalu menukar handset wpun tak mampu...
Post a Comment