Apabila melihat dan menyedari kawan-kawan saya sudah lama berhenti berblog, saya tertanya sendiri, "Bilakah aku akan berhenti berblog?". Saya sangat menunggu saat-saat itu...
Sebenarnya, pada mulanya saya tidak ada keinginan untuk membina blog. Sesungguhnya blog ini kawan saya yang tolong binakan pada tahun 2008. Pada waktu tersebut, ramai kawan-kawan saya turut membina blog. Dan kini hampir 100% blog kawan-kawan saya sudah bernisan.
Memang saya akui, mewujudkan sebuah blog amat mudah tetapi mengekalkan kesinambungan cerita-ceritinya bukan satu kerja yang senang. Saya tidak pandai menulis tetapi saya berpendapat faktor utama yang menyebabkan saya terus menulis ialah kerana saya ingin mengisi masa saya. Saya tidak mahu menjadi seperti orang lain, apa salahnya memiliki sebuah atau beberapa buah blog.
Ya, blog saya mungkin juga akan bernisan suatu hari nanti. Atau mungkin tinggal hanya `nyawa-nyawa ikan'. Namun itu mungkin esok, lusa atau sebulan, setahun atau beberapa tahun lagi. Tetapi tidak sekarang, saya akan terus menulis walaupun adakalanya pahit dan penulisannya `over', he he he.
Paling menyedihkan saya ialah saya terpaksa menulis cerita yang terlalu peribadi, saya coretkan sebagai melepas perasaan saya. Kalau boleh semua duka saya mahu menyimpannya dan biarlah saya dikenali sebagai penjenaka...
Jan: Sekali lagi saya menyedari, kehidupan ini bukan semudah itu....
4 comments:
blog saya tak berkubur lg en.jan....saya cume cuti berblog je....tp skrg dah berblog kembali....untuk cerita2 ringkas sahaja....hehhehe..if satu hari nanti, en.jan boring berblog...jangan matikan/kuburkan blog tuh....gune istilah....bercuti....bercuti dari berblog....
Umar,
saya selalu jugak menjenguk tapi hampa...he he he.
rasanya saya sangat aktif berblog hahahaha.. macam nak kurangkan pula ke-aktifan itu :D
saya mula berblog tahun 2009, dan hampir saja berhenti di tahun 2010 sebab tiada tenet sendiri di rumah. dan sekarang hampir setiap hari ada n3,, haha.. rasa2 kalau tak buka blog resah jadinya. Tapi adakala langsung tiada mood untuk buka PC jadi memang tak kunjung blog orang lain..
mungkin suatu hari nanti kita bercuti dari berblog...heheh
Post a Comment