Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 26, 2024

Mas Idayu, Tok iman dan lembu



1. Saya bukanlah peminat Mas Idayu, saya juga bukan peminat Taylor Swiff atau Dato Siti Nurhaliza. Namun saya ada dengar lagu mereka di radio atau melalui somed. Suara mereka sedap, lagu-lagu mereka sedap. Jika ada sesiapa hadiahkan album mereka, saya tidak buang.

2. Ramai orang kecam Mas Idayu kerana kononnya tidak layak jadi juri sebab beliau tidak boleh menyanyi (sebaik apa yang beliau sendiri huraikan).  

3. Pemain bola kadang-kadang tidak sedar akan kesalahan mereka. Sebab itu ada refri. Dan bukan semua refri boleh main bola dengan baik. Dan kalau tok iman  nak pilih lembu yang layak dikorbankan, tok iman juga tidak perlu jadi lembu.

4. Kita tengok pula Dato Shafinaz, dia tidak boleh mengalahkan kelunakan dan kepelbagaian suara biduanita unggul Datuk Sharifah Aini. Walaupun kadang-kadang dia nyanyi seolah keluar angin, namun beliau terpelajar dan berpengetahuan secara rasmi dan sah dalam bidang vocal.

5. Mas Idayu telah lama berada di dalam bidang seni suara kita, dia banyak mengutip pengetahuan dari pemerhatian dan sikap ingin tahu. Beliau bukan sahaja mewakili rentak dangdut tetapi cabang seni lain juga. Beliau ada pengalaman dan keunikan beliau sendiri. Beliau releven dengan dunia seni sekarang.

6. Bukan semua orang mudah memahami...


UMUR 60 DAH TAK KERJA, TAPI UMUR 75 BELUM MATI



  1. Jangka hayat rakyat Malaysia secara purata adalah sekitar 75 tahun, manakala umur persaraan secara amnya sekitar 60 tahun. Bezanya lebih kurang 15 tahun. Lima belas tahun itu bukanlah tempoh yang pendek. Ia boleh jadi tempoh yang panjang untuk kita lalui tanpa pendapatan tetap seperti ketika masih bekerja.

  2. Kematian bukan di tangan kita. Bila-bila masa sahaja kita boleh pergi. Tetapi persoalannya, bagaimana jika kita tidak mati awal dan terus hidup sehingga mencapai jangka hayat tersebut? Lebih penting lagi, bagaimana kalau kita masih hidup tetapi duit pula semakin berkurangan? Kita mungkin perlu melalui 15 tahun selepas bersara dengan wang yang sudah disimpan sejak puluhan tahun bekerja.

  3. Pekerja kerajaan biasanya ada pencen, pekerja swasta mempunyai KWSP, manakala mereka yang bekerja sendiri bergantung kepada simpanan dan perancangan kewangan sendiri. Setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Ada yang sudah bersedia, ada yang masih mencuba mengumpul simpanan, dan mungkin ada juga yang langsung belum memikirkan perkara ini kerana merasakan masa bersara masih jauh.

  4. Saya sendiri hanya ada KWSP. Dan kalau saya fikirkan dengan jujur, saya rasa jumlah itu mungkin tidak mencukupi untuk menampung kehidupan saya selama 15 tahun lagi, sekiranya saya hidup sehingga umur jangka hayat purata. Ini yang kadang-kadang membuat saya termenung. Selama bekerja kita fikir, “Nanti bila pencen bolehlah berehat.” Tetapi selepas bersara, kita masih perlu makan, bayar bil, beli ubat, baiki rumah dan menghadapi kenaikan kos hidup. Duit pula tidak bertambah seperti ketika kita masih bekerja.

  5. Kalau kita mati awal, putuslah hubungan kita dengan dunia. Kita tidak lagi perlu memikirkan bil, harga barang atau duit persaraan. Tetapi kalau kita terus hidup, perkara itu menjadi sangat penting. Persoalannya bukan lagi berapa lama kita bekerja, tetapi berapa lama duit yang kita kumpulkan mampu menampung kehidupan selepas kita berhenti bekerja.

  6. Jadi, apa yang akan terjadi kepada kita selama 15 tahun itu? Adakah kita mampu hidup dengan tenang, atau setiap bulan terpaksa mengira duit dengan berhati-hati? Adakah kita masih mampu membantu anak-anak dan keluarga, atau akhirnya anak-anak pula perlu membantu kita? Adakah kita boleh menikmati masa tua seperti yang kita bayangkan, atau kita terpaksa mengurangkan banyak perkara kerana takut duit habis?

  7. Sebab itu bagi saya, persaraan bukan sekadar tentang “berapa banyak duit yang ada dalam KWSP”, tetapi tentang berapa lama duit itu boleh bertahan dan kehidupan seperti apa yang kita mahu jalani selepas bersara. Lima belas tahun mungkin nampak jauh ketika kita masih bekerja. Tetapi apabila umur 60 sudah semakin dekat, kita mungkin baru sedar bahawa 15 tahun itu sebenarnya bukan terlalu lama. Dan soalan yang paling penting ialah: kalau saya masih hidup 15 tahun lagi, cukupkah apa yang saya ada sekarang untuk terus hidup dengan tenang?





Bagaimana kita selepas bersara?

1. Saya tidak dapat bayangkan sebuah kehidupan di mana saya di dalamnya tidak bekerja. 

2. Saya tidak boleh duduk saja-saja sehingga umur saya 75 tahun. Tak kanlah selama 15 tahun tersebut saya tidak bekerja, tidak logik.

3. Saya sebut 75 tahun sebab secara puratanya rakyat Malaysia masih hidup selama 15 tahun sebelum mereka mati.

4. 15 tahun lama. Tanam manggis atau durian, masih boleh berbuah.

5. Saya rasa saya akan tetap bekerja tetapi bukan lagi untuk belanja harian atau bayar hutang-hutang yang tersenyum riang untuk disuap pada akhir setiap bulan. 

6. Saya akan berkerja dengan ruang kurang tekanannya. Hendak kata tak ada tekanan, semua pekerjaan tentu ada tekanannya tersendiri.

7. Saya akan bekerja dengan sambil menikmati hidup, tidak terkejar-kejar seperti sekarang. Sekarang hendak melihat daun kunyit tumbuh yang saya tanam pun tidak sempat. He he he. 

8. Namun realitinya pada umur 60 tahun masih ramai lagi yang terpaksa bekerja, samada untuk sara diri atau bayar hutang atau kedua-duanya sekali. 

9. Mereka bekerja kerana terpaksa, mereka terima sahaja apa-apa pekerjaan walaupun menjadi pegawal keselamatan. Saya selalu tengok pengawal keselamatan kilang yang tua-tua di media massa. 

10. Saya selalu juga baca di akhbar internate pesara bekerja kerana memilihara cucu-cicit. Mereka mesti bekerja untuk kelangsungan hidup.



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home