Kawan saya beritahu, dia selalu memeriksa sms suaminya apabila suaminya mandi. Oleh kerana suaminya jenis mandi tidak lama, dia beritahu dia kena cepat dan cekap. Saya tanya adakah dia tidak percaya akan suaminya?
" Mati hidup balik aku tak caya ke orang laki ni Man" Jawapnya seolah dia lupa saya ni lelaki dan mungkin akan tersinggung dengan bias gender tersebut.
"Apa yang akak jumpa?" Tanya saya pendek. Sambil buat tidak berminat dan nampak tidak bersungguh-sungguh. Padahal dalam hati saya nak tahu sangat.
" Tak ada apa-apa yang mencurigakan cuma selalu ada sms `awak sedang buat apa?", Berkali-kali dalam handset tu" Jawab kawan saya.
"Apa tandanya Mang...?" Tanya dia pula.
"Saya tak tahu sangat tetapi kalau sesama lelaki kita orang tidak guna ayat itu, kita bukan spesis yang tanya orang sedang buat apa kecuali kita minat kat orang tu" Saya mulakan jarum saya, he he he.
"Tapi dari Zahari" Kata kawan saya.
"Mungkin Zahariah?". Cepat sahaja saya seolah iblis menimbulkan keraguan di hatinya di hati seorang isteri, he he he.
"Kalau kawan-kawan lelakinya tentu tidak guna `awak', juga kalau kaum keluarga tak kan ber`awak-awak'". Saya ikhlas beri pendapat saya, he he he.
" Betul ke Mang?"
"Entah, tapi lagi bahaya kalau dia terima sms, awak buka (sebab masa tu suami tak ada) dan lihat dalam tu kosong tak tulis apa-apa. Tak ada text. Mungkin awak akan fikir tersalah hantar. Dan awak buat tak tahu jea. Tapi itu mungkin tanda tu....haaa". Panjang lebar pulak saya terangkan perihal atau tanda-tanda suami yang mungkin ada hubungan sulit daripada melihat kepada telefon bimbit mereka.
" Apa tandanya? Apa tandanya Mang" Dia bersungguh-sungguh nak tahu. Bagai itik jumpa air.
" Tandanya "Awak free ke sekarang?" atau "Saya free sekarang". Selepas itu suami kita pun akan cari masa dan tempat, menalipon si `dia'. Kat bilik air ke, kat porch kereta ke? Haaa".
"Kalau kita ada depan mata dia mungkin dia terus tak jawab sms itu, tutup sms sambil lihat muka kita dengan semacam jea, Haaa".
"Orang lelaki ni spesis tidak ada sikap teliti seperti wanita. Sebab itulah banyak kes kecurangan dapat dikesan/dihidu dengan senang, mereka akan ....bla-bla-bla". Panjang lebar bak pensyarah saikologi saya menerangkannya.
Jan: Haaa.... He he he.
No comments:
Post a Comment