"Boleh ke kita `cek' telefon bimbit pasangan kita? Tanya saya kepada seorang kawan lelaki saya. Kami sama-sama duduk minum kat kedai ala kopitiam. Pada masa tersebut sudah dekat nak pukul 2 pagi. Sudah beberapa kali saya berpura-pura menguap. Sebenarnya saya mahu balik rumah, bukannya mengantuk.
Dan dia (kawan saya tersebut) memberitahu saya bahawa telefon bimbit adalah barang peribadi. Maka pasangan kita tidak ada hak untuk memeriksa sms kita, panggilan kita terima dan buat, dan juga melihat gambar-gambar yang kita pukul (tangkap) dalam telefon bimbit kita.
Itulah penerangan panjang lebar daripada kawan saya yang merupakan seorang pensyarah saikologi. Saya selalu mengambil peluang untuk bertanya banyak hal kepadanya. Cari ilmu sikit...
" Bila kita kahwin, kita tidak berkongsi semua perkara Man..." Tambah kawan saya. Saya terus setuju. Yalahkan tak kan nak berkongsi semua perkara. Mana originalitinya kan?
Saya diam sahaja, namun saya berpendapat mungkin ramai para isteri mahu mengecek apa yang ada dalam telefon bimbit suami masing-masing. Sebenarnya kalau kita percaya akan pasangan kita, kita tidak perlulah mengecek telefon bimbit tersebut. Namun percayakah kita? He he he.
Saya juga tidak suka orang memeriksa telefon bimbit saya kerana ada perkara yang sangat peribadi sifatnya. Contohnya ada sms saya yang saya tulis yang saya save yang saya harap akan dibaca oleh seseorang apabila saya mati nanti. Pelik tak? He he he.
Kita kembali kepada intipati posting.... Tetapi kalau kita jujur tentulah tidak akan menjadi masalah besar kalau isteri kita mahu mengetahui apa yang ada dalam telefon bimbit kita. Namun jujurkah kita?
Ingat tak masa kita berkata "Hanya awak yang berada dalam hati saya, selamanya... sumpah!"
Jan: he he he.
Kita kembali kepada intipati posting.... Tetapi kalau kita jujur tentulah tidak akan menjadi masalah besar kalau isteri kita mahu mengetahui apa yang ada dalam telefon bimbit kita. Namun jujurkah kita?
Ingat tak masa kita berkata "Hanya awak yang berada dalam hati saya, selamanya... sumpah!"
Jan: he he he.
No comments:
Post a Comment