"Sebab apa pula saya kena jadi surirumah sepenuh masa?, ambillah orang gaji, saya mahu ada kerja, mahu ada kerjaya" Jawab saya kepada kawan saya tersebut.
Seorang kawan saya pernah bertanya, mungkinkah saya akan menjadi surirumah sepenuh masa jika saya berkahwin dengan perempuan yang kaya raya dengan segalanya telah lengkap?.
Walaupun fenomena ini terus membiak, bagi saya (walaupun saya suka menjalankan kerja-kerja yang masyarakat gelar `kerja feminim' ini) adalah janggal kalau lelaki menjadi suri rumah. Sebab apa pula suami mesti menjadi suri rumah? Suami kenalah menyara keluarga. Kalau pendapatan kecil pun, kenalah terus bekerja setidaknya bayar bil elektrik dan air... Biar mereka tahu tanggungjawab bila cakap pasal bab-duit-duit ni. Haaa....
Sepanjang saya jadi manusia yang terlibat dalam dunia pendidikan, jumlah pelajar perempuan saya di dalam kelas/kuliah adalah sentiasa jauh melebihi jumlah pelajar lelaki. Dan dalam beberapa tahun akan datang saya tidak nafikan kaum perempuan akan menguasai kerja di jabatan awam mahu pun swasta. Mereka mungkin mendapat gaji yang berganda berbanding suaminya. Perempuan jenis ada duit.
" Awak berhentilah kerja bang (abang), duduk rumah jaga anak-anak. Gaji awak pun berapa sen sangat. Duit saya cari..." Berkata seorang isteri yang sedang mengadap dresing table. Disapunya bedak kat muka yang dah tak seberapa kerana faktor usia dan tekanan hidup. Mungkinkah dialog ini yang menyebabkan fenomena di atas? atau;
" Biar saya berhenti kerjalah yang (sayang), gaji saya berapa sangat. Biar saya duduk rumah jaga anak-anak, buat kerja rumah" Berkata seorang suami sambil merangkul manja pinggang isterinya yang diameternya dah banyak berganda berbanding semasa upacara akad nikah beberapa tahun dahulu. Mungkinkah dialog ini yang menyebabkan fenomena di atas?
Adakah perkembangan ini sihat? Haa... Dulu Naib
Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu
Shah (kini bekas censelor) menyatakan bahawa ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan
jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT)
dibiarkan berlarutan. Namun, beliau tidak pula memperincikan baik buruk fenomena itu... Haaa...
" Ingat minggu depan i outstationg, bawak baby ke klinik cocok BCG tu ya, duit ambil dalam laci. Jangan lupa pulak bayar duit tuiseng Aimong. Duit tuisyen i dah beri kat you kan? kan?"
Saya tidak mahu banyak cakap dalam isu ini. Saya sentiasa akan beranggapan dan berpegang dengan prinsip saya iaitu, janggal sangat. Bagi saya kalau gaji isteri lebih tinggi atau ada pangkatnya lebih besar ianya tidak boleh dijadikan alasan tugas menyara keluarga diletakan atas bahu isteri. Menyara keluarga adalah tugas suami. Adakah saya kolot dalam hal ini?
Jan: Haa...
No comments:
Post a Comment