Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 9, 2012

Bintang saya Taurus


Semalam saya ke rumah Siti Marjam untuk makan keropok yang Dr Azura beli di Kemaman. Pada mulanya saya keberatan ke rumahnya kerana sebenarnya apabila pulang rumah, saya malas untuk keluar lagi. Saya suka habiskan masa di rumah disamping pinggang magkuk dan buku-buku.

Namun Dr Azura baik orangnya, selalu tanya saya nak makan apa, dia nak masak. Dia pandai masak ayam percik. Saya pernah makan semasa dia buat majlis dulu.

Kadang-kadang saya merasakan tuhan sangat maha adil, maksud saya kebebasan kesendirian yang saya miliki tinggi dan besar nilainya. Dalam masa saya asyik mengkagumi kawan-kawan saya yang berkahwin, saya terlupa tuhan juga anugerahkan saya banyak perkara. Antaranya saya masih boleh berfikir.

" Awak berbintang apa Man?" Tanya Dr Azura tiba-tiba.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home