Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 16, 2012

Setelah dia berhijrah dari dunia cinta saya...

Sebenarnya semalam saya tertinggal telefon bimbit di rumah. Saya mula menyedarinya sebaik sahaja saya mahu masuk ke opis, iaitu setelah menyeluk poket seluar untuk mengambil kunci pintu opis. Saya dapati telefon bimbit saya tiada.

" Laaa, lupa lagi!" Terdetik di hati saya. Namun saya sempat tersenyum. Saya bertekad untuk makan banyak daun pegaga, kononnya untuk pulihkan/tajamkan daya ingatan. Kononnya...lah.

Saya tidaklah terkejut atau gelabah. Saya masih tenteram. Saya tidak berdebar sangat kerana saya tahu saya tertinggal telefon tersebut di rumah bukannya di balairaya atau panggung wayang.  

Saya tidaklah berdebar atau rasa apa-apa. Sebabnya? Ada banyak sebab...Haaa

Sebabnya saya bercadang selepas makan tengahari, saya akan balik ke rumah untuk mengambil telefon tersebut. Jarak rumah dengan tempat kerja dalam lingkungan 6 minit sahaja jika memandu sopan. Jika tidak sayang nyawa adalah 3 minit kot.

Sebab lain?... Sebabnya keluarga saya selalu sms pada waktu petang atau malam. Dalam dunia berpenghuni lebih enam biliong ini, manusia yang kerap menelefon saya adalah adik saya dari Ulu Yam Bharu, Selangor. Kadang-kadang dia sengaja menalipon saya untuk bertanya khabar dan bercerita pasal perkara yang mengembirakan saya. Contohnya katelog terbaru atau cara hendak menguruskan badan, he he he.

Dan adakalanya emak saya hubungi saya. Namun emak lebih banyak bersms berbanding membuat panggilan. Lebih baik begitu, maksud saya biarlah kami bersms sahaja. Kalau mak saya telefon bercakap dengan saya, mungkin saya akan menangis, entah kenapa bila umur sudah berganda, syahdunya lebih...kononnya. He he he.

Sekarang memang saya pakai telefon semata-mata kerana keluarga...sebabnya tidak banyak saya menerima dan membuat komunikasi dengan manusia lain. Selain keluarga, saya selalu juga bersms dengan sahabat saya Adnan, dan Azniza. 

Semalam saya makan tengahari di kedai makan dekat Mardie. Pada masa tersebut lebih kurang pukul satu tengahari. Ala balik baru saya singgah di rumah. Saya ambil telefon daripada meja. Saya lihat hanya ada satu sms untuk saya. Tiada panggilan untuk saya. Satu sms tersebut daripada kawan saya yang minta saya hantarkan nombor telefon bimbit kawan saya yang lain. 

Terdetik di hati saya, kalau tidak kerana satu sms tersebut, tentu saya tidak menerima sms daripada sesiapa pun... Kalau tidak, ada kemungkinan saya tidak menerima sms daripada sesiapa pun sepanjang hari...

Barangkali, saya kini bukanlah pengguna telefon bimbit yang tegar. Celkong (Celcom) tentu kecewa. Tambah kecewa sebab saya tidak ada kekasih dan tidak dalam percintaan, bil tidak tinggi. Kalau tidak untunglah Celkong.

Dalam sehari saya juga tidak banyak membuat sms kecuali kepada emak dan Adnan. Saya juga langsung tidak membuat panggilan. Apakah yang dapat saya simpulkan? Pada waktu kemuncak hidup, saya boleh dikatakan giat sms dan talipon sana sini... Malah mak cik kantin pun menjadi mangsa saya. Saya suka bercerita dan buat kelakar bodoh. Kadang-kadang saya menyamar...saya buat-buat suara kucing. Indahnya hidup pada masa tersebut. He he he. Pada masa tersebut saya orang yang paling bahagia di planet bumi... Barangkalilah...

Pada masa tersebut bilik yang gelap saya nampak terang, daun yang berguguran saya nampak hijau, dan gaji yang sedikit saya nampak banyak... Ya, hidup saya dilimpahi kasih sayang.

Namun hidup seperti roda, panas tak sampai ke petang, tengaharinya hujan. Dan cuaca adakalanya tidak menentu. Begitu juga lapisan ozon semakin menipis menyebabkan khutub utara cair. Namun saya akur ketentuan ilahi, saya sekarang berada di bawah. Maksud saya tanpa saya sedari berlaku evolusi menyendiri yang semakin berganda dalam diri.

Tiba-tiba saya sedar saya rupanya tidaklah seperti dahulu... telefon bimbit bukan lagi peneman sosial saya.


Saya sedar walaupun saya melawan bagai nak gila, hakikatnya dunia ini masih semakin mengecil dan meresahkan. Saya sudah banyak buat perkara baru namun semuanya tawar... semuanya pergi. Namun oleh kerana saya seorang yang kuat, saya harus teruskan perjuangan hidup, maka saya mahu teruskan perlawanan ini...

Sebenarnya semalam, saya gemgam telefon bimbit tersebut di tangan...(sudah awal pagi sebenarnya). Saya ada menulis rasa rindu dan syahdu saya dalam menjalani kehidupan ini...tetapi akhirnya saya deletekan balik sms tersebut kerana...

Kerana saya tidak tahu kepada siapakah saya mahu send rasa hati tersebut...

Jan: Sedihlah pulak he he he.

4 comments:

Anonymous said...

Your stories seems like u hv experienced a very traumatic n tough life. Suka bc entri2 anda w/pn x mngenali. Tba2 rs trtarik utk mnulis blog jgk..haha.

Jankaulu said...

Sometimes, when writing my post. I guess I'm extreme in describing the feelings I experienced. but god only knows what I've experienced.

is nice have a blog, because sometimes it can express our feelings ...

Anonymous said...

Do not delete it...u can send it to me.. :D

MyFreeMinded said...

memang hebat pun En sukiman... :)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home