Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, September 20, 2019

Hutang kawan saya...



Saya harap kawan saya bayarlah hutang kawan saya. Sebab kawan saya itu (yang berhutang ada banyak duit) dan bayarlah kepada kawan saya itu (yang beri hutang) yang tak banyak duit dan ada adik OKU. Amin.

Orang yang tak banyak duit pula yang beri hutang pada orang yang tak banyak duit...emmm

Di manakah kau hikmah?

Aku percaya ada hikmah tapi di mana...? Dalam bentuk apa?

Kerajaan tidak bolehlah selalu salahkan rakyat atau pasaran...




.(walaupun kadang-kadang sikap rakyat dan keburukan pasaran adalah puncanya...he he)

Gaji tolak cukai tolak bil2 tolak pinjaman tolak insurans...

Friday, September 13, 2019

Jenama TV yang paling sesuai untuk kita?


3. Jenama sesuai

Ini paling susah sekali; sebab pada aku ianya lebih kepada mata dan poket Tuan punya TV. sebab kalau nak pixes kecil; skin cerah, teknologi cangih dan harga murah jawapanya mmg Samsung. Tak ada yang disangkal; cuma skinnya sangat2 nipis maka infa-rednya lebih tinggi (kurang selamat dari segi kesihatan) dan lebih sensitive; pendek kata bukan setakat sepakan bola mampu mematikannya jika mengalami tekanan yang kuat (seperti mengelap kesan degil pada skrin) pun mampu membawanya ke tiang lahad. Kalau nak cantik dan redup warnanya rasanya LG mampu memuaskan hati anda. Jika nak yang colour revolusinya terbaik, teknologi dalamannya terbaik maka Sharp wajar diberi pertimbangan. Nak tahan lama? Jenama yang diyakini oleh golongan 50thn ke atas Panasonic; perkembangan terbaru dengan model2 terkini mampu memberi saingan tapi sejara jujur... orang muda tak percaya padanya lagi... Tapi aku secara peribadi memilih Sony; ya aku tahu aku perminat Sony... dan semua barangan keluaranya dari handphone, laptop,radio,walkman etc kalau ada duitlah... tapi untuk TV aku memang pilih Sony sebab kualiti sound nya. Aku tak perlu tambah duit extra untuk dapatkan sound dari Home Theater System sebaliknya build in sound systemnya cukup molek dan tip top; tak ada jenama lain boleh lawan.

Dipetik dari:


boleh layari blog yang berguna ini untuk ilmu yang seterusnya...

Dracaena Draco saya dapat pasu baru... Menahan cinta di dalam dada.

Letak gaya senget

1. Saya dengan pasu tidak dapat dipisahkan, ibarat pemain gitar dengan gitarnya. Kalau saya pergi mana-mana rumah, saya akan lihat pasu di rumahnya. 

2. Saya tahu bahawasanya pasu ini cantik dan tidak sesuai dengan rumah saya yang kecil. Mungkin orang kata mahal tali pada beruk, atau mahal pagar pada rumah...Tetapi saya tidak peduli.

3. dari pembacaan saya pokok ini juga apabila besar tidak sesuai dengan rumah yang kecil dan laman yang sempit, sekali lagi saya tidak peduli. He he he.

4. Sudah lama saya idamkan pasu ini, saya kembara dari serata nurseri hingga ke nurseri lain. Ibarat sukarnya mencari kekasih yang setia di era milinium...(tapi saya tak cari dah).

5. Poko Draco ini mahal (bagi sayalah...) begitu juga dengan pasunya, kalau tak ada RM200 ke atas memang tidak dapat saya membelinya.

6. Akhirnya saya pejam mata, demi masa depan Draco saya, saya beli jua pasu ini atas dasar minat. Nak tunggu orang hadiahkan, 7 kali kiamat tak kan dapat. saya yakin.



Sandarkan pada tiang

7. Pasu ini warna putih, nescaya nanti akan pudar dan berkulat.

8. Percaya atau tidak, saya hanya menyiram Draco ini hanya sekali dalam seminggu. ia dapat membantu membantutkan pertumbuhannya agar tidak terlalu besar.

9. Percayalah, hanya sekali seminggu.


Gambar dari fail...


9. Sebenarnya tiada alasan untuk tidak berkebun kerana dengan seminggu sekali siram, ada pokok dapat bertahan hidup.

10. Ada cinta dapat bertahan di dada...



Abang Jan: Seperti hati ini bertahan cinta...ewah!

Thursday, September 12, 2019

SHARIFAH AINI Bersama Orkestra RTM (2014)






Notes

The CD was accompanied with a DVD of the recorded show with all the songs were the same songs except for 1 song which was not included in the CD.
Track No 9 Smile..was not included in the CD.It was a song featuring Datuk Mokhzani on piano.

Konsert pada tahun 2012


Sedutan Artikal: 

Album konsert terakhir Kak Pah


Kepulangan secara mengejut Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar ke rahmatullah pada 5 Julai lalu masih lagi dirasai jutaan peminatnya. Sesudah lebih empat bulan pemergian beliau, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengorak langkah memasarkan album konsert solo penyanyi Seri Dewi Malam itu bersama Orkestra RTM dalam satu acara khas di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam esok (Sabtu).
Konsert Eksklusif Datuk Sharifah Aini Bersama Orkestra RTM diterbitkan stesen penyiaran itu pada April 2012 dan rakamannya turut berlangsung di Angkasapuri. Ia diterbitkan khas oleh RTM ketika itu bagi mengenang perjuangan empat dekad beliau dalam dunia nyanyian.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 5:02 AMOleh Roslen Fadzil .
oslen@mediaprima.com.my

Buah tangan terakhir



Pegawai Perhubungan Awam Life Records, Sariah Idris berkata, rakaman Konsert Eksklusif Datuk Sharifah Aini bersama Orkestra RTM berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur di bawah Pemimpin ORTM Ahmad Ali@Jimmy Ali dan Pengarah Muzik ORTM, Datuk Mokhzani Ismail.
"Ini adalah impian dan permintaan terakhir Allahyarham yang teringin melihat lagu-lagunya dihasilkan dalam sebuah album untuk diberikan khusus kepada peminat.
"Jika diikutkan perbincangan bersama Datuk Mokhzani sudah lama dilakukan, namun ia tergendala sementara apabila arwah sakit dan terlantar.
"Tidak lama kemudian, selepas pemergian arwah ketika pihak kami berbincang dengan Mokhzani, timbul semula perancangan ini untuk menghasilkannya dan alhamdulillah pada
17 November lalu ia sudah pun dipasarkan dan kami turut melancarkannya pada 22 November lalu ketika Mokhzani sedang mengadakan sesi rakaman konsert live bersama Datuk M Daud Kilau," katanya.
Pun begitu, apa yang menyedihkan mereka, belum pun sempat album ini menjengah pasaran, Sharifah Aini terlebih dulu pergi menghadap Ilahi pada 5 Julai lalu.
"Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada Industri hiburan negara dan sangat dirasai semua terutama peminat setianya.



Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:00 AM
Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my 
Bila saya tengok VCD ini saya sedih...saya sedih dengar lagu `sayang Musalmah'...

Friday, September 6, 2019

Tan Sri Zetty Aziz: Kena tahu apa yang kita hendak dalam hidup...

p6_bizw_110316_pg06b_tankimbock_1

Digizodiac: Your father Professor Ungku Aziz is one of the worlds leading intellectuals. Is that how you got into academia in your early career?

ZETI: My father is a development economist. His early work focused on poverty eradication and rural development. He was also an educationist with more than 20 years heading the main university in Malaysia. I was, however, never really drawn to academia. My first job was as a research economist with a regional organization that was established for central banks in the Asian region, the SEACEN Centre. During my time there, I wrote two volumes on interest rate reform in the Asian region. From the very early stage of my life, my interest was in monetary economies, and soon after graduating school, I knew that I wanted to be a policymaker.
(supaya pendakian kita jadi lebih terurus...)

Contoh yang baik untuk kita develop kehidupan kita...


Thursday, September 5, 2019

Boikot barang non muslim?

[boi.kot] | Ø¨ÙˆÙŠÚ©ÙˆØª

Definisi : ; memboikot (bersama-sama dgn orang lain dsb) enggan mengadakan sebarang perhubungan dgn orang, negara atau pertubuhan lain; memulaukan. pemboikotan perbuatan memboikot; pemulauan. pemboikot orang atau pihak yg memboikot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


No photo description available.



Semalam apabila saya buka FB, saya dapati ada gambar minyak masak seperti di atas. Ada FB yang memboikot barangan non muslim. Saya tidak faham apa sebenarnya motif gambar tersebut kecuali untuk menarik orang ramai menggunakan minyak masak keluaran muslim.

Saya rasa sifat mengutamakan keluaran barangan tempatan adalah sifat yang bagus. Dalam masyarakat yang berbilang kaum akan ada pihak yang akan mengutamakan barangan keluaran kaum mereka sendiri. Ini tentulah berdasarkan motif ekonomi. Motif mahu kaumnya maju dalam perniagaan.

Tindakan mengutamakan keluaran sendiri tidak salah, malah cerdik.

Hasil carian imej untuk boikot barangan cina dap

Adalah suatu yang normal dan baik apabila sekelompok manusia mengutamakan kelompok mereka terlebih dahulu...sama ada keluarga, sanak sudara dan sahabat taulan...selagi tidak membawa keburukan kepada orang lain.

Dewasa ini ada masyarakat yang berfikir berdasarkan politik, namun kesan daripada pemikiran tersebut adalah sama. Cuma perkataan `boikot' itu tidak manis. Tidak perlulah memboikot, cuma pastikan barangan dan keluaran yang kita mahu dapatkan itu adalah keluaran dari peniaga muslim. Jika barangan itu tiada tidak salah membelinya dari peniaga non muslim. Tidak salah membeli barangan dari non muslim selagi barangan itu halal dan tidak diragui.

Maka saya rasa tidak ada isu besar jika orang muslim mengutamakan barangan keluaran mereka. Malah dalam keadaan tertentu pembelian tersebut mungkin adalah satu jihad. Jihad untuk mengangkat ekonomi kaum muslim...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home