Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, October 10, 2012

Perjanjian dengan allah



Kadang-kadang apa yang saya lafazkan/hembus dengan mulut saya, memeranjatkan diri saya sendiri. Maksud saya, saya sendiri tidak percaya yang saya mampu/tergamak/berupaya bercakap begitu. Bagus sangatkah saya? He he he.

Ceritanya begini. Adalah seorang pelajar lelaki saya mahu berkahwin (tidaklah handsum sangat, C+ sahaja). Beria-ria beliau menerangkan  kepada saya perihal keuntungan dan kelebihan kahwin pada awal usia. Pada mulanya saya mendengar dengan teliti dan tidak membangkang. Saya tidak membangkang kerana tentulah dia beritahu begitu kerana dia sedang mabuk bercinta...he he he. Dan saya juga tidak nafikan bahawa apa yang beliau cakap tersebut ada benarnya.

Pendapat saya, tentulah sesuatu perkerjaan yang mencabar bila pelajar berkahwin sambil belajar atau belajar sambil berkahwin?

" Kalau saya tidak kahwin, kalau terbuat maksiat siapa yang nak tanggung dosa saya? sir ke?" Katanya kepada saya bila saya beritahu adalah molek sangat beliau belajar dahulu hingga habis, lagipun ibubapa pihak perempuan tidak bersetuju. Saya tahu pelajar ini tentulah mahu kahwin sangat-sangat tetapi apa ke jadahnya saya yang kena tanggung dosa maksiat pelajar saya? Huh!.

"Kalau mereka tidak setuju, nanti ibubapanyalah yang tanggung dosanya kalau kami terbuat maksiat" Kata pelajar saya sambil menceritakan keluarga kekasihnya tidak setuju akan cadangannya. Saya tidak tahulah kitab mana yang meletakan hukum begitu iaitu ibubapa perempuan pulak yang kena tanggung dosa kalau tidak menyetujui perkahwinan itu. Saya tidaklah ada pengetahuan yang tinggi pasal orang lain tanggung dosa orang lain. Sendiri buat sendiri tanggunglah. Itu prinsip dasarnya.

Tetapi berbahas dengan remaja ni, kalah kita. Sebab mereka seolah profesor serba tahu. Kita pula yang nampak bodoh dan ketinggalan zaman.

" Awak tahu tak Prem (Prem ni nama samarannya jea), kalau awak kahwin dengan dia awak tanggung dosa dia. seorang suami tu menanggung dosa akan isterinya, haaa" Sengaja saya bercakap pasal dosa sebab dia yang mulakan dulu.

" Awak dah bersedia ke nak tanggung dosa orang?, Haaaa" Saya mula masukan jarum saya. Taklah tajam mana tapi steness stil (stainless steel).

" Dan awak pun kena tahu perkahwinan kita adalah perjanjian kita dengan allah. Kita berjanji dengan tuhan untuk menjaga dia dalam senang dan susah, menerima kekurangan dan keperitan. Dan yang paling penting awak kenalah bimbing dia supaya tidak berdosa" Kata saya sambil buka laci meja untuk capai kepiah. Tapi tak ada pulak kepiahnya, mungkin tertinggal. Kepiah tu kawan sekerja yang beri. Sebagai hadiah pabila pulang dari buat umrah.

" Kita bukan berjanji dengan manusia, kita berjanji dengan allah..." Sengaja saya sebut allah dan dosa banyak kali. Ketika menyebut allah saya bunyikan dengan penuh kearaban, sambil buat tenang dan pegang janggut saya dengan lembut. Nasib baik tak ada celak, kalau tak dengan maskara sekali saya pakai.

Saya tidak tahulah nasihat/sindiran saya tersebut sangat betul atau salah. Namun jika saya ada anak, saya akan sarankan mereka belajar dahulu bila habis belajar dapat kerja, barulah berkahwinl. tentang kalau takut dia dikebas orang tu fikir ginilah, zaman sekarang isteri kita pun mungkin dikebas orang...

Saya beritahu dia, "Kalau dia benar-benar sayangkan awak, dia akan tunggu awak sampai akhir hayat..." Saya rasa macam dialog dalam novel pulak, he he he.

Tentang buat maksiat tersebut, yang sudah kahwin pun berlambak lambok buat maksiat...lagi-lagi dan lagi...

Jan: Ada orang pernah berjanji manis dengan saya. Saya akan mengingati janji tersebut hingga akhir hayat. Saya berbintang Taurus.

2 comments:

Xora said...

Macam mana nak elakkan maksiat, kalau berdating di dalam kete, di parking di tempat yang sunyi. Macam mana nak elakkan maksiat kalau asyik bersms, bersayang-sayang, rindu-rinduan.. saya tidak membangkang golongan yang berkahwin awal, lagipun jodoh bukan kita yang tentukan. Namun, saya kurang berkenan dengan golongan yang menggunakan benteng "nak elakkan dosa" semata-mata nak menyokong tujuan mereka. Banyak lagi cara nak elakkan dosa, dekatkan diri dengan Allah, elakkan berdating berdua-duaan, elakkan dibuai oelh perasaan, tingkatkan ilmu agama.

Perkahwinan bukannya ubat menangkis zina semata-mata. Jika kawin semata-mata kerana nak elakkan maksiat dan bukan kerana Allah, itu adalah permulaan niat yang silap.

Untung Students Jan, ada tempat mengadu :)

Jankaulu said...

saya setuju dengan pendapat tersebut...


" kalau awak ada masalah jumpa saya yea?" Saya selalu beritahu dalam kelas saya, tapi maksud saya masalah subjek ekonomi, he he he he

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home